
PRESIDEN Amerika Syarikat, Donald Trump mengecualikan tarif yang dikuatkuasakan ke atas telefon pintar, skrin komputer, cip dan komponen elektronik.
Pengecualian tarif ini termasuk semua barangan elektronik yang dimport ke Amerika Syarikat.
Perkara ini dimaklumkan menerusi satu notis oleh pihak kastam dan perlindungan sempadan Amerika Syarikat yang disiarkan pada Jumaat.
Notis pengecualian ini diguna pakai kepada produk yang memasuki atau dikeluarkan dari gudang seawal 5 April.
Pelaksanaan langkah ini juga diambil setelah pentadbiran Trump mengenakan tarif minimum sebanyak 145 peratus ke atas barangan dari China yang diimport ke Amerika.
Tarif ini dijangka akan memberi kesan besar kepada syarikat teknologi gergasi seperti Apple, yang mengeluarkan iPhone dan produk lain di China.
Menurut laporan Wedbush Securities, kira-kira 90 peratus daripada pengeluaran dan pemasangan iPhone Apple kini berpangkalan di China.
Dalam pada itu, sebuah firma yang memantau penghantaran telefon pintar global, Alaounterpoint Research, menganggarkan Apple mempunyai stok untuk tempoh sehingga enam minggu di Amerika dan setelah bekalan habis lalu harga dijangka meningkat.
Tarif yang diumumkan pada 2 April diperkenalkan oleh Trump mengejutkan dunia dan menunjukkan perubahan dasar globalisasi daripada pentadbiran AS sebelum ini.
Terdahulu, ahli ekonomi telah memberi amaran bahawa kos tarif mungkin akhirnya akan ditanggung oleh pengguna.
Kebimbangan ini telah berlakunya situasi “panic buying” yang menyebabkan ramai rakyat Amerika bergegas membeli barangan berharga tinggi, seperti kereta dan barangan elektronik kerana sentimen pengguna telah jatuh ke paras terendah dalam sejarah.





