Kerajaan percepat penggubalan RUU e-Dagang

KUALA LUMPUR – Kerajaan akan mempercepat penggubalan Rang Undang-Undang (RUU) e-Dagang bagi menambah baik aspek kemudahan dan kawal selia sektor berkenaan selaras dengan perkembangan pesat perniagaan digital.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, langkah itu penting bagi memastikan ekosistem e-dagang berkembang secara teratur, selain memberi kemudahan dan perlindungan kepada semua pihak termasuk golongan muda serta usahawan baharu.

“Kita ada Akta Perdagangan Elektronik yang diluluskan sejak 2006, tetapi kita sedang menggubal rang undang-undang e-dagang untuk mempermudah dan juga daripada aspek pengawalan,” katanya ketika berucap pada TikTok Shop Summit Malaysia di sini hari ini.

Turut hadir Menteri Komunikasi, Datuk Seri Fahmi Fadzil; Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Steven Sim serta Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Armizan Mohd Ali.

Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata, penggubalan peraturan berkenaan perlu disegerakan bagi memenuhi keperluan pemain industri, selain menyediakan jaminan keselamatan dan perlindungan kepada pihak yang terlibat dalam perniagaan digital.

Menurutnya, perkembangan teknologi dan platform e-dagang turut membuka peluang baharu kepada golongan muda untuk menceburi bidang perniagaan, khususnya mereka yang mempunyai kekangan dari segi modal dan pengalaman.

Dalam masa sama, kerajaan perlu memastikan ekosistem e-dagang terus menyokong perniagaan yang sah serta mengelakkan platform berkenaan daripada disalahgunakan pihak tidak bertanggungjawab.

“Kita hendak galakkan legitimate bona fide businesses (perniagaan yang sah dan bona fide), tapi kita tahu ruang ini juga terbuka (kepada pihak) yang mungkin menyalahgunakan kedudukan dan pengaruh.

“Oleh itu, harus ada (peraturan) agar orang yang memperkenalkan apa-apa juga jenis barang, makanan atau barangan untuk dijual, mesti ada nilai etika kerana dalam hidup ini, aspek pengurusan penting, perniagaan penting, keuntungan penting tetapi nilai akhlak dan etika juga penting,” katanya.

Anwar berkata, Kerajaan MADANI sentiasa terbuka menerima pandangan pemain industri serta melakukan penyesuaian dasar bagi memastikan perkembangan teknologi baharu dapat dimanfaatkan secara lebih teratur.

Beliau berkata, kerajaan turut bersedia menyediakan sokongan menerusi pelbagai agensi dan kemudahan pembiayaan bagi membantu usahawan kecil serta mereka yang baharu memulakan perniagaan.

Menurutnya, usahawan baharu perlu diberikan peluang sewajarnya walaupun belum mempunyai rekod perniagaan, selain memastikan mereka mempunyai saluran untuk mendapatkan bantuan apabila berdepan masalah.

“Pendekatan ini penting bagi memastikan manfaat perkembangan ekonomi digital dapat dinikmati lebih ramai rakyat, khususnya golongan muda yang mempunyai idea dan keupayaan untuk menceburi bidang perniagaan,” katanya.

Related Posts

Pimpin Kerajaan MADANI tidak sama gambaran perjuangan reformasi terdahulu

REALITI memimpin Malaysia ketika ini tidak sama dengan gambaran perjuangan Reformasi yang dibawa Datuk Seri Anwar Ibrahim berikutan kerajaan hari ini merupakan kerajaan campuran yang memerlukan rundingan dengan pelbagai parti…

Lebih lanjut

teruskan membaca
‘Wan Azizah banyak urus keluarga, saya bukan bapa ideal’ – PMX

PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengakui dirinya bukan seorang bapa yang ideal sepanjang perjalanan politiknya, sebaliknya menghargai pengorbanan isterinya, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail kerana banyak memainkan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

KRT Sandakan, Libaran perkukuh perpaduan masyarakat pelbagai kaum – Suhaimi

  • By Fandi
  • September 16, 2026
KRT Sandakan, Libaran perkukuh perpaduan masyarakat pelbagai kaum – Suhaimi

Kerajaan MADANI rasmi serah Pelabuhan Bintulu kepada Sarawak

Kerajaan MADANI rasmi serah Pelabuhan Bintulu kepada Sarawak

Ketika Najib, Abdul Hadi berkuasa Rohingya dibawa masuk

Ketika Najib, Abdul Hadi berkuasa Rohingya dibawa masuk

Pimpin Kerajaan MADANI tidak sama gambaran perjuangan reformasi terdahulu

Pimpin Kerajaan MADANI tidak sama gambaran perjuangan reformasi terdahulu

‘Wan Azizah banyak urus keluarga, saya bukan bapa ideal’ – PMX

‘Wan Azizah banyak urus keluarga, saya bukan bapa ideal’ – PMX

Anwar tetap pilih reformasi walaupun dipukul setengah mati dalam lokap

Anwar tetap pilih reformasi walaupun dipukul setengah mati dalam lokap