Gara-gara tak terima gaji hampir setahun, tiga NGO tampil bantu pemain KDA FC

ALOR SETAR – Kekecewaan pemain dan barisan kejurulatihan pasukan Kedah Darul Aman (KDA) FC untuk menyambut Aidilfitri sedikit terubat berikutan inisiatif tiga badan bukan kerajaan (NGO) melancarkan tabung bagi membantu mereka.

Rangkaian Anak Darul Aman Se-Malaysia (RADA), Anak Darul Aman (ADAM) dan Pertubuhan Sukarelawan Rakyat Aman (SUARA) mengambil langkah alternatif itu sebagai solidariti terhadap pasukan yang dikatakan tidak menerima gaji sejak hampir setahun.

Pengerusi RADA, Datuk Romli Ishak berkata, tabung dilancarkan hari ini telah mencecah kutipan RM40,000 yang akan diagihkan kepada pemain dan barisan kejurulatihan KDA FC bagi membantu mereka melakukan persiapan menyambut Aidilfitri.

“Tabung ini diwujudkan bagi memastikan kebajikan para pemain terus terbela terutamanya dalam menyambut Syawal yang mulia.

“Sumbangan akan disalurkan secara langsung kepada pemain dan pegawai yang memerlukan sebagai tanda penghargaan atas jasa dan pengorbanan mereka dalam mengangkat martabat bola sepak Kedah,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Sebelum ini, pasukan yang beraksi dalam Liga Super itu dilaporkan berdepan krisis kewangan hingga menyebabkan tunggakan gaji melebihi 10 bulan.

Romli berkata, pihaknya bersama ADAM dan SUARA terpanggil untuk menggerakkan kutipan itu selepas mendengar sendiri keluhan sebahagian pemain dan pegawai pasukan dalam pertemuan baru-baru ini.

Beliau berkata, pihaknya turut mengajak semua penyokong setia pasukan Hijau Kuning, korporat, NGO serta orang ramai yang berkemampuan untuk sama-sama membantu pemain dan barisan kejurulatihan KDA FC.

Related Posts

Chelsea pamer karakter pemusnah, kalahkan Leeds 6-3

CHELSEA bangkit daripada ketinggalan dua gol untuk menewaskan Leeds 6-3 dalam aksi pusingan ketiga Piala Liga di Stamford Bridge, awal pagi tadi. Skuad bimbingan Xabi Alonso hampir tersingkir selepas gol…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Lima mangsa nahas helikopter ditemukan dalam bangkai pesawat

MIRI – Kesemua lima individu yang menaiki helikopter berdaftar 9M-LLF ditemukan maut di dalam bangkai pesawat yang terhempas dan terbakar di hujung landasan Lapangan Terbang Long Lellang pada petang Selasa.…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Hutang Terengganu turun, tetapi siapa yang membayarnya?

Hutang Terengganu turun, tetapi siapa yang membayarnya?

PH cakap rasuah, UMNO jawab soal Raja – AMK

PH cakap rasuah, UMNO jawab soal Raja – AMK

NRES jamin aspek adaptasi tidak diketepikan dalam RUU Perubahan Iklim Negara

NRES jamin aspek adaptasi tidak diketepikan dalam RUU Perubahan Iklim Negara

Pasangan kekasih positif dadah ditahan selepas bergaduh

Pasangan kekasih positif dadah ditahan selepas bergaduh

90 ketua cawangan Kangar tinggalkan Bersatu

90 ketua cawangan Kangar tinggalkan Bersatu

Chelsea pamer karakter pemusnah, kalahkan Leeds 6-3

Chelsea pamer karakter pemusnah, kalahkan Leeds 6-3