Pelajar tingkatan empat ditemukan maut di dewan sekolah

BATU PAHAT – Seorang pelajar perempuan tingkatan empat ditemukan maut dipercayai menjadi mangsa pembunuhan di sebuah sekolah menengah di Yong Peng, di sini pada Sabtu.

Memetik berita tempatan, mangsa berusia 16 tahun itu dipercayai tinggal bersama neneknya, hadir ke sekolah berkenaan untuk mengikuti kelas tuisyen pada sebelah petang.

Kehilangan mangsa yang dikenali sebagai Irene Sofiya Mohd Khairool Faisal disedari neneknya selepas seorang rakan mangsa bertanyakan sama ada mangsa berada di rumah atau tidak pada tengah hari Sabtu.

Menurut sumber, selepas menyedari mangsa tiada di rumah, neneknya bergegas ke sekolah sebelum menemui remaja berkenaan terbaring dalam keadaan lemah.

“Mangsa ditemui dalam keadaan lemah dengan kesan darah yang sudah kering selain terdapat kesan lebam dipercayai akibat dipukul.

“Ketika itu, mangsa masih sedar sebelum kemudiannya tidak sedarkan diri,” katanya.

Sumber berkenaan berkata, mangsa merupakan anak yatim dan tinggal bersama neneknya di daerah ini selepas kematian ibunya, manakala bapanya bekerja di Kuala Lumpur.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Shahrulanuar Mushaddat Abdullah Sani mengesahkan kes berkenaan masih dalam siasatan.

Beliau berkata, pihak Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) sedang menjalankan siasatan lanjut berhubung kejadian itu.

Related Posts

Anwar doakan Siti Zailah segera sembuh selepas kemalangan

PUTRAJAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mendoakan Ahli Parlimen Rantau Panjang, Datuk Siti Zailah Mohd Yusoff segera diberikan kesembuhan selepas cedera dalam kemalangan di Kilometer 7, Lebuh Raya…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Prasarana asas desa dinaik taraf, pemangkin pembangunan luar bandar

KUCHING – Residen Bahagian Sri Aman, Mahra Salleh menyambut baik tumpuan kerajaan persekutuan terhadap agenda pembangunan menerusi pembentangan belanjawan 2027 baru-baru ini khususnya peruntukan yang memberi manfaat kepada Sarawak dalam…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Anwar doakan Siti Zailah segera sembuh selepas kemalangan

Anwar doakan Siti Zailah segera sembuh selepas kemalangan

Prasarana asas desa dinaik taraf, pemangkin pembangunan luar bandar

Prasarana asas desa dinaik taraf, pemangkin pembangunan luar bandar

Belanjawan 2027: Pekerja gig harap pendapatan, kebajikan lebih terjamin

Belanjawan 2027: Pekerja gig harap pendapatan, kebajikan lebih terjamin

Penduduk Ulu Mentawai kini nikmati akses jalan darat

Penduduk Ulu Mentawai kini nikmati akses jalan darat

Program SYStartUP buka ruang belia bina potensi keusahawanan

Program SYStartUP buka ruang belia bina potensi keusahawanan

Kebajikan, kesihatan warga emas perlu terus diberi keutamaan

Kebajikan, kesihatan warga emas perlu terus diberi keutamaan