Elemen terpilih GST dalam SST bantu atasi cukai bertindih

PUTRAJAYA – Cadangan untuk menggabungkan elemen Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) tertentu ke dalam kerangka Cukai Jualan dan Cukai Perkhidmatan (SST) sedia ada disifatkan membantu menangani isu seperti cukai bertindih dan tekanan kos.

Presiden Persekutuan Pengilang-Pengilang Malaysia (FMM), Jacob Lee Chor Kok berkata, cukai bertindih merupakan kelemahan utama dalam sistem SST, di mana cukai jualan dikenakan ke atas sesuatu produk pada setiap peringkat rantaian bekalan.

Menurutnya, cukai yang dibayar ke atas input perniagaan tidak semestinya boleh dituntut semula, menyebabkan kos berkenaan tertanam dalam kos pengeluaran dan boleh dibawa ke peringkat seterusnya dalam sepanjang rantaian bekalan.

“Mekanisme kredit yang dirangka dengan baik dapat memastikan isu itu dapat ditangani dari peringkat sumber atau awal dengan membolehkan cukai layak dibayar ke atas input perniagaan dituntut semula berbanding bergantung kepada pengecualian berulang serta langkah pembetulan selepas pelaksanaannya.
.
“Oleh itu, FMM menganggap ada merit dalam cadangan kerajaan untuk menggabungkan elemen baik GST ke dalam SST, terutama mekanisme kredit input cukai. Cadangan kerajaan membuka laluan praktikal untuk memasukkan ciri penting GST ini dalam SST,” katanya menerusi kenyataan kepada The Malaysia Press (TMP), pada Khamis.

Mengulas lanjut, Jacob berkata, isu cukai bertindih menjadi perkara mendesak susulan perluasan SST sejak Mac 2024, di mana kadar cukai perkhidmatan bagi kebanyakan perkhidmatan bercukai dinaikkan daripada enam peratus kepada lapan peratus, manakala kadar bagi sektor logistik kekal enam peratus

Beliau berkata, pengecualian, pemotongan kadar, dan pelepasan transisi diberikan Putrajaya selepas itu membuktikan bahawa impak kos yang lebih luas memerlukan pelarasan lanjut selepas pelaksanaan.

“Kami (FMM) menyambut baik hasrat kerajaan untuk mengekalkan SST sebagai asas sistem (cukai) itu pada masa ini. Jika pendekatan ini dikekalkan, keutamaannya adalah untuk menerapkan elemen GST.

“Itu dapat menghalang cukai ke atas input perniagaan daripada terkumpul di sepanjang rantaian bekalan, khususnya kredit cukai input, layanan cukai yang berkesan terhadap barangan keperluan dan eksport serta mekanisme bayaran balik yang boleh diyakini,” katanya.

Sementara itu, Jacob berpendapat, keperluan untuk kerajaan kerajaan memperkenalkan mekanisme kredit cukai atau pengimbangan cukai input bagi cukai jualan dan cukai perkhidmatan yang layak seperti bahan, mesin, logistik, sewaan kilang, pembinaan dan perkhidmatan perniagaan lain yang sesuai bagi mengelak cukai berkenaan menjadi kos pengeluaran kekal.

Jelas beliau, pengecualian dan pelepasan pelbagai kategori perlu digantikan dengan mekanisme kredit atau rebat yang lebih sistematik untuk mengurangkan kesan cukai berganda di sepanjang rantaian bekalan.

“FMM menggesa agar kerajaan mewujudkan mekanisme bayaran balik yang diyakini, automatik serta dalam tempoh masa wajar manakala bayaran balik lebihan kredit disahkan dibuat dengan tepat, terutama bagi pengeksport dan pengilang berintensifkan modal.

“Cadangan lain adalah barangan keperluan harus dilindungi daripada cukai dalam harga melalui mekanisme berkadar sifar seperti GST atau kredit, rebat atau pembayaran balik yang setara.

“Cukai jualan dan perkhidmatan yang layak dalam pengeluaran dan penghantaran barangan eksport, juga perlu boleh dikreditkan, rebat atau dibayar balik agar barangan eksport tidak tanggung beban cukai domestik, sekali gus memastikan daya saing produk Malaysia,” katanya.

Tambah beliau, wujud keperluan infrastuktur e-Invois dimanfaatkan secara holistik dan pragmatif bagi menyokong proses pengesahan, transaksi lebih telus dan mengelak sebarang penipuan.

“Kepentingan untuk melibatkan persekutuan berkenaan serta badan industri lain sejak dari peringkat awal kajian, reka bentuk, pelaksanaan dan peralihan yang dilaksanakan kerajaan bagi memastikan kerangka terbabit kekal berkesan di sepanjang sektor berkaitan,” katanya.

Terdahulu, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyatakan kesediaan kerajaan untuk mengkaji cadangan menggabungkan elemen GST dengan SST bagi memastikan sistem percukaian negara yang lebih progresif.

Bagaimanapun, Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata, Malaysia akan mengekalkan SST sebagai sistem percukaian negara dan kerajaan tidak berhasrat mengenakan cukai secara menyeluruh pada masa ini.

Related Posts

BRICS wadah perjuang sistem antarabangsa lebih adil – PM Anwar

KERALAM (INDIA) – Malaysia menyertai BRICS bukan untuk berdepan atau menentang mana-mana blok, sebaliknya mahu memainkan peranan dalam usaha membentuk sistem antarabangsa yang lebih adil dan demokratik. Perdana Menteri, Datuk…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Malaysia-Keralam bincang peluang tingkat perdagangan, pelaburan

KERALAM – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Ketua Menteri Keralam, V D Satheesan hari ini membincangkan usaha memperkukuh kerjasama ekonomi serta memudah cara perdagangan dan pelaburan antara Malaysia…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Lembaga Pengampunan: Pas perlu faham peraturan, bukan keruhkan keadaan – PM Anwar

Lembaga Pengampunan: Pas perlu faham peraturan, bukan keruhkan keadaan – PM Anwar

Prosiding Lembaga Pengampunan sulit, tak wajar dipersoalkan – Tajuddin

Prosiding Lembaga Pengampunan sulit, tak wajar dipersoalkan – Tajuddin

PM Anwar tegas pilih kestabilan, bukan polemik politik

PM Anwar tegas pilih kestabilan, bukan polemik politik

BRICS wadah perjuang sistem antarabangsa lebih adil – PM Anwar

BRICS wadah perjuang sistem antarabangsa lebih adil – PM Anwar

Sambutan Hari Malaysia 2026: Fahmi jamin capaian internet optimum untuk media

Sambutan Hari Malaysia 2026: Fahmi jamin capaian internet optimum untuk media

Malaysia-Keralam bincang peluang tingkat perdagangan, pelaburan

Malaysia-Keralam bincang peluang tingkat perdagangan, pelaburan