Pemikiran pemimpin syariah perlu diterjemah, perkasa kewangan Islam – PM

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu kepimpinan pemikiran syariah diperkukuh dengan memastikan idea dan cetusan pemikiran yang lahir daripada perbincangan ilmiah diterjemahkan kepada dasar, produk serta amalan yang memberi manfaat kepada masyarakat.

Beliau berkata, pendekatan itu penting bagi memastikan kewangan Islam terus relevan dalam mendepani perubahan dan cabaran dunia semasa.

“Marilah kita melonjakkan usaha ke arah pelaksanaan. Mari kita pastikan segala buah fikiran dan cetusan idea yang terhasil di sini diterjemahkan menjadi dasar, produk dan amalan yang mampu mengangkat martabat serta membela masyarakat.

“Kita perlu menyuburkan kepimpinan pemikiran syariah atau ‘shariah thought leadership’ yang bukan sahaja berakarumbikan tradisi, malah responsif dan tangkas dalam mendepani realiti kontemporari,” katanya.

Beliau berkata demikian menerusi teks ucapan yang dibacakan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Dr Zulkifli Hasan pada Majlis Perasmian Persidangan Meja Bulat Cendekiawan Syariah Antarabangsa (iSHAR) 2026 di sebuah hotel di sini, hari ini.

Anwar berkata, kewangan Islam juga perlu terus diperkasakan supaya kekal inovatif, inklusif dan berdaya saing di peringkat global.

Katanya, keperluan itu semakin penting ketika dunia berdepan ketidaktentuan global termasuk ketidakstabilan ekonomi, ketegangan geopolitik dan jurang ketidaksamaan yang semakin meluas.

“Kerangka MADANI yang kita junjung menuntut keseimbangan antara pertumbuhan ekonomi dengan tanggungjawab moral, antara keuntungan dengan matlamat murni.

“Kewangan Islam yang berpaksikan prinsip Syariah menawarkan acuan keseimbangan yang tepat,” katanya.

Sehubungan itu, beliau berkata, kerjasama strategik antara cendekiawan, pengawal selia, institusi kewangan dan dunia ekonomi perlu diperkukuh bagi memastikan cabaran berkaitan kewangan Islam dapat ditangani secara bersama.

“Himpunan pada hari ini mencerminkan satu hakikat yang murni bahawa tiada sebuah negara, institusi atau seorang cendekiawan pun yang mampu mendepani cabaran ini secara bersendirian.

“Kita wajib memperkukuh kerjasama strategik antara cendekiawan, pengawal selia, institusi kewangan dan dunia ekonomi,” katanya.

Hadir sama Pengerusi Bank Rakyat, Datuk Mohd Irwan Mohd Mubarak dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Bank Rakyat, Ahmad Shahril Mohd Shariff.

Related Posts

Suryady desak tindakan segera tangani isu kekurangan doktor di Sabah

TAWAU – Isu kekurangan pegawai perubatan di Sabah memerlukan penyelesaian menyeluruh dan tidak boleh hanya bergantung kepada penambahan jumlah penempatan di atas kertas, kata Ahli Parlimen Kalabakan, Datuk Andi Muhammad…

Lebih lanjut

teruskan membaca
‎Waspada berita palsu, grafik dimanipulasi berkaitan Belanjawan 2027 – Fahmi ‎

LABUAN – Orang ramai dinasihatkan supaya berwaspada terhadap kemungkinan penyebaran berita palsu dan grafik dimanipulasi menggunakan gambar serta logo organisasi media susulan pembentangan Belanjawan 2027.‎‎Menteri Komunikasi, Datuk Seri Fahmi Fadzil…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Suryady desak tindakan segera tangani isu kekurangan doktor di Sabah

  • By Fatin
  • October 7, 2026
Suryady desak tindakan segera tangani isu kekurangan doktor di Sabah

‎Waspada berita palsu, grafik dimanipulasi berkaitan Belanjawan 2027 – Fahmi ‎

  • By Ezmie
  • October 7, 2026
‎Waspada berita palsu, grafik dimanipulasi berkaitan Belanjawan 2027 – Fahmi ‎

Jalan baharu Sare-Sentebu mudahkan akses, jimatkan masa perjalanan ke Sarikei

Jalan baharu Sare-Sentebu mudahkan akses, jimatkan masa perjalanan ke Sarikei

Wartawan Labuan perlu kaki palsu baharu, terima sumbangan Kasih@HAWANA

  • By Ezmie
  • October 7, 2026
Wartawan Labuan perlu kaki palsu baharu, terima sumbangan Kasih@HAWANA

CCTV sekolah berasrama di Perlis fokus kawasan asrama

CCTV sekolah berasrama di Perlis fokus kawasan asrama

KTC lahirkan 256 graduan mahir dalam tempoh 15 tahun

  • By Ezmie
  • October 7, 2026
KTC lahirkan 256 graduan mahir dalam tempoh 15 tahun