Lelaki cedera ditembak ketika isi minyak

TAPAH – Seorang lelaki tempatan cedera selepas ditembak ketika sedang mengisi minyak di sebuah stesen minyak di Bidor Sentral, Bidor, pada petang Selasa.

Dalam kejadian kira-kira jam 6.08 petang itu, mangsa berusia 41 tahun terkena satu das tembakan di bahu kiri selepas dua lelaki bersenjatakan senjata api melepaskan beberapa das tembakan ke arah kenderaan dinaikinya.

Ketua Polis Perak, Datuk Mohd Alwi Zainal Abidin berkata, ketika kejadian mangsa tiba di stesen minyak berkenaan dengan menaiki Toyota Land Cruiser berwarna putih untuk mengisi minyak.

Menurutnya, siasatan awal mendapati sebuah Honda City berwarna hitam yang datang dari arah Pekan Bidor kemudian berhenti di hadapan kenderaan mangsa.

“Dua lelaki yang dipercayai bersenjata api keluar dari kenderaan berkenaan sebelum melepaskan beberapa das tembakan ke arah kenderaan mangsa dan melarikan diri.

“Ketika kejadian, terdapat lima individu di dalam kenderaan mangsa, namun empat lagi individu tidak mengalami sebarang kecederaan,” katanya dalam kenyataan pada Rabu.

Mohd Alwi berkata, mangsa yang cedera mendapatkan rawatan awal di Hospital Tapah sebelum dirujuk ke hospital di Ipoh dan kemudian dipindahkan ke Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB).

“Keadaan mangsa dilaporkan stabil,” katanya.

Beliau berkata, pemeriksaan pasukan forensik di lokasi kejadian menemukan satu peluru 9mm Luger, empat kelongsong peluru jenis sama serta serpihan anak peluru.

“Pemeriksaan lanjut terhadap kenderaan mangsa turut menemukan beberapa serpihan anak peluru serta kesan tembakan pada bahagian kenderaan.

“Siasatan awal mendapati kejadian membabitkan penggunaan senjata api dan siasatan lanjut sedang dijalankan bagi mengenal pasti suspek serta motif kejadian,” katanya.

Menurutnya, pasukan penyiasat kini menyemak rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di beberapa lokasi berkaitan, termasuk laluan sekitar Bidor dan plaza tol yang dikenal pasti.

Analisis terhadap barang kes turut dijalankan bagi membantu siasatan.

Kes disiasat mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan dan Seksyen 3(1) Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat) 1971.

“Pihak polis memandang serius kejadian membabitkan penggunaan senjata api ini dan akan menjalankan siasatan secara menyeluruh.

“Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan kejadian diminta tampil membantu siasatan dengan menghubungi pihak polis,” katanya.

Foto: Video tular

Related Posts

Suryady desak tindakan segera tangani isu kekurangan doktor di Sabah

TAWAU – Isu kekurangan pegawai perubatan di Sabah memerlukan penyelesaian menyeluruh dan tidak boleh hanya bergantung kepada penambahan jumlah penempatan di atas kertas, kata Ahli Parlimen Kalabakan, Datuk Andi Muhammad…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Jalan baharu Sare-Sentebu mudahkan akses, jimatkan masa perjalanan ke Sarikei

SARIKEI – Penduduk di sekitar Sare bakal menikmati tempoh perjalanan yang lebih singkat ke pusat bandar Sarikei menerusi pembinaan laluan alternatif baharu sepanjang 2.7 kilometer yang menghubungkan Jalan Sare dengan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Suryady desak tindakan segera tangani isu kekurangan doktor di Sabah

  • By Fatin
  • October 7, 2026
Suryady desak tindakan segera tangani isu kekurangan doktor di Sabah

‎Waspada berita palsu, grafik dimanipulasi berkaitan Belanjawan 2027 – Fahmi ‎

  • By Ezmie
  • October 7, 2026
‎Waspada berita palsu, grafik dimanipulasi berkaitan Belanjawan 2027 – Fahmi ‎

Jalan baharu Sare-Sentebu mudahkan akses, jimatkan masa perjalanan ke Sarikei

Jalan baharu Sare-Sentebu mudahkan akses, jimatkan masa perjalanan ke Sarikei

Wartawan Labuan perlu kaki palsu baharu, terima sumbangan Kasih@HAWANA

  • By Ezmie
  • October 7, 2026
Wartawan Labuan perlu kaki palsu baharu, terima sumbangan Kasih@HAWANA

CCTV sekolah berasrama di Perlis fokus kawasan asrama

CCTV sekolah berasrama di Perlis fokus kawasan asrama

KTC lahirkan 256 graduan mahir dalam tempoh 15 tahun

  • By Ezmie
  • October 7, 2026
KTC lahirkan 256 graduan mahir dalam tempoh 15 tahun