Mikel Arteta
ARSENAL terlepas peluang melebarkan jurang kepada lapan mata di puncak Liga Perdana Inggeris (EPL) selepas seri 2-2 dengan Newcastle United, awal pagi tadi.
Arsenal membuka jaringan menerusi Eberechi Eze pada minit ke-33, hasil hantaran Kai Havertz.
Newcastle bangkit pada babak kedua apabila Harvey Barnes menyamakan kedudukan pada minit ke-49, sebelum Malick Thiaw meletakkan tuan rumah di depan pada minit ke-62.
Arsenal yang kehilangan penjaga gol David Raya akibat kecederaan, menyamakan kedudukan menerusi Noni Madueke pada minit ke-78.
Keputusan itu menyaksikan Arsenal mengumpul 28 mata, enam mata di depan Brighton & Hove Albion.



