Dasar Satu China pendirian Malaysia sejak era Tun Razak – PM

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan sokongan Malaysia terhadap Dasar Satu China bukan pendirian baharu, sebaliknya telah menjadi dasar negara sejak era Perdana Menteri kedua, Tun Abdul Razak Hussein.

Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata, pendirian berkenaan kekal dan Malaysia sentiasa mengutamakan penyelesaian secara aman dalam isu membabitkan hubungan China dan Taiwan.

“Dasar Satu China itu sejak Almarhum Tun Abdul Razak. Jadi, saya berpendapat dasar itu kekal, kita utamakan. Tentunya (pendirian Malaysia) kita cari jalan damai.

“Tapi apakah dasar Malaysia iktiraf, Satu China itu bukan baharu, itu dipersetujui oleh PBB. Sebab itu kalau lihat dalam konteks negara, China hanya satu, yang satu lagi itu diletakkan entiti Taiwan, tiada pengiktirafan. Jadi bukan perkara baharu,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada media selepas merasmikan TikTok Shop Summit Malaysia 2026 di sini hari ini.

Turut hadir Menteri Komunikasi, Datuk Seri Fahmi Fadzil; Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), Datuk Armizan Mohd Ali serta Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Steven Sim.

Mengulas lanjut, Anwar berkata, Malaysia menyokong usaha berterusan untuk mencari penyelesaian secara aman terhadap isu berkenaan.

“Amerika Syarikat sejak ratusan tahun bila ada ‘AS war’ dia juga tak izinkan perpecahan negara. Oleh itu saya hanya ikut yang konsisten.

“Tentunya saya hormat pendirian China, tapi jalur damai itu terbaiklah, itu sekarang sedang dilakukan,” katanya.

Pada Jun lalu, Malaysia mengulangi komitmen teguh terhadap Dasar Satu China seperti termaktub dalam Komunike Bersama yang ditandatangani pemimpin kedua-dua negara pada 31 Mei 1974.

Menerusi dasar berkenaan, Malaysia mengiktiraf Taiwan sebagai sebahagian daripada China.

Pendirian Anwar itu kembali menjadi perhatian selepas beliau dalam satu temu bual dengan media antarabangsa baru-baru ini menyatakan sokongan terhadap Dasar Satu China serta hak China menggunakan kekuatan ketenteraan bagi menyatukan semula negara itu, yang kemudiannya mendapat bantahan daripada Taiwan.

Related Posts

Netizen bangga PMX tidak ‘termakan’ soalan provokasi isu Gaza, Israel

KETEGASAN dan ketenangan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika menjawab soalan berkaitan konflik Gaza, Israel dan Iran dalam satu wawancara bersama stesen televisyen India, Thanti TV baru-baru ini mendapat…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Anwar tegaskan Malaysia tidak jadi laluan kargo sokong operasi ketenteraan Israel

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan Malaysia tidak akan membenarkan negara ini digunakan sebagai laluan transit bagi sebarang penghantaran kargo yang menyokong atau menyumbang kepada operasi…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Jangan tanamkan kebencian, politik mesti membawa rahmah

Jangan tanamkan kebencian, politik mesti membawa rahmah

Tiada kompromi, sindiket e-PLKS palsu diburu hingga tumpas – Saifuddin

Tiada kompromi, sindiket e-PLKS palsu diburu hingga tumpas – Saifuddin

AI Talks Edisi Ke-2 perkasa literasi digital komuniti sempena Hari Malaysia

AI Talks Edisi Ke-2 perkasa literasi digital komuniti sempena Hari Malaysia

Pelaksanaan MA63 terus diperkasa sebagai agenda nasional – Mustapha

  • By Ezmie
  • September 16, 2026
Pelaksanaan MA63 terus diperkasa sebagai agenda nasional – Mustapha

Netizen bangga PMX tidak ‘termakan’ soalan provokasi isu Gaza, Israel

Netizen bangga PMX tidak ‘termakan’ soalan provokasi isu Gaza, Israel

PRU16: Demi rakyat atau elak lebih ramai pemimpin UMNO didakwa rasuah?

PRU16: Demi rakyat atau elak lebih ramai pemimpin UMNO didakwa rasuah?