England pamer aksi bertenaga, tewaskan Crotia 7-0

THOMAS Tuchel memuji persembahan mantap England selepas skuad kendaliannya membelasah Croatia 7-0 pada aksi Liga Negara-Negara Eropah, awal pagi tadi.

England berpesta gol di Rijeka menerusi dua jaringan Harry Kane dan Bukayo Saka, manakala Jude Bellingham turut menjaringkan gol selain menyumbang tiga bantuan jaringan.

Anthony Gordon dan Morgan Rogers turut meletakkan nama sebagai penjaring untuk melengkapkan kemenangan terbesar Tuchel sejak mengambil alih pasukan kebangsaan England.

“Itu persembahan selama 90 minit pada tahap tertinggi daripada semua pemain. Dari minit pertama hingga terakhir, pemain yang bermula dan yang masuk dari bangku simpanan memberikan tahap tertinggi.

“Bermain di tempat lawan, ia sangat mengagumkan. Kami mencipta begitu banyak peluang. Dalam tempoh 40 minit pertama, kami begitu lancar sejak awal permainan.

“Saya melihat jam dan terfikir, ‘Wow, ini tiga minit yang bagus’, kemudian melihatnya semula dan sudah tujuh minit. Ia tidak pernah berhenti,” kata Tuchel.

Pengendali kelahiran Jerman itu turut kagum dengan kemampuan England mengekalkan tekanan terhadap pertahanan Croatia yang bergelut serta barisan tengah berpengalaman pasukan tuan rumah.

“Kami mengekalkan tempo dan bermain melalui ruang yang ada. Kami sangat klinikal. Kami kekal lapar ketika melakukan tekanan balas dan bertahan, jadi kami melakukan perkara asas dengan betul.

“Saya suka sikap pemain. Kami sentiasa bermain dengan rendah hati dan melakukan perkara asas dengan betul. Sebab itu ia menjadi persembahan yang lengkap,” katanya.

Kapten England, Kane, turut berkongsi pandangan Tuchel selepas pasukannya meraih kemenangan kedua berturut-turut dalam saingan peringkat kumpulan Liga Negara-Negara Eropah.

Selepas tewas kepada juara dunia, Sepanyol pada aksi pembukaan, England bangkit menewaskan Republik Czech 2-0 Rabu lalu sebelum membelasah Croatia.

“Setiap pemain berada pada tahap tertinggi. Luar biasa dari awal hingga akhir. Kami banyak bercakap mengenai keperluan beraksi selama 90 minit, mendominasi dengan dan tanpa bola. Itulah yang kami lakukan.

“Kami berada pada tahap terbaik apabila bermain bebas, kuat dari segi fizikal dan menjadikan permainan pada tahap Liga Perdana Inggeris (EPL). Anda dapat melihatnya hari ini. Mereka tidak mampu menandingi kepantasan dan larian kami,” kata Kane.

England akan menamatkan tempoh rehat antarabangsa selama tiga minggu dengan aksi menentang Republik Czech di laman sendiri Rabu ini.

Kemenangan dalam perlawanan itu akan membawa England semakin hampir untuk menamatkan saingan di dua kedudukan teratas yang menjamin tiket ke suku akhir.

Related Posts

Portugal kekal rekod menang 100 peratus, kalahkan Norway 2-1

JUARA bertahan Portugal mengekalkan rekod 100 peratus kemenangan dalam saingan Liga Negara-Negara Eropah UEFA selepas menewaskan Norway 2-1 di laman sendiri pada Ahad sekali gus mengesahkan tempat ke pusingan suku…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Verstappen raih podium di Sepang, ulang kejayaan 2017

MAX Verstappen mencipta detik manis dengan mengulangi kejayaan sembilan tahun lalu apabila muncul juara Grand Prix (GP) Bahrain di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) yang berlangsung dalam keadaan penuh dramatik lewat…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Hukuman penjara tunggu ‘mat rempit’ mulai November

Hukuman penjara tunggu ‘mat rempit’ mulai November

Tatakelola, penguatkuasaan diperkukuh bendung pencerobohan tanah – PM

Tatakelola, penguatkuasaan diperkukuh bendung pencerobohan tanah – PM

Subsidi kerajaan susut 40.1 peratus pada 2025, bantuan kebajikan meningkat 380.8 peratus

Subsidi kerajaan susut 40.1 peratus pada 2025, bantuan kebajikan meningkat 380.8 peratus

Kerjasama Warisan, KDM, STAR diperkukuh di Sepanggar

Kerjasama Warisan, KDM, STAR diperkukuh di Sepanggar

Ahli Parlimen Bandar Kuching gesa reformasi perkhidmatan kesihatan Sabah, Sarawak 

Ahli Parlimen Bandar Kuching gesa reformasi perkhidmatan kesihatan Sabah, Sarawak 

Tiada PRK Petaling Jaya susulan kekosongan kerusi Parlimen – SPR

Tiada PRK Petaling Jaya susulan kekosongan kerusi Parlimen – SPR