Anwar dijangka umum beberapa langkah penting negara pada 30 Ogos, 16 September

KLANG – Perdana Menteri Datuk, Seri Anwar Ibrahim dijangka membuat beberapa pengumuman penting berkaitan negara pada malam ambang Merdeka, 30 Ogos, serta sambutan Hari Malaysia pada 16 September ini.

Bagaimanapun, beliau tidak mendedahkan butiran mengenai perkara yang bakal diumumkan.

“Saya akan dengar, minta beberapa pandangan lain dikemukakan dan menjelang 31 Ogos tahun ini, saya akan buat satu dua pengumuman penting bagi negara… kemudian saya ke Kuching, 16 September Hari Malaysia.

“Jadi, 30 Ogos malam satu pengumuman, kemudian 16 September, kemudian akan ada pengumuman pada awal Oktober semasa Belanjawan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika sesi Temu Anwar sempena Majlis Perasmian Himpunan Anak Muda (HAMKA) Antarabangsa 2026 di sini hari ini.

Anwar berkata demikian ketika menjawab soalan seorang mahasiswa mengenai langkah kerajaan dalam menjamin kebajikan dan keselamatan kewangan belia yang terlibat dalam ekonomi gig.

Menurutnya, kerajaan sedang memperkukuh perlindungan bagi pekerja ekonomi gig menerusi penubuhan Suruhanjaya Ekonomi Gig Malaysia (SEGiM), selain memperkenalkan rang undang-undang baharu berkaitan perniagaan kecil-kecilan.

Beliau berkata, walaupun terdapat pandangan bahawa bantuan sedia ada masih belum mencukupi, kerajaan perlu memastikan kebajikan golongan berkenaan terus terbela.

Dalam pada itu, Anwar berkata, kerajaan akan mempermudah akses pembiayaan kepada graduan yang ingin memulakan perniagaan, termasuk menerusi Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga (TEKUN) Nasional.

Katanya, syarat sedia ada yang memerlukan pemohon mempunyai rekod perniagaan sebelum mendapatkan pembiayaan perlu diteliti semula berikutan perubahan keadaan ekonomi dan corak pekerjaan.

“Jadi, saya hanya boleh sebut di sini saya akan dengar dan teliti… jika ada keupayaan, kita akan lakukan yang terbaik untuk belia,” katanya.

Related Posts

Terengganu jadi ujian keikhlasan: Bila penyatuan Melayu sampai bab kerusi, Pas sanggup berkongsi?

PERBINCANGAN mengenai penyatuan politik Melayu memasuki fasa yang lebih mencabar apabila Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan mencadangkan Terengganu dijadikan medan untuk menguji sejauh mana keikhlasan Pas dalam membentuk…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Anwar sambut baik pertemuan dengan Mufti Besar India di Keralam

KERALAM (INDIA) – Pertemuan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan Mufti Besar India, Sheikh Abubakr Ahmad dijadual berlangsung di Keralam (sebelum ini dikenali sebagai Kerala) esok, dalam rangka lawatan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Ibu bapa perlu celik digital, lindungi anak daripada risiko siber

Ibu bapa perlu celik digital, lindungi anak daripada risiko siber

Tempoh idah PRU16 belum sampai

Tempoh idah PRU16 belum sampai

Chelsea gagal raih tiga mata, seri 2-2 lawan Hull

Chelsea gagal raih tiga mata, seri 2-2 lawan Hull

Terengganu jadi ujian keikhlasan: Bila penyatuan Melayu sampai bab kerusi, Pas sanggup berkongsi?

Terengganu jadi ujian keikhlasan: Bila penyatuan Melayu sampai bab kerusi, Pas sanggup berkongsi?

Anwar sambut baik pertemuan dengan Mufti Besar India di Keralam

Anwar sambut baik pertemuan dengan Mufti Besar India di Keralam

Kampung Siaga 221 perkasa kesiapsiagaan komuniti hadapi bencana

Kampung Siaga 221 perkasa kesiapsiagaan komuniti hadapi bencana