Sabah tidak anti-Persekutuan, hanya mahu tuntut hak 40 peratus

KOTA BELUD – Sabah hanya menuntut hak yang dipersetujui dalam Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) serta hak yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan, bukan anti-Persekutuan seperti didakwa sesetengah pihak.

Penyandang kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kadamaian, Datuk Ewon Benedick berkata, tidak tepat untuk melabelkan Sabah sebagai anti-Persekutuan kerana negeri itu dan Sarawak adalah rakan yang bersama-sama menubuhkan Persekutuan Malaysia.

Beliau berkata, tanpa Sabah dan Sarawak, tidak akan ada negara Malaysia yang ditubuhkan pada 1963.

“Persekutuan Malaysia ini hanya akan sempurna apabila hak-hak istimewa Sabah dan Sarawak, sama seperti hak-hak istimewa negeri-negeri lain, dapat diberikan seperti yang termaktub dalam Perjanjian Malaysia 1963 dan Perlembagaan Persekutuan.

“UPKO akan terus berjuang mempertahankan hak 40 peratus yang menjadi syarat utama Sabah menyertai penubuhan Malaysia,” katanya ketika menyampaikan ceramah sempena Program Jelajah Sabah First di Kadamaian, pada Khamis.

Dalam pada itu, Ewon yang juga Presiden Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO), memaklumkan partinya sentiasa tegas dalam mempertahankan maruah rakyat Sabah dan hak-hak negeri ini seperti yang dipersetujui dalam MA63 dan perlembagaan, khususnya syarat utama berhubung tuntutan 40 peratus hasil Persekutuan.

“Hak itu ialah pulangan 40 peratus hasil Persekutuan yang dikutip di Sabah dan ia mesti dibayar segera kepada rakyat Sabah.

“Kita hanya mahu hak kita dihormati,” katanya.

Sebelum ini, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan bahawa Kerajaan Persekutuan hanya memfailkan rayuan terhadap alasan penghakiman Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu berhubung isu pemberian khas 40 peratus hasil Sabah, bukannya keputusan mengenai tuntutan hak berkenaan.

Anwar berkata, ini kerana wujud kekhilafan dalam alasan penghakiman seperti menyalahkan kepimpinan kerajaan Persekutuan dan kerajaan Sabah terdahulu dalam membuat keputusan berkaitan isu terbabit.

Alasan penghakiman itu, yang menyatakan bahawa kajian semula pemberian khas dibuat selepas 2021, adalah menyalahi undang-undang dan tidak rasional malah mengaitkan kesilapan besar oleh Kerajaan Persekutuan sejak 1974.

Hal itu menyebabkan Kerajaan Persekutuan, kerajaan negeri dan Ahli Parlimen yang terlibat dalam kerajaan sejak 1974 hingga sekarang semuanya diputuskan sebagai terlanjur, tidak sah, tidak rasional, terdapat ketidakteraturan daripada segi prosedur dan mengabaikan tanggungjawab kepada Sabah.

Related Posts

Dakwaan AS mahu jatuhkan kerajaan 2014, kenapa Pas baru dedahkan?

KUALA LUMPUR – Dakwaan campur tangan Amerika Syarikat (AS) memberi bantuan kepada Pas untuk menjatuhkan kerajaan Malaysia pada 2014 bukan isu yang boleh didiamkan hampir sedekad sebelum didedahkan susulan menyentuh…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Kenapa Pas tidak tinggalkan kedutaan jika benar AS tawar bantuan jatuhkan kerajaan?

KUALA LUMPUR – Pas seharusnya bersikap tegas meninggalkan sebarang pertemuan dalam menjatuhkan kerajaan bersama kuasa asing sebagai tanda bantahan, namun kegagalan berbuat demikian menimbulkan persoalan serius terhadap sikap parti Islam…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Dakwaan AS mahu jatuhkan kerajaan 2014, kenapa Pas baru dedahkan?

Dakwaan AS mahu jatuhkan kerajaan 2014, kenapa Pas baru dedahkan?

SPRM buka kertas siasatan isu kelewatan agihan baja di Kedah

SPRM buka kertas siasatan isu kelewatan agihan baja di Kedah

Kerjasama politik perlu lebih fleksibel selepas PRU

Kerjasama politik perlu lebih fleksibel selepas PRU

Kenapa Pas tidak tinggalkan kedutaan jika benar AS tawar bantuan jatuhkan kerajaan?

Kenapa Pas tidak tinggalkan kedutaan jika benar AS tawar bantuan jatuhkan kerajaan?

SAR enam pendaki hilang diperluas, aset darat, air dan udara digerakkan

SAR enam pendaki hilang diperluas, aset darat, air dan udara digerakkan

Malaysia perlu lahir lebih ramai bakat STEM, kuasai teknologi sendiri – Anwar

Malaysia perlu lahir lebih ramai bakat STEM, kuasai teknologi sendiri – Anwar