Empat sekeluarga tinggal sehelai sepinggang, rumah terbakar 70 peratus

KUANTAN – Empat beranak berdepan detik cemas apabila kediaman mereka di Kampung Pandan 1, dekat sini, musnah dalam kebakaran kira-kira jam 4 petang tadi.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang memaklumkan, rumah jenis separuh kekal berkeluasan anggaran 800 kaki persegi itu terbakar kira-kira 70 peratus.

“Mangsa yang terlibat ialah pasangan suami isteri, Mohd Yusof Mohamed, 60, dan Saedah Ibrahim, 61, dan turut menetap di rumah itu adalah dua anak perempuan mereka, Nurul Nazira, 21, dan Nurul Najwa, 19.

“Mereka semua selamat dalam kejadian berkenaan dan kami dimaklumkan keluarga ini mendiami rumah berkenaan sejak kira-kira lima tahun lalu,” katanya.

Operasi mengawal dan memadamkan kebakaran dilakukan pegawai dan anggota JBPM dari Balai Bomba dan Penyelamat Taman Tas, dibantu Pasukan Bomba Sukarela.

“Kebakaran berjaya dikawal sepenuhnya jam 5.30 petang dan operasi ditamatkan sekitar jam 6.15 petang,” katanya.

Sementara itu, Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Panching, Hasrul Afizan Mohd Din menziarahi keluarga mangsa kebakaran itu sekitar jam 6.30 petang tadi, bagi menghulurkan bantuan segera.

“Kami akan salurkan bantuan awal seperti keperluan asas, pakaian dan tempat tinggal sementara melalui pusat khidmat DUN Panching.

“Selain itu, kita juga akan menghubungi pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat serta agensi berkaitan bagi memastikan kebajikan keluarga ini terbela,” katanya.

Setakat ini, katanya, punca sebenar kejadian dan anggaran jumlah kerugian masih dalam siasatan pihak berkuasa.

Related Posts

Kampung Siaga 221 perkasa kesiapsiagaan komuniti hadapi bencana

KOTA KINABALU – Program Kampung (Kg) Siaga 221 yang dilaksanakan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) penting dalam meningkatkan kesedaran dan kesiapsiagaan komuniti kampung menghadapi kemungkinan berlakunya bencana. Menteri di Jabatan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Lapan lori, kereta atas tongkang di Kuala Kedah terbakar

ALOR SETAR – Tujuh lori dan sebuah kereta terbakar dalam kejadian di atas sebuah tongkang di Jeti Kargo Kuala Kedah, dekat sini, malam semalam. Kebakaran itu melibatkan lori jenis Isuzu,…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Tempoh idah PRU16 belum sampai

Tempoh idah PRU16 belum sampai

Chelsea gagal raih tiga mata, seri 2-2 lawan Hull

Chelsea gagal raih tiga mata, seri 2-2 lawan Hull

Anwar sambut baik pertemuan dengan Mufti Besar India di Keralam

Anwar sambut baik pertemuan dengan Mufti Besar India di Keralam

Kampung Siaga 221 perkasa kesiapsiagaan komuniti hadapi bencana

Kampung Siaga 221 perkasa kesiapsiagaan komuniti hadapi bencana

Semikonduktor lonjak kerjasama industri Malaysia-India

Semikonduktor lonjak kerjasama industri Malaysia-India

Malaysia perluas pasaran Afrika menerusi kerjasama Ethiopia

Malaysia perluas pasaran Afrika menerusi kerjasama Ethiopia