SANDAKAN – Kerjasama pelbagai pihak termasuk Majlis Perbandaran dan Majlis Daerah penting dalam usaha menangani isu kebersihan dan pencemaran khususnya di kawasan pelancongan.
Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar, Datuk Seri Christina Liew berharap semua pihak seperti Jabatan Hidupan Liar (JHL) Sabah juga terlibat dalam memastikan kawasan pelancongan di Sabah terpelihara.
“JHL akan terus memberi perhatian terhadap kebersihan sebagai salah satu aspek penting dalam pengalaman pelancong.
“Saya tahu apa yang mereka akan katakan, ini tidak hanya berlaku di sini (Sandakan) tetapi juga berlaku di beberapa tempat yang lain.
“Kita akan berusaha untuk menjaga kebersihan walaupun ia bukan tugas yang mudah,” katanya kepada media selepas program ‘Dinner and Dialogue’ bersama ‘Sandakan Tourism Industry’ 2025, di sebuah hotel di Sandakan, pada Isnin.
Dalam pada itu, Christina turut menyokong cadangan pembinaan jeti awam Sandakan yang dianggap sebagai langkah positif untuk meningkatkan industri pelancongan.
Justeru, beliau menggalakkan pihak berkaitan untuk menulis surat kepada Kementerian Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar (KePKAS) dan Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) agar permohonan bagi peruntukan pembinaan jeti dapat dipertimbangkan.
“Untuk mendapatkan peruntukan pembangunan, prosesnya mungkin mengambil masa.
“Namun, kita mesti ada tindakan, iaitu kita memohon, tulis surat dan bercakap dengan pemimpin tempatan supaya mereka juga dapat membantu kita,” tambahnya.
Mengulas mengenai pelaksanaan ‘Visit Malaysia 2026’, Christina berharap dapat menarik lebih banyak penerbangan secara terus ke Malaysia yang sekali gus dapat merangsang pertumbuhan industri pelancongan dan ekonomi khususnya Sandakan.
Akta e-dagang baharu perlu disegerakan demi lindungi peniaga tempatan – Fuziah
KUALA LUMPUR – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) mahu proses menggubal akta e-dagang baharu dipercepatkan bagi memperkukuh perlindungan pengguna dan memastikan peniaga tempatan berdepan persaingan yang…
Lebih lanjut




