Zambry mahu pelajar manfaat peluang belajar di seluruh negara

KOTA KINABALU – Pelajar tidak seharusnya mengehadkan pilihan untuk melanjutkan pengajian hanya di negeri masing-masing, sebaliknya perlu memanfaatkan peluang menuntut ilmu di seluruh negara.

Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Diraja Dr Zambry Abdul Kadir berkata, pengalaman merantau untuk mendapatkan pendidikan merupakan sebahagian daripada proses pembelajaran yang mampu menambah pengalaman dan kemahiran pelajar.

“Untuk sistem pendidikan kita, jangan kita hanya hadkan untuk mereka yang datang dari negeri itu nak belajar di negeri ini atau di negeri itu.

“Menuntut ilmu itu merupakan satu perjalanan, satu pengembaraan ilmu yang sebenarnya akan menambahkan lagi pengalaman dan kemahiran kita dengan belajar.

“Penempatan pelajar perlu mengambil kira kepelbagaian kursus yang ditawarkan kerana tidak semua program pengajian tersedia di setiap negeri, ” ujarnya kepada media selepas menghadiri Majlis Konvokesyen Politeknik dan Kolej Komuniti Zon Sabah 2026 di Dewan Rafflesia, Politeknik Kota Kinabalu, di sini pada Isnin.

Mengulas kebimbangan sesetengah pelajar dari Semenanjung untuk melanjutkan pengajian di Sabah dan Sarawak, Zambry berkata, Malaysia mempunyai ruang pendidikan yang terbuka kepada semua anak negara tanpa mengira negeri asal.

“Kerajaan memberi perhatian kepada keperluan anak-anak Sabah dan menyediakan peluang pendidikan menerusi institusi pengajian tinggi termasuk tiga politeknik yang terdapat di negeri itu.

“Ini tidak bermakna bahawa dasar kita tak boleh kita hantar mereka ke tempat lain. Kita satu negara, jadi sewajarnya kita mengambil kesempatan itu,” jelasnya.

Dalam pada itu, Zambry berkata, perancangan pendidikan tinggi termasuk bidang Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) akan turut diberi perhatian menerusi Pelan Pendidikan Tinggi Nasional 2026-2035.

Tambahnya, Kementerian Pendidikan Tinggi turut bekerjasama dengan Majlis TVET Negara bagi menyusun keperluan TVET peringkat pendidikan tinggi yang melibatkan universiti teknikal, politeknik dan kolej komuniti.

Related Posts

Keselamatan pelancong tidak boleh dikompromi – Jafry

KOTA KINABALU – Kerajaan Sabah mengarahkan pemeriksaan segera terhadap sebuah pusat peranginan di Semporna, susulan kejadian seorang pelancong wanita warga China dipercayai diceroboh dan dicabul di bilik penginapannya. Menteri Pelancongan,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Politeknik bakal perluas tawaran ijazah, lima lagi institusi dikenal pasti

KOTA KINABALU – Kerajaan sedang merangka langkah menaik taraf institusi politeknik termasuk memperkukuh kurikulum serta mencadangkan pewujudan akta baharu bagi memastikan pendidikan politeknik terus berkembang sejajar keperluan semasa. Menteri Pendidikan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Hak Terengganu bukan tiket untuk Pas kuasai Putrajaya

Hak Terengganu bukan tiket untuk Pas kuasai Putrajaya

Keselamatan pelancong tidak boleh dikompromi – Jafry

  • By Ezmie
  • September 21, 2026
Keselamatan pelancong tidak boleh dikompromi – Jafry

Politeknik bakal perluas tawaran ijazah, lima lagi institusi dikenal pasti

Politeknik bakal perluas tawaran ijazah, lima lagi institusi dikenal pasti

Purata gaji rakyat Malaysia naik 4.1 peratus kepada RM3,803 pada 2025 – DOSM

Purata gaji rakyat Malaysia naik 4.1 peratus kepada RM3,803 pada 2025 – DOSM

Jalan akses RM170 juta bakal hubungkan Limpaku Pinang menjelang 2029

Jalan akses RM170 juta bakal hubungkan Limpaku Pinang menjelang 2029

UNIMAS, MOCA Resources meterai MoU perkasa pensijilan profesional OSH

UNIMAS, MOCA Resources meterai MoU perkasa pensijilan profesional OSH