104,544 liter minuman keras dirampas di Sibu

SIBU – Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) menggagalkan cubaan menyeludup sejumlah besar minuman keras selepas menyerbu sebuah gudang tidak bernama di Lorong Ding Lik Kwong di sini pada 24 November lalu.

Timbalan Ketua Pengarah Kastam (Penguatkuasaan & Pematuhan), Siti Mang berkata, operasi yang dijalankan pada kira-kira jam 12.05 pagi itu dilaksanakan hasil maklumat risikan Bahagian Penguatkuasaan JKDM Ibu Pejabat, dengan bantuan Bahagian Penguatkuasaan JKDM Sarawak serta Pasukan Tempur Operasi Medan Kastam (COBRA).

Beliau berkata, pemeriksaan di lokasi menemukan enam kontena bersaiz 20 kaki yang diletakkan di atas treler dalam kawasan gudang tersebut. 

“Pemeriksaan awal ke atas kontena berkenaan membawa kepada penemuan minuman keras dipercayai barang larangan dengan anggaran keseluruhan 104,544 liter.

“Pemeriksaan 100 peratus terhadap semua kontena masih dijalankan bagi mengesahkan jumlah sebenar, nilai rampasan dan cukai yang terlibat,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Menurutnya, pengimportan minuman keras adalah tertakluk kepada Permit Import yang perlu diperoleh daripada Ketua Pengarah Kastam sebagaimana digariskan di bawah Perintah Kastam (Larangan Mengenai Import) 2023 selain setiap produk diwajibkan dilekatkan setem cukai.

Siasatan awal mendapati modus operandi sindiket dipercayai dilakukan dengan menyembunyikan kontena-kontena berisi minuman keras di gudang transit sebelum diedarkan ke pasaran tempatan untuk mengelakkan dikesan pihak berkuasa.

Kes tersebut kini disiasat di bawah Seksyen 135(1)(d) Akta Kastam 1967 kerana melindungi, menyimpan atau memiliki barang tidak berkastam atau barang larangan.

Jika sabit kesalahan, mahkamah boleh mengenakan denda tidak kurang daripada 10 kali ganda nilai barangan atau RM100,000 atau mana-mana yang lebih besar dan tidak melebihi 20 kali ganda nilai barangan atau RM500,000 serta penjara antara enam bulan hingga lima tahun atau kedua-duanya sekali.

Kastam Sarawak turut menggesa orang ramai agar terus membantu membanteras kegiatan penyeludupan membabitkan rokok, minuman keras, mercun, dadah, kenderaan dan pelbagai barangan lain. 

Orang awam boleh menyalurkan maklumat melalui Talian Bebas Tol Kastam 1-800-88-8855 atau menghubungi pejabat kastam terdekat. Identiti pemberi maklumat dijamin dirahsiakan.

Related Posts

Lima ADUN PH sah keluar Kerajaan Negeri Melaka, Ahli Majlis dan JPKK turut berundur

MELAKA – Pakatan Harapan (PH) Melaka mengesahkan keputusan lima Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) gabungan itu menarik diri daripada pentadbiran Kerajaan Negeri susulan pendirian menolak pindaan Enakmen Perlembagaan Negeri Melaka…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Kerajaan Perpaduan Perak kekal utuh hingga DUN dibubar – Saarani

IPOH – Kerajaan Perpaduan yang diterajui Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH) di Perak akan terus kekal sehingga Dewan Undangan Negeri (DUN) dibubarkan, meskipun timbul spekulasi susulan perkembangan politik…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Lima ADUN PH sah keluar Kerajaan Negeri Melaka, Ahli Majlis dan JPKK turut berundur

Lima ADUN PH sah keluar Kerajaan Negeri Melaka, Ahli Majlis dan JPKK turut berundur

Bersatu mahu ‘mufarakah’ daripada PN – Annuar

Bersatu mahu ‘mufarakah’ daripada PN – Annuar

Kerajaan Perpaduan Perak kekal utuh hingga DUN dibubar – Saarani

Kerajaan Perpaduan Perak kekal utuh hingga DUN dibubar – Saarani

Program Perumahan Rakyat bukti komitmen kerajaan sedia kediaman selesa buat golongan sasar

Program Perumahan Rakyat bukti komitmen kerajaan sedia kediaman selesa buat golongan sasar

Polis trafik dipenjara 4 bulan terima rasuah guna akaun isteri

Polis trafik dipenjara 4 bulan terima rasuah guna akaun isteri

MCMC wajibkan kandungan berbahaya disekat dalam tempoh 24 jam

MCMC wajibkan kandungan berbahaya disekat dalam tempoh 24 jam