Bursa Malaysia dibuka tinggi

PUTRAJAYA – Bursa Malaysia dibuka tinggi pagi ini, menjelang minit mesyuarat Jawatankuasa Pasaran Terbuka Rizab Persekutuan Amerika Syarikat (AS) dan data inflasi utama yang akan dikeluarkan minggu ini, kata penganalisis.

Pada jam 9.05 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 4.57 mata kepada 1,640.19 daripada 1,635.62 ketika ditutup semalam.

Indeks penanda aras itu dibuka 2.04 mata lebih tinggi kepada 1,637.66.

Lingkungan pasaran adalah positif dengan 209 kaunter untung mengatasi 128 kaunter rugi, manakala 247 kaunter kekal tidak berubah, 1,840 kaunter tidak diniagakan dan 20 yang lain digantung.

Jumlah dagangan 206.58 juta unit bernilai RM99.54 juta.

Malacca Securities Sdn Bhd menjelaskan pelabur akan meneliti minit mesyuarat, serta Indeks Harga Pengguna dan Indeks Harga Pengeluar, untuk menilai hala tuju dasar monetari Rizab Persekutuan.

“Dalam pasaran komoditi, minyak mentah Brent mengalami penjualan, susut di bawah US$78, manakala emas menjejaki semula ke paras US$2,600,” tambahnya dalam nota penyelidikan.

Firma itu yakin pemulihan minyak mentah baru-baru ini dan aliran meningkat berterusan dalam minyak sawit mentah akan menyokong sektor seperti minyak dan gas dan perladangan.

“Menjelang Belanjawan 2025, peniaga juga mungkin menumpukan kepada sektor seperti e-invois, pembinaan, hartanah, bahan binaan, utiliti dan saham berkaitan pengguna,” katanya.

Related Posts

Projek PAKW perkukuh kesejahteraan warga kota

KUALA LUMPUR –  Ibu kota, Kuala Lumpur bakal melangkah lebih hampir menjadi bandar raya bertaraf dunia menerusi pelaksanaan beberapa inisiatif strategik di bawah Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13). Perkara itu dibincangkan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Johor miliki kemampuan jadi ‘Shenzhen Asia Tenggara’

JOHOR BAHRU – Johor memiliki segala potensi untuk muncul sebagai ‘Shenzhen Asia Tenggara’ menerusi pembangunan ekonomi yang lebih seimbang, inklusif dan menyeluruh, sekaligus mengurangkan kebergantungan rakyat terhadap peluang pekerjaan di…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Miri peneraju bandar pintar rendah karbon pertama di Sarawak

Miri peneraju bandar pintar rendah karbon pertama di Sarawak

Tiga media kini ‘buka pintu’ jadi platform debat, tapi Onn Hafiz masih enggan sahut cabaran

Tiga media kini ‘buka pintu’ jadi platform debat, tapi Onn Hafiz masih enggan sahut cabaran

Masuk IPTA bukan ikut kuota sama, MPN jelaskan beza pelajar tempatan dan antarabangsa

Masuk IPTA bukan ikut kuota sama, MPN jelaskan beza pelajar tempatan dan antarabangsa

Warga Limbang nikmati akses terus perkhidmatan MOT

Warga Limbang nikmati akses terus perkhidmatan MOT

Polis tahan suspek kes liwat, cabul dua pelajar lelaki kolej

Polis tahan suspek kes liwat, cabul dua pelajar lelaki kolej

MCMC terima hampir 4,000 aduan pengguna di Pantai Timur Sabah

MCMC terima hampir 4,000 aduan pengguna di Pantai Timur Sabah