Kursus pascaperkahwinan perkukuh keharmonian rumah tangga

ROBAN – Kursus Pascaperkahwinan Sesi 2/2026 anjuran Jabatan Wanita dan Keluarga Sarawak (JWKS) menjadi platform penting bagi memperkukuh pengetahuan serta kemahiran pasangan dalam membina hubungan rumah tangga yang lebih harmoni dan berdaya tahan.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kalaka, Mohamad Duri berkata, program berkenaan penting dalam membantu pasangan memperbaharui komitmen serta menyuburkan nilai kasih sayang, persefahaman dan tanggungjawab.

“Program seperti ini memberi ruang kepada pasangan untuk menambah ilmu dan memperkukuh ikatan perkahwinan, selain memupuk keharmonian serta kesejahteraan rumah tangga.

“Penghayatan nilai kasih sayang, persefahaman dan tanggungjawab berteraskan konsep ‘mawaddah wa rahmah’ juga penting dalam membentuk keluarga bahagia dan seterusnya komuniti yang sejahtera,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Penangguhan Kursus Pascaperkahwinan Sesi 2/2026 di Dewan Masyarakat Pejabat Daerah Kecil Roban, pada Khamis.

Program yang berlangsung selama sehari itu diisi dengan pelbagai pengisian menarik menerusi tiga slot ceramah iaitu ‘Memahami Aku, Keakuan dan Milikku (Me & Mine)’, ‘Memanfaatkan Tingkat Ego (Nucleus of Ego)’ serta ‘Mengurus Konflik Pasangan’.

Menurut Mohamad, penganjuran kursus itu dilihat sebagai satu usaha proaktif untuk membantu pasangan berdepan dengan tuntutan kehidupan moden yang semakin kompleks melalui penambahan ilmu berkaitan alam perkahwinan.

Turut hadir Senator Pele Peter Tinggom, Pegawai Tadbir Menguasa Daerah Kecil Roban, Steve Miller Nuas serta ketua-ketua masyarakat setempat.

Foto: ADUN Kalaka

Related Posts

‘Kita Jaga Sabah’ seruan perkukuh kerjasama Warisan, KDM dan STAR

KOTA KINABALU – “Ayuh Sabahan! Kita bangun bersama, bersatu berpadu. Kita jaga Sabah!” menjadi seruan kepada pimpinan dan ahli Warisan, Parti Kesejahteraan Demokratik Masyarakat (KDM) serta STAR untuk memperkukuh kesatuan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Empat blok 20 pintu, sebuah rumah musnah dijilat api

TAWAU – Empat blok rumah kongsi melibatkan 20 pintu dan sebuah rumah kediaman jenis tidak kekal musnah dalam kebakaran berhampiran Taman Gemilang Sin Onn, Jalan Sin Onn, di sini, pada…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Seksyen 302 bukan kesalahan kecil, pelajar perlu fahami implikasi undang-undang

Seksyen 302 bukan kesalahan kecil, pelajar perlu fahami implikasi undang-undang

Kerajaan pertimbang larangan parti politik terima dana asing

Kerajaan pertimbang larangan parti politik terima dana asing

Keselamatan murid lebih penting daripada imej sekolah – PM

Keselamatan murid lebih penting daripada imej sekolah – PM

Isu UNHCR perlu diselesaikan melalui rundingan dengan PBB – PM

Isu UNHCR perlu diselesaikan melalui rundingan dengan PBB – PM

‘Kita Jaga Sabah’ seruan perkukuh kerjasama Warisan, KDM dan STAR

  • By Ezmie
  • October 6, 2026
‘Kita Jaga Sabah’ seruan perkukuh kerjasama Warisan, KDM dan STAR

Segerakan intervensi sekolah selamat, bukan polemik atau medan tuduh-menuduh

Segerakan intervensi sekolah selamat, bukan polemik atau medan tuduh-menuduh