Kadar OPR dijangka kekal, tekanan inflasi reda

PUTRAJAYA – Bank Negara Malaysia (BNM) dijangka mengekalkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) bagi tempoh 12-15 bulan akan datang susulan tekanan inflasi mereda dan prospek ekonomi lebih cerah.

Bagaimanapun, Kenanga Investment Bank Bhd (Kenanga) berkata, peralihan dasar fiskal dan risiko luar seperti ketegangan geopolitik, masih boleh mempengaruhi pendirian bank pusat itu.

Dalam nota penyelidikannya hari ini, Kenanga turut menyemak naik unjuran nilai ringgit berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) kepada 4.25 daripada 4.42 sebelum ini.

Ia disokong perbezaan hasil, pengurangan kadar faedah oleh Rizab Persekutuan AS (Fed) dan pemulihan ekonomi China.

“Seperti dijangkakan, pasaran telah melakukan pelarasan dan menerima hanya dua pengurangan 25 mata peratusan tahun ini oleh Fed susulan data tenaga kerja September lebih kukuh berbanding unjuran awal.

“Walaupun asas domestik akan terus mendorong peningkatan ringgit, kami kekal berhati-hati terhadap risiko luar, khususnya prospek penurunan ekonomi AS yang mendadak, ketidaktentuan susulan pilihan raya presiden dan ketegangan geopolitik,” katanya.

Related Posts

Projek PAKW perkukuh kesejahteraan warga kota

KUALA LUMPUR –  Ibu kota, Kuala Lumpur bakal melangkah lebih hampir menjadi bandar raya bertaraf dunia menerusi pelaksanaan beberapa inisiatif strategik di bawah Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13). Perkara itu dibincangkan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Johor miliki kemampuan jadi ‘Shenzhen Asia Tenggara’

JOHOR BAHRU – Johor memiliki segala potensi untuk muncul sebagai ‘Shenzhen Asia Tenggara’ menerusi pembangunan ekonomi yang lebih seimbang, inklusif dan menyeluruh, sekaligus mengurangkan kebergantungan rakyat terhadap peluang pekerjaan di…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Miri peneraju bandar pintar rendah karbon pertama di Sarawak

Miri peneraju bandar pintar rendah karbon pertama di Sarawak

Tiga media kini ‘buka pintu’ jadi platform debat, tapi Onn Hafiz masih enggan sahut cabaran

Tiga media kini ‘buka pintu’ jadi platform debat, tapi Onn Hafiz masih enggan sahut cabaran

Masuk IPTA bukan ikut kuota sama, MPN jelaskan beza pelajar tempatan dan antarabangsa

Masuk IPTA bukan ikut kuota sama, MPN jelaskan beza pelajar tempatan dan antarabangsa

Warga Limbang nikmati akses terus perkhidmatan MOT

Warga Limbang nikmati akses terus perkhidmatan MOT

Polis tahan suspek kes liwat, cabul dua pelajar lelaki kolej

Polis tahan suspek kes liwat, cabul dua pelajar lelaki kolej

MCMC terima hampir 4,000 aduan pengguna di Pantai Timur Sabah

MCMC terima hampir 4,000 aduan pengguna di Pantai Timur Sabah