UMNO Sabah gesa PBB, ICC hukum rejim Israel

KOTA KINABALU – UMNO Sabah mendesak Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) agar segera mengambil tindakan terhadap rejim Israel atas pencabulan undang-undang antarabangsa.

Ia susulan tindakan rejim Israel menahan para sukarelawan antarabangsa yang menyertai misi kemanusiaan Global Sumud Flotilla (GSF) di perairan antarabangsa, awal pagi Khamis.

Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin berkata, penahanan kapal awam di perairan antarabangsa adalah jenayah ‘unilateral’ manakala sekatan berterusan ke atas Gaza jelas bertentangan dengan Resolusi PBB 1860 (2009) dan Resolusi 2417 (2018).

“Penahanan ini adalah satu pencabulan terang-terangan terhadap undang-undang antarabangsa, prinsip kebebasan navigasi dan hak asasi manusia.

“Kapal flotila ini tidak membawa senjata, tidak mengancam keselamatan mana-mana negara, sebaliknya membawa ubat-ubatan, makanan dan bantuan asas yang amat diperlukan rakyat Palestin,” katanya dalam satu kenyataan media, pada Khamis.

Tegas Bung, penahanan sukarelawan antarabangsa ini membuktikan keangkuhan mereka (rejim Israel) dalam mempolitikkan bantuan kemanusiaan serta usaha sistematik untuk mengekalkan sekatan zalim ke atas Gaza.

Katanya, isu ini bukan hanya soal penahanan sementara atau penghantaran pulang sukarelawan tetapi menyentuh masalah yang lebih besar iaitu sekatan tidak berperikemanusiaan ke atas Gaza.

“Selagi bantuan kemanusiaan disekat, selagi itu rakyat Palestin terus dihukum secara kolektif dan Rejim Israel tidak boleh terus berlindung di sebalik alasan keselamatan untuk menafikan hak hidup rakyat Palestin dengan bermaruah.

“Walaupun Kementerian Luar Israel memaklumkan bahawa para sukarelawan tersebut akan dihantar pulang, persoalan paling asas tetap perlu dijawab iaitu mengapa bantuan kemanusiaan dihalang daripada sampai kepada rakyat Gaza yang sedang menderita?,” soalnya.

Menurutnya, UMNO Sabah berdiri teguh bersama semua sukarelawan flotila dan rakyat Palestin yang berjuang menuntut hak mereka.

“Keberanian dan ketabahan sukarelawan antarabangsa ini adalah simbol solidariti kemanusiaan menentang penindasan.

“Dunia tidak boleh terus berdiam diri. Persoalannya kini adakah masyarakat antarabangsa berani bertindak untuk memastikan keadilan ditegakkan, atau terus membiarkan bantuan kemanusiaan dihalang?,” tambahnya.

Related Posts

Proklamasi 19 April tidak sah, MB dan MMK tiada kuasa kosongkan jawatan YDPB – AGC

PUTRAJAYA – Jabatan Peguam Negara (AGC) berpandangan Proklamasi mengenai kedudukan Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir bertarikh 19 April 2026 adalah tidak sah kerana tidak mematuhi kehendak…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Kerajaan perluas subsidi elektrik, lindungi penggunaan hingga 800 kWj – PM Anwar

KUALA LUMPUR – Pengguna domestik yang menggunakan elektrik sehingga 800 kilowatt-jam (kWj) sebulan kini mendapat perlindungan subsidi bil elektrik, susulan keputusan Kerajaan MADANI memperluas had berkenaan daripada 600 kWj. Perdana…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Proklamasi 19 April tidak sah, MB dan MMK tiada kuasa kosongkan jawatan YDPB – AGC

Proklamasi 19 April tidak sah, MB dan MMK tiada kuasa kosongkan jawatan YDPB – AGC

Hujan berterusan jejas kerja pembaikan, landasan KKIA masih ditutup

  • By Ezmie
  • September 17, 2026
Hujan berterusan jejas kerja pembaikan, landasan KKIA masih ditutup

Kerajaan perluas subsidi elektrik, lindungi penggunaan hingga 800 kWj – PM Anwar

Kerajaan perluas subsidi elektrik, lindungi penggunaan hingga 800 kWj – PM Anwar

Galeri Polis Sabah dibuka kepada awam

Galeri Polis Sabah dibuka kepada awam

Hari Malaysia wadah perbaharui kebersamaan rakyat

Hari Malaysia wadah perbaharui kebersamaan rakyat

Hanya berani cakap, tidak berani buat – AMK

Hanya berani cakap, tidak berani buat – AMK