Memorandum dihantar namun Kedutaan AS layan macam sampah – Kamil Munim

KUALA LUMPUR – Amerika Syarikat (AS) menunjukkan warna sebenar apabila menolak memorandum Himpunan Sumud Flotilla yang disuarakan rakyat Malaysia bagi membebaskan sukarelawan misi kemanusiaan Global Sumud Flotilla (GSF).

Hal itu dimaklumkan oleh Setiausaha Politik Menteri Kewangan, Muhammad Kamil Abdul Munim ketika berucap dalam Himpunan Sumud Flotilla di hadapan Kedutaan AS di sini pada Khamis.

Kamil berkata, walaupun beliau dibenarkan menghantar memorandum kepada kedutaan AS namun tiada wakil yang menerima, memberi isyarat jelas negara pro-Zionis itu tidak melayan suara yang dibawa rakyat Malaysia.

Sehubungan itu, beliau mengajak peserta untuk sekali lagi turun berhimpun esok selepas solat Jumaat di hadapan Kedutaan AS dan akan berhimpun sehingga negara itu memberi jawapan balas terhadap memorandum terbabit.

“Dah hantar memorandum tapi mereka tak mahu terima tapi kita sama sekali tidak akan berdiam diri.

“Esok lepas (solat) Jumaat kita akan berhimpun  lagi tuntut mereka bagi jawapan kepada kita terhadap memorandum yang telah kita hantar,” katanya kepada peserta Himpunan Sumud Flotilla.

Pendedahan Muhammad Kamil itu menyebabkan peserta himpunan yang hadir tidak dapat menerima tindakan Kedutaan AS sehingga mereka mendesak wakil kedutaan untuk keluar berjumpa secara aman mendengar bantahan yang disuarakan.

Laungan “buka” bergema di hadapan Kedutaan AS sebagai tanda protes peserta yang menolak memorandum terhadap tindakan kejam Israel ke atas misi GSF.

Lebih 1,000 peserta Himpunan Sumud Flotilla membanjiri hadapan Kedutaan AS di ibu negara hari ini bagi membantah tindakan Tentera Pertahanan Israel (IDF) menahan aktivis GSF.

Walaupun himpunan itu dirancang pada jam 4 petang, namun rakyat Malaysia sudah mula memenuhi tempat berkumpul di hadapan The Linc, sebelum berarak ke kedutaan AS, di Jalan Tun Razak pada jam 3.30 petang.

Related Posts

Proklamasi 19 April tidak sah, MB dan MMK tiada kuasa kosongkan jawatan YDPB – AGC

PUTRAJAYA – Jabatan Peguam Negara (AGC) berpandangan Proklamasi mengenai kedudukan Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir bertarikh 19 April 2026 adalah tidak sah kerana tidak mematuhi kehendak…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Kerajaan perluas subsidi elektrik, lindungi penggunaan hingga 800 kWj – PM Anwar

KUALA LUMPUR – Pengguna domestik yang menggunakan elektrik sehingga 800 kilowatt-jam (kWj) sebulan kini mendapat perlindungan subsidi bil elektrik, susulan keputusan Kerajaan MADANI memperluas had berkenaan daripada 600 kWj. Perdana…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Proklamasi 19 April tidak sah, MB dan MMK tiada kuasa kosongkan jawatan YDPB – AGC

Proklamasi 19 April tidak sah, MB dan MMK tiada kuasa kosongkan jawatan YDPB – AGC

Hujan berterusan jejas kerja pembaikan, landasan KKIA masih ditutup

  • By Ezmie
  • September 17, 2026
Hujan berterusan jejas kerja pembaikan, landasan KKIA masih ditutup

Kerajaan perluas subsidi elektrik, lindungi penggunaan hingga 800 kWj – PM Anwar

Kerajaan perluas subsidi elektrik, lindungi penggunaan hingga 800 kWj – PM Anwar

Galeri Polis Sabah dibuka kepada awam

Galeri Polis Sabah dibuka kepada awam

Hari Malaysia wadah perbaharui kebersamaan rakyat

Hari Malaysia wadah perbaharui kebersamaan rakyat

Hanya berani cakap, tidak berani buat – AMK

Hanya berani cakap, tidak berani buat – AMK