PRK Ayer Kuning: Jangan mudah selesa, jentera parti harus kerja kuat

TIMBALAN Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Mohamad Hasan menasihatkan jentera parti agar tidak mudah selesa dalam kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Kuning.

Mohamad berkata, meskipun kemenangan atas kertas berpihak kepada BN tetapi harus berwaspada menyusun strategi yang terbaik dari segala aspek seperti menyantuni pengundi di DUN berkenaan.

“Bagi saya setiap pilihan raya baik Pilihan Raya Umum, Pilihan Raya Negeri dan juga Pilihan Raya Kecil ia berbeza-beza. Ia tak sama.

“Kita tak boleh ambil mudah walaupun atas kertas untuk Barisan Nasional menang ada.

“Tetapi kita masih perlu kerja kuat, menyusun gerak kerja, jentera parti mesti tersusun dan kita mesti dapat menyantuni seramai mungkin pengundi-pengundi di kawasan tersebut,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita pada majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Kementerian Luar dan Parlimen Rembau di Kampung Tanjung, Rantau di sini hari ini.

Dalam pada itu, Mohamad yang juga merupakan Ahli Parlimen Rembau memohon maaf kerana tidak dapat menghadiri hari penamaan calon PRK Ayer Kuning bersama barisan kepimpinan hari ini susulan penganjuran rumah terbuka berkenaan yang telah dirancang lebih awal.

PRK DUN Ayer Kuning menyaksikan pertandingan tiga penjuru membabitkan calon daripada tiga parti pada 26 April ini.

Dua lagi calon, bekas pensyarah Institut Pendidikan Guru (IPG) Ipoh serta akan berhadapan dengan dua lagi calon daripada Perikatan Nasional (PN) dan Parti Sosialis Malaysia.

Ianya diadakan susulan kematian penyandangnya, Allahyarham Ishsam Shahruddin daripada BN yang juga merupakan Ketua UMNO Bahagian Tapah, yang meninggal dunia akibat serangan jantung pada 22 Februari lalu selepas menyertai kejohanan bola sepak di Pulau Pinang.

Related Posts

Harga runcit petrol, diesel tanpa subsidi turun 5 sen seliter

KUALA LUMPUR: Harga runcit petrol RON97, RON95 tanpa subsidi dan diesel tanpa subsidi masing-masing turun lima sen seliter bagi tempoh 6 hingga 12 Ogos depan. Kementerian Kewangan (MOF), dalam kenyataan hari…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Cik Man meninggal dunia dipercayai akibat serangan jantung

PELAKON filem dan drama Kamarool Yusoff atau lebih dikenali sebagai Cik Man meninggal dunia pada Rabu dipercayai akibat serangan jantung. Allahyarham yang berusia 68 tahun itu menghembuskan nafas terakhir jam…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Harga runcit petrol, diesel tanpa subsidi turun 5 sen seliter

  • By Aden
  • August 5, 2026
Harga runcit petrol, diesel tanpa subsidi turun 5 sen seliter

Penemuan kedua tulang dalam guni cetus persoalan

Penemuan kedua tulang dalam guni cetus persoalan

Cik Man meninggal dunia dipercayai akibat serangan jantung

Cik Man meninggal dunia dipercayai akibat serangan jantung

Kerajaan percepat proses 15,000 permohonan pekerja asing bantu sektor ekonomi

Kerajaan percepat proses 15,000 permohonan pekerja asing bantu sektor ekonomi

Bangunan warisan Georgetown perlu diaudit secara sistematik demi keselamatan

Bangunan warisan Georgetown perlu diaudit secara sistematik demi keselamatan

Rumah dibeli terbengkalai, suami isteri tanggung sewa dan pinjaman serentak

Rumah dibeli terbengkalai, suami isteri tanggung sewa dan pinjaman serentak