Pengurusan sisa perlu ikut realiti daerah di Sabah

KOTA KINABALU – Pendekatan pengurusan sisa di Sabah perlu disesuaikan mengikut keperluan dan realiti setiap daerah berikutan cabaran di kawasan bandar, luar bandar, pesisir serta kepulauan yang berbeza.

Pengerusi Institut Kajian Pembangunan (Sabah) (IDS), Datuk Seri Panglima Hajah Azizah Mohd Dun berkata, pendekatan secara seragam tidak semestinya mampu menangani keseluruhan isu pengurusan sisa di negeri ini.

“Apabila kita bercakap mengenai masalah sisa di Sabah, sebenarnya kita berdepan beberapa realiti dan cabaran yang berbeza.

“Penyelesaian untuk kawasan bandar yang menghasilkan ratusan tan sisa sehari belum tentu sesuai bagi komuniti di pulau, luar bandar atau kawasan yang masih menghadapi kesukaran mendapatkan perkhidmatan kutipan sisa secara teratur,” ujarnya semasa berucap pada program Trash Talk to Action I: Memahami Landskap Pengurusan Sisa di Sabah, anjuran bersama IDS Sabah dan Konrad-Adenauer-Stiftung (KAS) Malaysia di sini, pasa Isnin.

Menurut Azizah, antara cabaran utama ialah tapak pelupusan Kayu Madang yang menampung sisa dari Kota Kinabalu, Tuaran, Penampang, Putatan dan Kota Belud dengan kira-kira 800 tan sisa diterima setiap hari.

“Daerah lain pula berdepan cabaran berbeza termasuk pembuangan sisa secara terbuka di kawasan pesisir, pengurusan sisa di kepulauan, pencemaran marin serta keperluan memperluaskan kemudahan pengumpulan sisa.

“Penggunaan teknologi baharu termasuk cadangan kemudahan biogas di Kayu Madang yang berupaya menukarkan gas metana kepada tenaga elektrik sehingga dua megawatt adalah perkembangan positif.

“Bagaimanapun, teknologi sahaja tidak mencukupi tanpa sistem kutipan sisa yang cekap, data yang lengkap, pengasingan dan kitar semula serta pembahagian tanggungjawab yang jelas antara institusi berkaitan,” kongsinya.

Tambahnya, mekanisme sedia ada seperti Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) dan Unit Pemimpin Pembangunan Masyarakat (UPPM) juga boleh dimanfaatkan dengan lebih berkesan bagi meningkatkan penglibatan masyarakat.

“Kita tidak semestinya perlu mewujudkan mekanisme baharu. Sebaliknya, prosedur dan garis panduan dalam mekanisme sedia ada perlu diperkukuhkan supaya masyarakat memahami peranan masing-masing.

“Program Trash Talk to Action akan menjadi asas kepada perbincangan seterusnya mengenai tadbir urus, penyelarasan institusi dan usaha mewujudkan sistem pengurusan sisa yang lebih bersepadu di Sabah.

“Daripada ‘Trash Talk’ kepada tindakan, kita bukan sekadar bercakap mengenai sampah, tetapi bagaimana membina Sabah yang lebih bersih, mampan dan bertanggungjawab untuk generasi akan datang,” jelasnya.

Hadir sama Pembantu Menteri Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah, Datuk Dr Maijol Mahap yang mewakili Datuk Dr Mohd Arifin Mohd Arif.

Related Posts

Penambahbaikan kelayakan BUDI Diesel tepati realiti Sabah, Sarawak

KOTA KINABALU – Penambahbaikan kelayakan BUDI MADANI Diesel (BUDI Diesel) yang tidak lagi terikat sepenuhnya kepada pemilik berdaftar merupakan langkah positif kerana lebih menepati realiti penggunaan kenderaan di Sabah dan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Permudah lesen spa, tapi jangan buka ruang rasuah – Hannah Yeoh

KUALA LUMPUR – Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Hannah Yeoh mencadangkan penyelarasan antara agensi kerajaan bagi menambah baik syarat pelesenan pusat kecantikan dan kesihatan termasuk spa serta pusat…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Gerbang Kemenangan jadi Kompleks Ketenteraan – Trump

Gerbang Kemenangan jadi Kompleks Ketenteraan – Trump

Penambahbaikan kelayakan BUDI Diesel tepati realiti Sabah, Sarawak

  • By Ezmie
  • September 21, 2026
Penambahbaikan kelayakan BUDI Diesel tepati realiti Sabah, Sarawak

Pengurusan sisa perlu ikut realiti daerah di Sabah

  • By Ezmie
  • September 21, 2026
Pengurusan sisa perlu ikut realiti daerah di Sabah

Permudah lesen spa, tapi jangan buka ruang rasuah – Hannah Yeoh

Permudah lesen spa, tapi jangan buka ruang rasuah – Hannah Yeoh

Lelaki ditahan disyaki ceroboh, cabul warga China

  • By Fatin
  • September 21, 2026
Lelaki ditahan disyaki ceroboh, cabul warga China

Carrick berdepan tekanan, United hanya seri lawan Fulham

Carrick berdepan tekanan, United hanya seri lawan Fulham