Isu pemilihan Undang Luak Rembau bermula dari akar umbi, bukan campur tangan Tuanku Muhriz

REMBAU – Isu pemilihan Undang Luak Rembau Ke-22 sebenarnya bermula daripada pertikaian di peringkat akar umbi institusi adat Rembau sendiri dan bukannya berpunca daripada campur tangan Tuanku Muhriz Tuanku Munawir.

Undang Luak Rembau, Hassan Ab Hamid menegaskan bahawa dakwaan kononnya Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan mencampuri urusan pemilihan berkenaan tidak menggambarkan keseluruhan kronologi dan fakta sebenar.

Menurut beliau, pertikaian berkenaan timbul susulan dua istiadat Kerapatan Buapak Delapan Kampung Waris Biduanda Nan Dua Carak pada Jun dan Julai 2024 yang memilih Kampung Tanjung sebagai Kampung Benih dan seterusnya menamakan beliau sebagai calon.

Bagaimanapun, pihak Datuk Lembaga enggan menerima keputusan berkenaan dan sebaliknya memilih calon lain dari Kampung Pulau.

“Usaha musyawarah di peringkat Balai Undang Rembau yang dikemukakan oleh Buapak dan Ibu Soko tidak diindahkan, malah ada yang dilucutkan kedudukan serta dihalang memasuki Balai Undang semata-mata kerana mempertahankan aturan Adat Perpatih.

“Apabila pintu musyawarah tertutup, aduan dan bantahan terpaksa dibawa kepada Dewan Keadilan dan Undangan (DKU) serta Kerajaan Negeri untuk diteliti, sekali gus membuktikan DYMM Tuanku Muhriz mahupun Kerajaan Negeri tidak pernah mencipta atau memulakan pertikaian ini,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut beliau, penubuhan Panel Penyiasatan Bebas oleh pihak atasan adalah bertujuan menyiasat aduan dan mencari fakta, bukannya menentukan atau memilih siapa yang perlu menjadi Undang.

Justeru, tindakan menerima dan menyiasat aduan tidak sewajarnya ditafsirkan sebagai campur tangan Tuanku Muhriz dalam proses pemilihan berkenaan.

Beliau turut mengingatkan semua pihak supaya menghormati sempadan adat setiap luak dan tidak membuat pendirian sebelum meneliti keseluruhan fakta serta aturan Adat Perpatih di Rembau.

“Pencalonan kami lahir daripada proses Kerapatan dan keputusan pihak adat dalam Luak Rembau sendiri mengikut aturan adat yang sah.

“Diharapkan isu ini dapat diselesaikan dengan baik demi menjaga kepentingan, keharmonian serta masa depan seluruh anak waris Rembau,” katanya.

Dalam perkembangan berkaitan, empat individu yang mendakwa sebagai Undang bersama Tunku Besar Tampin dalam kenyataan pada 2 Oktober lalu menegaskan bahawa Tuanku Muhriz Tuanku Munawir bukan lagi Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan.

Mereka mendakwa Tuanku Muhriz telah dilucutkan daripada jawatan berkenaan susulan keputusan yang dibuat dalam satu mesyuarat pada 19 April lalu, sebelum Tunku Nadzaruddin Tuanku Ja’afar dinamakan sebagai pengganti.

Bagaimanapun, pendirian itu bertentangan dengan DKU yang menegaskan Tuanku Muhriz kekal sebagai Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan yang sah.

Related Posts

Suryady desak tindakan segera tangani isu kekurangan doktor di Sabah

TAWAU – Isu kekurangan pegawai perubatan di Sabah memerlukan penyelesaian menyeluruh dan tidak boleh hanya bergantung kepada penambahan jumlah penempatan di atas kertas, kata Ahli Parlimen Kalabakan, Datuk Andi Muhammad…

Lebih lanjut

teruskan membaca
‎Waspada berita palsu, grafik dimanipulasi berkaitan Belanjawan 2027 – Fahmi ‎

LABUAN – Orang ramai dinasihatkan supaya berwaspada terhadap kemungkinan penyebaran berita palsu dan grafik dimanipulasi menggunakan gambar serta logo organisasi media susulan pembentangan Belanjawan 2027.‎‎Menteri Komunikasi, Datuk Seri Fahmi Fadzil…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Suryady desak tindakan segera tangani isu kekurangan doktor di Sabah

  • By Fatin
  • October 7, 2026
Suryady desak tindakan segera tangani isu kekurangan doktor di Sabah

‎Waspada berita palsu, grafik dimanipulasi berkaitan Belanjawan 2027 – Fahmi ‎

  • By Ezmie
  • October 7, 2026
‎Waspada berita palsu, grafik dimanipulasi berkaitan Belanjawan 2027 – Fahmi ‎

Jalan baharu Sare-Sentebu mudahkan akses, jimatkan masa perjalanan ke Sarikei

Jalan baharu Sare-Sentebu mudahkan akses, jimatkan masa perjalanan ke Sarikei

Wartawan Labuan perlu kaki palsu baharu, terima sumbangan Kasih@HAWANA

  • By Ezmie
  • October 7, 2026
Wartawan Labuan perlu kaki palsu baharu, terima sumbangan Kasih@HAWANA

CCTV sekolah berasrama di Perlis fokus kawasan asrama

CCTV sekolah berasrama di Perlis fokus kawasan asrama

KTC lahirkan 256 graduan mahir dalam tempoh 15 tahun

  • By Ezmie
  • October 7, 2026
KTC lahirkan 256 graduan mahir dalam tempoh 15 tahun