Malaysia antara 20 pasaran utama keterangkuman kewangan

PUTRAJAYA – Malaysia disenaraikan antara 20 pasaran utama atau tertinggi bagi keterangkuman kewangan berdasarkan analisis global membabitkan 40 pasaran menerusi Indeks Keterangkuman Kewangan Global 2024.

Kajian indeks itu dijalankan oleh Principal Financial Group menerusi kerjasama dengan Centre for Economics and Business Research (CEBR).

Dua pihak terbabit menyatakan aspek keterangkuman kewangan telah meningkat di serata dunia bagi tempoh dua tahun berturut-turut dengan semua rantau mencatat kemajuan.

“Ketika cabaran ekonomi menyukarkan perniagaan dan isi rumah mendapat akses terhadap pinjaman tahun ini, sektor awam dan swasta tampil membantu masyarakat yang menghadapi kemerosotan kewangan dengan 32 daripada 41 pasaran (78 peratus) mencatat peningkatan skor keterangkuman kewangan bagi tahun ke tahun,” kata kenyataan itu, malam tadi.

Selain itu, Malaysia meningkat satu anak tangga kepada kedudukan ke-28 bagi aspek tahap pendidikan dan menokok empat tempat kepada kedudukan ke-26 bagi tahap literasi kewangan selain kekal di tempat ke-16 untuk sokongan sistem kewangannya.

Pada masa sama, Malaysia turut mencatat peningkatan dalam kewangan digital dengan penambahbaikan ketara dalam skor jumlah transaksi kewangan masa nyata serta kehadiran dan kualiti syarikat teknologi kewangan (fintech) selain skor ketersambungan dalam talian yang turut meningkat.

Related Posts

Kerajaan percepat penggubalan RUU e-Dagang

KUALA LUMPUR – Kerajaan akan mempercepat penggubalan Rang Undang-Undang (RUU) e-Dagang bagi menambah baik aspek kemudahan dan kawal selia sektor berkenaan selaras dengan perkembangan pesat perniagaan digital. Perdana Menteri, Datuk…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Elemen terpilih GST dalam SST bantu atasi cukai bertindih

PUTRAJAYA – Cadangan untuk menggabungkan elemen Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) tertentu ke dalam kerangka Cukai Jualan dan Cukai Perkhidmatan (SST) sedia ada disifatkan membantu menangani isu seperti cukai bertindih…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Capaian internet, masa skrin jadi cabaran utama PdPR musim jerebu

Capaian internet, masa skrin jadi cabaran utama PdPR musim jerebu

Jangan berdiam diri, masyarakat perlu peka lindungi mangsa keganasan rumah tangga – Nancy Shukri

Jangan berdiam diri, masyarakat perlu peka lindungi mangsa keganasan rumah tangga – Nancy Shukri

Empat sekeluarga tinggal sehelai sepinggang, rumah terbakar 70 peratus

Empat sekeluarga tinggal sehelai sepinggang, rumah terbakar 70 peratus

Anwar dijangka umum beberapa langkah penting negara pada 30 Ogos, 16 September

Anwar dijangka umum beberapa langkah penting negara pada 30 Ogos, 16 September

Dasar Satu China pendirian Malaysia sejak era Tun Razak – PM

Dasar Satu China pendirian Malaysia sejak era Tun Razak – PM

Kerajaan bawa RUU mansuh AUKU ke Parlimen tahun ini

Kerajaan bawa RUU mansuh AUKU ke Parlimen tahun ini