Lawatan PM ke London buahkan hasil positif, perkukuh hubungan strategik

PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berjaya mengharungi lawatan rasmi ke London meskipun berbagai situasi yang terjadi seperti jadual yang bercanggah dan pilihan raya umum United Kingdom.

Lawatan yang berlangsung selama lima hari itu amat penting bagi hubungan diplomatik antara kedua-dua negara dan juga membuktikan kemampuan serta kemampanan Malaysia membangun seiring dengan negara maju lain.

Pengerusi Institut Kajian Strategik dan Antarabangsa (ISIS) Malaysia, Datuk Professor Dr. Mohd Faiz Abdullah berpendapat Malaysia tidak ketinggalan dalam meneroka peluang baharu di tengah-tengah perubahan geopolitik global.

Pertemuan ini seolah-olah memperbaharui hubungan baik serta memperkukuhkan hubungan strategik antara Malaysia dan UK.

Katanya, Malaysia juga komited menunjukkan usaha memperluas kerjasama ekonomi dalam sektor pembuatan canggih, tenaga boleh diperbaharui, dan teknologi digital.

Mohd Faiz berkata, penyelarasan antara Pelan Induk Perindustrian Baharu Malaysia 2030 dan Invest 2035 UK membuka peluang baru untuk pelaburan dan inovasi bersama termasuk dalam bidang kecerdasan buatan (AI).

“Pejabat AI Kebangsaan Malaysia dan Pelan Tindakan Peluang AI UK menawarkan platform untuk pembangunan teknologi yang beretika dan berinovasi, memberi manfaat besar kepada kedua-dua negara dalam persaingan global,” katanya.

Bukan itu sahaja, UK menerusi polisi Indo-Pacific Tilt dan penyertaannya dalam Perjanjian Komprehensif dan Progresif bagi Trans-Pasifik (CPTPP) menunjukkan komitmen mendalam terhadap Asia-Pasifik.

Mengulas lanjut, beliau berkata, posisi Malaysia, sebagai rakan penting ASEAN berada di kedudukan strategik untuk memperkukuh hubungan tersebut pada masa hadapan.

Anwar mengadakan pertemuan dengan rakan sejawatan Sir Keir Starmer di London, pada Rabu lalu (15 Januari).

Anwar, yang tiba di sini pada Selasa (14 Jan) bagi lawatan kerja lima hari ke United Kingdom (UK), disambut oleh Starmer di pejabat Perdana Menteri UK itu di No 10, Downing Street pada 1 tengah hari (9 malam waktu Malaysia).

Anwar dan Starmer kemudian mengetuai delegasi masing-masing pada mesyuarat dua hala, memberi tumpuan kepada mengukuhkan hubungan yang lama terjalin antara dua negara.

Perdana Menteri diiringi Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Datuk Seri Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz; Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir; Menteri Perladangan dan Komoditi, Datuk Seri Johari Abdul Ghani dan Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke UK dan Ireland Utara, Datuk Zakri Jaafar.

Related Posts

Akta e-dagang baharu perlu disegerakan demi lindungi peniaga tempatan – Fuziah

KUALA LUMPUR – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) mahu proses menggubal akta e-dagang baharu dipercepatkan bagi memperkukuh perlindungan pengguna dan memastikan peniaga tempatan berdepan persaingan yang…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Dapatan RCI Tabung Haji: Jangan kelirukan rakyat

BILA bercakap tentang RCI Tabung Haji, jangan kita berhenti pada alasan bahawa PwC dan Jabatan Audit Negara menggunakan metodologi perakaunan berbeza. Itu bukan persoalan utama. Persoalan sebenarnya ialah, jika kaedahnya…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Akta e-dagang baharu perlu disegerakan demi lindungi peniaga tempatan – Fuziah

Akta e-dagang baharu perlu disegerakan demi lindungi peniaga tempatan – Fuziah

Dapatan RCI Tabung Haji: Jangan kelirukan rakyat

Dapatan RCI Tabung Haji: Jangan kelirukan rakyat

10 pengunjung terjejas, Sunway Lagoon tampil beri penjelasan

10 pengunjung terjejas, Sunway Lagoon tampil beri penjelasan

Jangan politikkan Tabung Haji tetapi siapa pula menubuhkan RCI? – Mahfuz

Jangan politikkan Tabung Haji tetapi siapa pula menubuhkan RCI? – Mahfuz

Lima lelaki ditahan, hampir 200kg daun ketum dirampas

Lima lelaki ditahan, hampir 200kg daun ketum dirampas

Lelaki hilang cari lembu dalam Hutan Simpan Sementah ditemukan selamat

Lelaki hilang cari lembu dalam Hutan Simpan Sementah ditemukan selamat