Kes KLIA Terminal 1: Shuhaily terus terima sokongan netizen

KETEGASAN Ketua Pengarah Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS), Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain dalam memastikan keselamatan pintu masuk negara terus terpelihara mendapat sokongan sebahagian netizen susulan kontroversi video tular di KLIA Terminal 1.

Di sebalik kritikan terhadap cara beliau menegur seorang individu dalam rakaman berkenaan, terdapat pengguna media sosial yang mempertahankan Shuhaily dan menganggap ketegasan diperlukan dalam pasukan beruniform, khususnya apabila membabitkan keselamatan negara.

“Biasa yang buat kerja betul dan tegas ni memang selalu banyak musuh. Orang lain tak senang duduk. Kami tetap bersama awak Datuk Seri,” tulis seorang pengguna media sosial.

Seorang lagi netizen pula mengingatkan bahawa masyarakat hanya melihat rakaman yang tular tanpa mengetahui keseluruhan keadaan yang berlaku ketika kejadian.

“Kita tak berada di situasi tersebut memang senang melontarkan komen.

“Ini melibatkan hal keselamatan negara…kita nampak video tular je tapi kita tak tahu pokok pangkal apa berlaku,” katanya.

Malah, beberapa pengguna turut berpandangan anggota badan beruniform perlu mempunyai ketahanan mental yang tinggi kerana tugas mereka berpotensi mendedahkan mereka kepada tekanan dan situasi lebih mencabar.

Semalam, Shuhaily pada sidang media menegaskan beliau tidak mahu KLIA dibiarkan berdepan masalah keselamatan sehingga menyerupai keadaan di Selayang, Selangor.

“Saya tidak mahu KLIA jadi macam Selayang. Saya tidak mahu membiarkannya jadi macam itu,” katanya sambil menegaskan AKPS ditubuhkan kerajaan dengan objektif jelas untuk memperkukuh kawalan dan keselamatan pintu masuk negara.

Menurut Shuhaily, insiden yang mencetuskan kontroversi itu berlaku ketika beliau bersama pegawai AKPS dan anggota Keselamatan Penerbangan (AVSEC) menjalankan penguatkuasaan terhad susulan aduan berhubung kegiatan sindiket ‘ulat’ warga asing di KLIA.

Beliau berkata, operasi berkenaan dilakukan selepas kegiatan tersebut semakin ketara, manakala pihak berkuasa turut berdepan isu cubaan penyeludupan barangan terlarang melalui pintu masuk berkenaan.

Shuhaily pada masa sama menghargai sokongan orang ramai yang mahu beliau meneruskan usaha memperbaiki tahap keselamatan di pintu masuk negara, sambil menyifatkan sokongan itu sebagai antara semangat untuk beliau terus melaksanakan tanggungjawabnya.

Bagaimanapun, beliau tidak menolak akauntabiliti berhubung insiden tersebut dan menyerahkan kepada kerajaan serta pihak berkuasa untuk menentukan tindakan lanjut, selain menyatakan kesediaan menerima apa juga keputusan yang dibuat.

AKPS turut membuat laporan polis berhubung penyebaran rakaman CCTV berkenaan bagi membolehkan siasatan dijalankan terhadap sumber serta motif penyebarannya.

Menurut agensi itu, klip yang tular bukan rakaman daripada sumber asal CCTV tetapi dirakam semula menggunakan peranti lain.

Related Posts

Kerajaan Nepal sedia bantu Malaysia kesan 54 rakyat hilang – PM

KUALA LUMPUR – Kerajaan Nepal bersedia memberikan kerjasama penuh bagi membantu Malaysia menentukan nasib 54 rakyat negara ini yang masih hilang susulan bencana banjir glasier di negara itu pada 26…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Penyebaran kandungan AI manipulasi detik duka Tun M, MCMC ambil tindakan serius

PUTRAJAYA – Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) memandang serius penyebaran kandungan di media sosial yang menggunakan kecerdasan buatan (AI) untuk memanipulasi rakaman Tun Dr. Mahathir Mohamad ketika berduka atas…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Kerajaan Nepal sedia bantu Malaysia kesan 54 rakyat hilang – PM

Kerajaan Nepal sedia bantu Malaysia kesan 54 rakyat hilang – PM

Pemasangan CCTV di SK Riam Batu 2 selesai, 12 sekolah di Miri terima manfaat

Pemasangan CCTV di SK Riam Batu 2 selesai, 12 sekolah di Miri terima manfaat

Pas perlu jelaskan pendirian jika Zahid bakal PM – Mahfuz

Pas perlu jelaskan pendirian jika Zahid bakal PM – Mahfuz

Penyebaran kandungan AI manipulasi detik duka Tun M, MCMC ambil tindakan serius

Penyebaran kandungan AI manipulasi detik duka Tun M, MCMC ambil tindakan serius

Jangan jadikan ketegasan Mohd Shuhaily ‘kambing hitam’ tutupi kelemahan pihak lain

Jangan jadikan ketegasan Mohd Shuhaily ‘kambing hitam’ tutupi kelemahan pihak lain

Ketegasan Shuhaily perlu dipertahankan, jangan beri laluan sindiket kuburkan AKPS

Ketegasan Shuhaily perlu dipertahankan, jangan beri laluan sindiket kuburkan AKPS