Banjir Johor: 20 buah sekolah dihentikan operasi

JOHOR BAHRU – Sesi pembelajaran di 20 buah sekolah di Johor terpaksa dihentikan susulan kejadian banjir yang semakin buruk di negeri ini.

Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan dan Penerangan Negeri Johor, Aznan Tamin berkata, daripada keseluruhan jumlah yang dilaporkan itu, tujuh daripadanya kini dijadikan pusat pemindahan sementara (PPS) manakala dua lagi dinaiki air.

“Tujuh buah sekolah kini dihentikan operasi bagi memberi laluan untuk dijadikan PPS selain baki 11 buah sekolah lagi pula kini terputus hubungan.

“Selain itu, dua buah sekolah pula dilaporkan dinaiki air iaitu Sekolah Kebangsaan (SK) Kangkar Tebrau dan SK Kampung Maju Jaya dekat Johor Bahru dan operasinya terpaksa dihentikan sepenuhnya.

“Bagi sekolah yang dijadikan PPS, pembelajaran akan diteruskan secara Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR), manakala sesi persekolahan lain tetap berjalan seperti biasa,” katanya ketika mengadakan lawatan PPS di SK Bukit Mutiara, di sini, hari ini.

Menurut Aznan, 20 buah sekolah berkenaan meliputi lima daerah iaitu Johor Bahru, Kulai, Pontian, Kota Tinggi dan Kluang.

Katanya, semua sekolah yang telah digazetkan sebagai PPS kini dalam keadaan siap sedia memandangkan hujan masih berterusan dengan banjir dijangkakan semakin memburuk.

“Setiap daerah memang ada sekolah yang sudah digazetkan untuk dijadikan PPS. Cuma, setakat ini sekolah-sekolah ini sudah diberi penekanan untuk bersedia kerana mungkin bila-bila masa sahaja akan ada mangsa banjir akan ditempatkan,” ujarnya.

Pihaknya juga sudah adakan beberapa siri perbincangan dengan kerajaan negeri dan Persekutuan untuk PPS yang libatkan sekolah ini daapt bersedia lebih awal sekiranya berlaku banjir.

“Daripada segi kerjasama dengan agensi berkaitan pun, kita sudah lakukan secara berterusan dan akan beri bantuan,” katanya.

Setakat petang tadi, mangsa banjir di Johor dilaporkan meningkat apabila seramai 2,550 mangsa ditempatkan di 43 buah PPS dengan membabitkan 707 buah keluarga di lima daerah.

Related Posts

Isu pemilihan Undang Luak Rembau bermula dari akar umbi, bukan campur tangan Tuanku Muhriz

REMBAU – Isu pemilihan Undang Luak Rembau Ke-22 sebenarnya bermula daripada pertikaian di peringkat akar umbi institusi adat Rembau sendiri dan bukannya berpunca daripada campur tangan Tuanku Muhriz Tuanku Munawir.…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Belanjawan Sarawak 2027: Abang Jo beri bayangan berita gembira, tarif elektrik kekal

MUKAH – Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg memberi bayangan awal bahawa Belanjawan Sarawak 2027 yang bakal dibentangkan pada 12 Oktober depan akan terus mengukuhkan kedudukan kewangan negeri…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Isu pemilihan Undang Luak Rembau bermula dari akar umbi, bukan campur tangan Tuanku Muhriz

Isu pemilihan Undang Luak Rembau bermula dari akar umbi, bukan campur tangan Tuanku Muhriz

Belanjawan Sarawak 2027: Abang Jo beri bayangan berita gembira, tarif elektrik kekal

Belanjawan Sarawak 2027: Abang Jo beri bayangan berita gembira, tarif elektrik kekal

Pewartaan Tanah Rizab Melayu: Pencapaian MADANI, legasi untuk Belanjawan 2027

Pewartaan Tanah Rizab Melayu: Pencapaian MADANI, legasi untuk Belanjawan 2027

Pahang buru bakat baharu sepak takraw, termasuk anak Orang Asli

Pahang buru bakat baharu sepak takraw, termasuk anak Orang Asli

Belanjawan 2027: Kebajikan mahasiswa diberi perhatian – PM

Belanjawan 2027: Kebajikan mahasiswa diberi perhatian – PM

Generasi muda perlu berani bersuara, tolak rasuah dan salah guna kuasa – PM

Generasi muda perlu berani bersuara, tolak rasuah dan salah guna kuasa – PM