Pelancong asing salah guna PLS untuk berniaga dikenakan tindakan tegas – Saifuddin

SANDAKAN – Kerajaan memberi amaran dengan mengambil tindakan tegas terhadap pelancong asing yang menyalahgunakan Pas Lawatan Sosial (PLS) untuk menjalankan aktiviti perniagaan di kawasan pelancongan.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Saifuddin Nasution Ismail berkata, perkara itu berlaku apabila segelintir pelawat asing memasuki negara ini menggunakan PLS atas tujuan melancong, namun kemudiannya terlibat dalam aktiviti ekonomi dan perniagaan.

“Antaranya termasuk memiliki chalet atau resort melalui perkongsian dengan warga tempatan, menjadi rakan kongsi dalam perniagaan atau menguasai sepenuhnya sesuatu premis.

“Penglibatan mereka dalam aktiviti ekonomi dan perniagaan seperti ini adalah satu kesalahan di bawah Akta Imigresen,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada media selepas menghadiri Program Security Visit and Engagement with International Delegates anjuran ESSCOM di Agnes Keith House, di sini, pada Jumaat.

Saifuddin berkata, tindakan penguatkuasaan bukan sahaja melibatkan Kementerian Dalam Negeri (KDN), malah turut membabitkan pihak berkuasa tempatan serta agensi berkaitan.

“Sekiranya hasil pemeriksaan mendapati berlaku pelanggaran undang-undang di bawah akta yang dikuatkuasakan atau bidang kuasa agensi lain, kertas siasatan akan dibuka.

“Tindakan boleh berakhir dengan kompaun atau pendakwaan, bergantung kepada kes,” ujarnya.

Dalam pada itu, Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCOM) turut diaarah melaksanakan operasi penguatkuasaan bersama semua agensi berkaitan bagi menangani isu berkenaan.

“Komander ESSCOM, Datuk Victor Sanjos turut memaklumkan bahawa selepas arahan diberikan, ESSCOM telah menggerakkan beberapa operasi penguatkuasaan secara berterusan.

“Ini mesej jelas bahawa Malaysia sentiasa terbuka kepada pelancong asing, namun setiap individu yang berada di negara ini perlu mematuhi undang-undang, ” tegasnya.

Related Posts

MMKN tiada kuasa gantung tugas SUK, Penasihat Undang-Undang Negeri Sembilan – AGC

KUALA LUMPUR – Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) Negeri Sembilan tidak mempunyai kuasa dari segi undang-undang untuk menggantung tugas Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) dan Penasihat Undang-Undang Negeri, kata Jabatan Peguam…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Penggantungan SUK, Penasihat Undang-Undang: AMK Negeri Sembilan mahu penjelasan segera

ANGKATAN Muda Keadilan (AMK) Negeri Sembilan menggesa semua pihak menghormati Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Sembilan 1959 serta proses perundangan berhubung keputusan penggantungan tugas Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK), Datuk Mohd Zafir…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

MMKN tiada kuasa gantung tugas SUK, Penasihat Undang-Undang Negeri Sembilan – AGC

MMKN tiada kuasa gantung tugas SUK, Penasihat Undang-Undang Negeri Sembilan – AGC

Penggantungan SUK, Penasihat Undang-Undang: AMK Negeri Sembilan mahu penjelasan segera

Penggantungan SUK, Penasihat Undang-Undang: AMK Negeri Sembilan mahu penjelasan segera

MPNPHNS saran siasatan menyeluruh dakwaan usaha singkir Tuanku Muhriz

MPNPHNS saran siasatan menyeluruh dakwaan usaha singkir Tuanku Muhriz

Kecewa cara UMNO urus kemelut Tuanku Muhriz, ketua cawangan letak jawatan

Kecewa cara UMNO urus kemelut Tuanku Muhriz, ketua cawangan letak jawatan

Kontinjen Orang Asli tampil memeriahkan sambutan Maulidur Rasul Jengka

Kontinjen Orang Asli tampil memeriahkan sambutan Maulidur Rasul Jengka

China Eastern rancang tambah penerbangan Shanghai–Kota Kinabalu hingga tiga kali sehari

  • By Ezmie
  • September 22, 2026
China Eastern rancang tambah penerbangan Shanghai–Kota Kinabalu hingga tiga kali sehari