‘Projek paip air Warisan di Pulau Gaya hanya wayang, setitik air pun tak ada’

KOTA KINABALU – Saluran paip air yang dibina di Pulau Gaya ketika pentadbiran parti Warisan sehingga kini tidak pernah menyalurkan bekalan air bersih kepada penduduk.

Seorang penduduk, Ibrahim Amil Bangsa, 64, berkata, infrastruktur yang dibina namun masih gagal berfungsi itu membuktikan Warisan hanya pandai bermain wayang politik, berbanding menyelesaikan masalah masyarakat setempat secara holisitik.

Dia berpandangan, pembinaan rangkaian paip tersebut di bawah pemerintahan Presiden Warisan, Datuk Seri Shafie Apdal lebih menyerupai projek untuk mengisi agenda politik dan keuntungan kelompok tertentu demi kepentingan peribadi.

“Projek ini sudah siap zaman Warisan jadi kerajaan, meter air ada, paip pun sudah dipasang. Tapi semua itu sekadar hiasan. Satu titik air pun tidak pernah keluar. Ini memang wayang zaman Shafie.

“Pada penduduk, ini bukan projek untuk rakyat. Lebih nampak macam projek ‘masuk poket’ atau mahu ambil untung sahaja. Rakyat di bawah tidak dapat apa-apa kerana bekalan air masih terjejas,” katanya ketika ditemui The Malaysia Press (TMP) di Pulau Gaya, pada Khamis.

Akibat kegagalan projek itu, Ibrahim yang juga anak jati Kampung Torong Logong, Pulau Gaya menegaskan penduduk kawasan itu terus bergelut dengan masalah bekalan air terawat sejak bertahun-tahun sehingga memaksa mereka membeli air secara pukal setiap bulan.

“Satu bulan sistem pukal ini kena bayar sekitar RM100 hingga RM200. Ini tidak masuk akal. Saya ada juga rumah PPR di bandar, bil air hanya RM20 hingga RM30 sahaja.

“Ini bukan saya mahu bercakap soal politik. Kami hanya mahu bekalan air bersih disalurkan ke kampung kami tapi apa yang ditunjukkan dulu oleh Warisan, bagi kami hanya ‘wayang’ Shafie,” katanya dengan nada kesal.

Sementara itu, penduduk yang mahu dikenali sebagai Musalmin, 45, berkata, rakyat Pulau Gaya sudah terlalu lama menjadi mangsa kepada projek separuh masak yang hanya hebat ketika diuar-uarkan, namun kosong apabila tiba kepada pelaksanaan.

Dia mempersoalkan bagaimana satu projek yang diumumkan siap dan berfungsi akhirnya langsung tidak memberi hasil, sekali gus menimbulkan persoalan mengenai ketelusan pelaksanaannya.

“Zaman Warisan, mereka datang kampung, tunjuk paip, tunjuk meter, janji sana sini kononnya masalah air akan selesai. Tapi sampai hari ini paip itu hanya sekadar pemandangan. Air tidak pernah keluar.

“Kalau paip sudah dipasang, meter sudah ada, tapi air tak keluar, sesuatu tidak kena. Orang kampung bukan bodoh. Kita tahu mana projek betul, mana projek untuk bagi nampak bagus,” katanya.

Tambah beliau, pentadbiran ketika itu lebih banyak bermain persepsi berbanding menyelesaikan keperluan kritikal rakyat.

“Kalau mahu bantu rakyat, buat betul-betul. Jangan buat projek untuk syok sendiri. Kami di sini bukan mahu tengok paip, kami mahu air.

“Ini soal hidup. Orang kampung perlu air bersih, bukan propaganda. Kalau Warisan betul-betul buat kerja, hari ini masalah kami sudah selesai,” katanya.

Related Posts

PDRM buka siasatan terhadap Presiden Pas
  • AdenAden
  • September 8, 2026

KUALA LUMPUR – Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesahkan sedang menjalankan siasatan terhadap Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang yang pernah ditawarkan kerjasama oleh Amerika Syarikat untuk menjatuhkan Kerajaan Brisan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Pendaki Croatia hilang di Gunung Kinabalu ditemukan selamat

KOTA KINABALU – Seorang pendaki warga Croatia yang dilaporkan hilang selepas terjatuh ketika mendaki Gunung Kinabalu ditemukan masih hidup pada hari kedua operasi mencari dan menyelamat (SAR), Isnin. Menurut laporan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

11 kru Indonesia ditahan, vesel pukat jerut langgar syarat lesen

11 kru Indonesia ditahan, vesel pukat jerut langgar syarat lesen

PDRM buka siasatan terhadap Presiden Pas

  • By Aden
  • September 8, 2026
PDRM buka siasatan terhadap Presiden Pas

Pendaki Croatia hilang di Gunung Kinabalu ditemukan selamat

  • By Ezmie
  • September 8, 2026
Pendaki Croatia hilang di Gunung Kinabalu ditemukan selamat

Borneo Bird Run kembali selepas tujuh tahun, sasar semarak kesedaran alam sekitar

  • By Fandi
  • September 8, 2026
Borneo Bird Run kembali selepas tujuh tahun, sasar semarak kesedaran alam sekitar

Pusat Khidmat Parlimen Miri sumbang cermin mata percuma kepada pelajar sekolah

Pusat Khidmat Parlimen Miri sumbang cermin mata percuma kepada pelajar sekolah

Kerajaan Sabah terus perjuangan tuntut 40 peratus hak negeri

  • By Fatin
  • September 8, 2026
Kerajaan Sabah terus perjuangan tuntut 40 peratus hak negeri