Belanjawan 2027 perlu bina keupayaan ekonomi rakyat, negeri

KOTA KINABALU – Belanjawan 2027 perlu beralih daripada pendekatan pemberian bantuan kepada usaha membina keupayaan ekonomi rakyat dan negeri secara lebih menyeluruh serta berterusan.

Pensyarah Kanan Universiti Teknologi MARA (UiTM) Sabah, Dr Jain Yassin berkata, langkah itu perlu disokong oleh dasar yang konsisten supaya rakyat, peniaga dan pemain ekonomi mempunyai kepastian untuk merancang kegiatan serta pelaburan masing-masing.

“Belanjawan negara sememangnya menyeluruh, namun pendekatan ‘bantuan kepada rakyat’ perlu diperkembangkan kepada usaha membina keupayaan ekonomi rakyat dan negeri.

“Kita juga memerlukan dasar yang lebih konsisten dan tidak terlalu kerap berubah supaya rakyat, peniaga serta pemain ekonomi mempunyai kepastian untuk merancang.

“Pendekatan ini penting untuk mewujudkan pertumbuhan ekonomi yang lebih mampan dan tidak terlalu bergantung kepada bantuan bersifat jangka pendek atau sekali beri,” katanya kepada The Malaysia Press pada Isnin.

Menurut Jain, perhatian juga perlu diberikan terhadap isu peruntukan yang tidak dibelanjakan secara optimum sehingga sebahagiannya terpaksa dipulangkan.

“Keadaan ini perlu ditangani memandangkan jurang pembangunan masih ketara, khususnya di Sabah dan Sarawak yang memerlukan pelaksanaan projek serta penyediaan kemudahan asas dengan lebih pantas.

“Peruntukan yang telah diluluskan perlu benar-benar sampai kepada rakyat dan diterjemahkan kepada pembangunan yang memberikan manfaat secara langsung.

“Justeru, saya berharap Belanjawan 2027 menyediakan satu mekanisme yang dapat melancarkan proses pelaksanaan, meningkatkan kecekapan di pelbagai peringkat serta memperkukuh pemantauan.

“Ini bagi memastikan setiap peruntukan dapat dilaksanakan dengan lebih cepat, cekap dan memberikan impak optimum kepada rakyat,” katanya.

Pada masa sama, Jain berpandangan pendekatan pembangunan untuk Sabah dan Sarawak perlu dilaksanakan secara menyeluruh serta berterusan selaras dengan semangat Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).

Katanya, MA63 perlu dilihat sebagai aspirasi nasional dan komitmen jangka panjang untuk memastikan pembangunan, peluang ekonomi serta kesejahteraan rakyat di kedua-dua wilayah terus diberikan perhatian sewajarnya.

Belanjawan 2027 yang bertemakan “Malaysia MADANI: Menggapai di Langit, Mengakar di Bumi” dijadualkan dibentangkan di Parlimen pada 9 Oktober depan.

Ia merupakan belanjawan kelima di bawah Kerajaan MADANI dan kekal berpaksikan tiga tonggak Ekonomi MADANI, iaitu menaikkan siling pertumbuhan negara, menaikkan lantai kesejahteraan hidup rakyat serta memacu pembaharuan tatakelola pentadbiran negara.

Kenyataan Pra-Belanjawan 2027 turut menggariskan 10 bidang tumpuan, termasuk menangani tekanan kos sara hidup, memperkukuh perlindungan sosial, memperkasa pendidikan, kesihatan dan perkhidmatan asas serta meningkatkan daya saing perniagaan dan produktiviti.

Orang ramai, komuniti perniagaan dan pemegang taruh turut dialu-alukan mengemukakan pandangan serta cadangan melalui Portal Cadangan Belanjawan 2027 di pautan https://belanjawan.mof.gov.my/ms/cadangan2027 bagi membantu kerajaan menyediakan belanjawan yang lebih menyeluruh dan memenuhi keperluan rakyat di seluruh negara.

Related Posts

Penambahbaikan kelayakan BUDI Diesel tepati realiti Sabah, Sarawak

KOTA KINABALU – Penambahbaikan kelayakan BUDI MADANI Diesel (BUDI Diesel) yang tidak lagi terikat sepenuhnya kepada pemilik berdaftar merupakan langkah positif kerana lebih menepati realiti penggunaan kenderaan di Sabah dan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Pengurusan sisa perlu ikut realiti daerah di Sabah

KOTA KINABALU – Pendekatan pengurusan sisa di Sabah perlu disesuaikan mengikut keperluan dan realiti setiap daerah berikutan cabaran di kawasan bandar, luar bandar, pesisir serta kepulauan yang berbeza. Pengerusi Institut…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Belanjawan 2027 perlu bina keupayaan ekonomi rakyat, negeri

  • By Ezmie
  • September 21, 2026
Belanjawan 2027 perlu bina keupayaan ekonomi rakyat, negeri

Gerbang Kemenangan jadi Kompleks Ketenteraan – Trump

Gerbang Kemenangan jadi Kompleks Ketenteraan – Trump

Penambahbaikan kelayakan BUDI Diesel tepati realiti Sabah, Sarawak

  • By Ezmie
  • September 21, 2026
Penambahbaikan kelayakan BUDI Diesel tepati realiti Sabah, Sarawak

Pengurusan sisa perlu ikut realiti daerah di Sabah

  • By Ezmie
  • September 21, 2026
Pengurusan sisa perlu ikut realiti daerah di Sabah

Permudah lesen spa, tapi jangan buka ruang rasuah – Hannah Yeoh

Permudah lesen spa, tapi jangan buka ruang rasuah – Hannah Yeoh

Lelaki ditahan disyaki ceroboh, cabul warga China

  • By Fatin
  • September 21, 2026
Lelaki ditahan disyaki ceroboh, cabul warga China