Menang pilihan raya bukan lesen guling Raja – Anwar

SHAH ALAM – Tiada parti politik yang meletakkan agenda menggulingkan Raja sebagai sebahagian daripada manifesto ketika meminta mandat rakyat pada pilihan raya negeri (PRN).

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, justeru kedudukan institusi Raja perlu ditentukan berdasarkan Perlembagaan dan undang-undang, bukan semata-mata berdasarkan keputusan pilihan raya.

“Masa menang pilihan raya, ada kamu sebut dalam manifesto, ‘kalau kami menang, kami akan gulingkan Raja.’ Tidak ada.

“Jadi orang bagi sokongan kepada kamu untuk pertahankan sistem Raja, tetapi kamu menang, kamu tolak Raja,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Hi-Tea Reunion Perintis Reformis, di sini pada Ahad.

Pengerusi Pakatan Harapan (PH) itu  turut menegaskan kerajaan Persekutuan akan terus mempertahankan sistem Raja-Raja Melayu serta memastikan perkara berkaitan institusi beraja tidak diputuskan sewenang-wenangnya atas kepentingan politik.

“Kalau ada (pertikaian) di sebaliknya, mulakan jalur undang-undang, bukan di media, bukan melalui parti.

“Bukan parti yang menentukan siapa Raja tetapi warisan, khazanah, budaya dan Perlembagaan dalam undang-undang,” katanya.

Menurutnya, sistem Raja mempunyai peraturan dan kaedah tersendiri yang perlu dihormati, termasuk dalam soal menyatakan persetujuan atau bantahan.

“Sistem Raja itu ada peraturan dan kaedah-kaedah yang menyebabkan ia Raja, cara kita bicara, setuju atau membantah ada kaedahnya. Oleh itu kita pertahankan,” katanya.

Related Posts

Laporan awal pengurusan dan tatakelola FELDA didedah minggu depan – Anwar

SHAH ALAM – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan laporan awal berkaitan pengurusan dan tatakelola Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) akan didedahkan kepada umum minggu depan. Anwar berkata, pendedahan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Hak mohon pengampunan milik setiap banduan, keputusan bukan di tangan kerajaan

SHAH ALAM – Setiap banduan mempunyai hak untuk memohon pengampunan, namun keputusan berhubung permohonan itu bukan kuasa kerajaan. Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan perkara berkenaan perlu dilihat berlandaskan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Cadangan akar umbi belia Sabah jadi input Belanjawan Belia MADANI 2027

Cadangan akar umbi belia Sabah jadi input Belanjawan Belia MADANI 2027

Menang pilihan raya bukan lesen guling Raja – Anwar

Menang pilihan raya bukan lesen guling Raja – Anwar

Laporan awal pengurusan dan tatakelola FELDA didedah minggu depan – Anwar

Laporan awal pengurusan dan tatakelola FELDA didedah minggu depan – Anwar

Hak mohon pengampunan milik setiap banduan, keputusan bukan di tangan kerajaan

Hak mohon pengampunan milik setiap banduan, keputusan bukan di tangan kerajaan

Anwar mahu dengar penjelasan Anthony sebelum putuskan peletakan jawatan

Anwar mahu dengar penjelasan Anthony sebelum putuskan peletakan jawatan

Perpaduan Melayu-Islam: Antara tuntutan agama dan kepentingan parti politik

Perpaduan Melayu-Islam: Antara tuntutan agama dan kepentingan parti politik