Pas guna ‘delay tactic’ lengahkan penjelasan kepada RoS, dakwa Tun Faisal

PAS didakwa menggunakan taktik melengah-lengahkan (delay tactic) untuk menangguhkan penjelasan kepada Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS) berhubung aduan Bersatu mengenai Perikatan Nasional (PN), kata Ketua Penerangan Bersatu, Datuk Tun Faisal Ismail Aziz.

Beliau mendakwa tindakan Setiausaha Agung PN, Datuk Seri Takiyuddin Hassan yang meminta RoS menjelaskan terlebih dahulu aduan Bersatu yang perlu dijawab, adalah sebahagian daripada taktik berkenaan.

Katanya, alasan itu sukar diterima kerana Takiyuddin sendiri sebelum ini mengakui sudah dipanggil RoS dan disiasat selama kira-kira empat jam berhubung aduan Bersatu.

“Takiyuddin sendiri pada 22 Ogos 2026 mengakui telah dipanggil RoS dan disiasat selama empat jam berhubung aduan Bersatu.

“Beliau juga mengakui telah memberikan penjelasan kepada RoS mengenai sebab Bersatu tidak dipanggil dalam perbincangan berkaitan PRN Negeri Sembilan,” katanya dalam hantaran di Facebook hari ini.

Tun Faisal mendakwa, RoS pada 11 Ogos lalu turut mengesahkan menerima aduan rasmi Bersatu berhubung dakwaan parti itu tidak dibabitkan dalam mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) PN pada 16 Julai 2026.

Menurutnya, aduan itu turut menyentuh isu berkaitan kedudukan keanggotaan Bersatu dalam gabungan berkenaan.

“Justeru, tidak munasabah sekiranya perkara yang telah disiasat dan diberi penjelasan selama empat jam sebelum ini, sehingga kononnya terlepas solat Jumaat, kini dijadikan alasan untuk meminta penjelasan semula daripada RoS,” katanya.

Beliau turut mendakwa Bersatu mempunyai pengalaman berhubung beberapa isu terdahulu yang menunjukkan wujudnya sikap berlengah dalam pelaksanaan keputusan PN sejak Pas mengambil alih kepengerusian dan pentadbiran gabungan itu.

Antaranya, beliau mendakwa keputusan MT PN pada 22 Februari lalu untuk meminda Perlembagaan PN ditangguhkan sebanyak dua kali dan sehingga kini belum dilaksanakan.

“Pas telah meminta penangguhan sebanyak dua kali, pertama selama dua bulan dan kali kedua ketika Mesyuarat MT PN pada 16 Mei 2026, sekali lagi meminta penangguhan untuk tempoh sebulan.

“Selepas itu Pas memutuskan hubungan dengan Bersatu dan sehingga sekarang keputusan MT PN untuk meminda Perlembagaan PN tidak dilaksanakan,” katanya.

Tun Faisal turut mendakwa berlaku kelewatan dalam pemakluman status Ahli Parlimen Bersatu yang dipecat kepada Speaker Dewan Rakyat serta pelaksanaan keputusan MT PN berhubung jawatan Ketua Pembangkang.

Katanya, MT PN pada 22 Februari lalu memutuskan jawatan Ketua Pembangkang dikosongkan dan Pas perlu menamakan calon daripada kalangan Ahli Parlimen parti itu, namun pelaksanaan keputusan berkenaan didakwa dilengahkan.

Beliau mendakwa keputusan itu kemudian dilanggar apabila Presiden Pas menamakan semula Datuk Seri Hamzah Zainudin sebagai Ketua Pembangkang pada 13 Jun lalu tanpa melalui Mesyuarat MT PN.

Tun Faisal turut mendakwa sikap berlengah itu berlaku dalam beberapa urusan lain termasuk pemanggilan mesyuarat MT PN, mesyuarat persiapan pilihan raya dan rundingan pembahagian kerusi selepas pembubaran DUN Johor dan Negeri Sembilan.

Sehubungan itu, beliau menggesa RoS supaya berhati-hati dan tidak membenarkan permintaan pentadbir PN untuk mendapatkan penjelasan mengenai aduan Bersatu dijadikan ruang melengahkan proses berkenaan.

“RoS tidak seharusnya membenarkan permintaan pentadbir PN untuk mendapatkan penjelasan ini sebagai ruang untuk melengah-lengahkan penjelasan mereka kepada RoS, lebih-lebih lagi kerana mereka telah pun diberi peluang membuat penjelasan selama empat jam mengenai aduan Bersatu terhadap mereka,” katanya.

Related Posts

RCI Tabung Haji dijangka jadi antara isu tumpuan kempen PRN Melaka

MELAKA – Isu berkaitan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) Tabung Haji (TH) dijangka menjadi antara perkara yang mendapat perhatian sepanjang kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka ke-16, selain krisis politik di…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Hanya makan malam, tiada perbincangan rasmi kerjasama PH PRN Melaka

PUTRAJAYA – Tiada perbincangan rasmi mengenai kerjasama Pakatan Harapan (PH) dengan Bersatu di sebalik pertemuan pemimpin kedua-dua pihak di sebuah hotel di Melaka malam tadi. Pengarah Komunikasi PH, Datuk Seri…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Lelaki cedera ditembak ketika isi minyak

Lelaki cedera ditembak ketika isi minyak

Mahkamah Tinggi tangguh semakan kes Yayasan Akalbudi

Mahkamah Tinggi tangguh semakan kes Yayasan Akalbudi

Pas guna ‘delay tactic’ lengahkan penjelasan kepada RoS, dakwa Tun Faisal

Pas guna ‘delay tactic’ lengahkan penjelasan kepada RoS, dakwa Tun Faisal

RM11.1 bilion projek Terengganu: Kerajaan negeri perlu perjelas status, manfaat sebenar

RM11.1 bilion projek Terengganu: Kerajaan negeri perlu perjelas status, manfaat sebenar

Belanjawan 2027 pemangkin ekonomi bernilai tinggi

Belanjawan 2027 pemangkin ekonomi bernilai tinggi

Perebutan perniagaan ‘topup’ judi dalam talian punca kedai serbaneka dibakar

Perebutan perniagaan ‘topup’ judi dalam talian punca kedai serbaneka dibakar