Dua anggota tentera terkorban semasa menjalani latihan bom

SUNGAI PETANI – Malang tidak berbau telah meragut nyawa dua anggota tentera akibat kecederaan parah terkena letupan bom ketika menjalani latihan di Kem Hobart, Gurun di sini, hari ini.

Dalam kejadian jam kira-kira 10.57 pagi itu, mangsa iaitu Koperal Norazmi Abu Bakar, 40, dan Prebet Siti Khadijah Sungip, 24, mengalami kecederaan parah dari bahagian pinggang ke atas.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Hanyan Ramlan berkata, pihaknya akan membuka kertas siasatan sebagai kes mati mengejut (SDR).

“Kita akan mendapatkan kerjasama semua pihak untuk menjalankan siasatan di tempat kejadian.

“Selain itu, kita akan merakam percakapan saksi-saksi yang berada di lokasi ketika kejadian,” katanya kepada pemberita di pekarangan Jabatan Forensik Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) di sini hari ini.

Menurut Hanyan, pihaknya sedang menyiasat insiden itu termasuk jumlah anggota yang terlibat dalam latihan berkenaan.

Terdahulu, media melaporkan dua anggota tentera yang maut akibat letupan bom di Kem Hobart pagi tadi ialah Koperal Norazmi Abu Bakar dan Prebet Siti Khadijah Sungip.

Tentera Darat Malaysia (TDM) dalam satu kenyataan hari ini mengesahkan insiden terbabit berlaku semasa Latihan Membaling Grenad dalam Latihan Peningkatan Tempur Rejimen Askar Jurutera Diraja (RAJD), Divisyen Kedua Infantri Malaysia.

Koperal Norazmi daripada Batalion Keenam Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD) dan Prebet Siti Khadijah daripada Skuadron Pertama RAJD mengalami kecederaan akibat letupan semasa latihan berkenaan.

Related Posts

Enam perusahaan terlibat ‘kartel penipuan’ pembekalan makanan berdepan penalti kewangan

PUTRAJAYA – Enam perusahaan berdepan penalti kewangan selepas didakwa terlibat dalam kartel penipuan bida bagi satu tender pembekalan makanan bernilai RM5.7 juta yang dikeluarkan oleh Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK). Pengerusi…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Status pelarian bukan lesen langgar undang-undang, bakal ditangkap jika lakukan jenayah

PUTRAJAYA – Status sebagai pelarian bukan satu lesen untuk membenarkan mana-mana individu atau kumpulan untuk melanggar undang-undang negara ini Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, kerajaan memberi…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Anwar ketuai delegasi Malaysia ke Sidang Kemuncak ASEAN-Rusia

Anwar ketuai delegasi Malaysia ke Sidang Kemuncak ASEAN-Rusia

Jangan manipulasi fakta!

Jangan manipulasi fakta!

Malaysia, Timor-Leste tingkatkan kerjasama strategik pelbagai sektor – PM

Malaysia, Timor-Leste tingkatkan kerjasama strategik pelbagai sektor – PM

Kehadiran Parti Wawasan Negara jadi pembakar semangat PH – Fahmi

Kehadiran Parti Wawasan Negara jadi pembakar semangat PH – Fahmi

Isu pelarian di Pulau Pinang ditangani ikut dasar Persekutuan

Isu pelarian di Pulau Pinang ditangani ikut dasar Persekutuan

177 premis makanan ditutup berpunca masalah tikus

177 premis makanan ditutup berpunca masalah tikus