RM600,000 laksana Kampung, Sekolah Angkat MADANI di Tanjung Pisau

SANDAKAN – Sebanyak RM600,000 diperuntukkan bagi melaksanakan enam projek pembangunan menerusi Program Kampung Angkat MADANI dan Sekolah Angkat MADANI di Kampung (Kg) Tanjung Pisau, Lalasun, di sini tahun ini.

Ketua Pengarah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia), Laksamana Maritim Datuk Mohd Rosli Abdullah berkata, daripada jumlah itu, RM500,000 diperuntukkan bagi Program Kampung Angkat MADANI, manakala RM100,000 lagi bagi Program Sekolah Angkat MADANI.

“Pemilihan Kg Tanjung Pisau dan Sekolah Kebangsaan (SK) Tanjong Pisau dibuat berdasarkan kedudukannya sebagai komuniti maritim, selain selari dengan usaha Maritim Malaysia mendekati masyarakat menerusi Program Sahabat Maritim.

“Dengan peruntukan yang diberikan kerajaan, kita bukan sahaja dapat melaksanakan Program Sahabat Maritim, tetapi turut melihat kepada aspek pembangunan kawasan setempat yang boleh dilaksanakan.

“Enam projek dilaksanakan menerusi program berkenaan termasuk peningkatan taraf Jeti Awam Kg Tanjung Pisau, penyelenggaraan jeti umum dan bangunan SK Tanjong Pisau serta pagar Masjid Haji Yaakob.,” ujarnya kepada media selepas merasmikan Program Kampung Angkat MADANI dan Sekolah Angkat MADANI di SK Tanjong Pisau, Lalasun, di sini pada Selasa.

Menurut Mohd Rosli, beberapa kemudahan di sekolah termasuk surau turut diberikan perhatian menerusi peruntukan berkenaan.

“Untuk itu, kita berterima kasih atas kerjasama yang diberikan rakan strategik khususnya pihak negeri, sekolah dan penduduk setempat,” katanya.

Mohd Rosli berkata, program berkenaan adalah pelaksanaan pertama seumpamanya oleh Maritim Malaysia di Sandakan, walaupun program Kampung Angkat di bawah kementerian lain turut dilaksanakan di beberapa lokasi lain di Sabah.

“Saya memilih Sabah kerana Sabah dekat dengan hati saya,” katanya.

Related Posts

‘Kita Jaga Sabah’ seruan perkukuh kerjasama Warisan, KDM dan STAR

KOTA KINABALU – “Ayuh Sabahan! Kita bangun bersama, bersatu berpadu. Kita jaga Sabah!” menjadi seruan kepada pimpinan dan ahli Warisan, Parti Kesejahteraan Demokratik Masyarakat (KDM) serta STAR untuk memperkukuh kesatuan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Empat blok 20 pintu, sebuah rumah musnah dijilat api

TAWAU – Empat blok rumah kongsi melibatkan 20 pintu dan sebuah rumah kediaman jenis tidak kekal musnah dalam kebakaran berhampiran Taman Gemilang Sin Onn, Jalan Sin Onn, di sini, pada…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Keselamatan murid lebih penting daripada imej sekolah – PM

Keselamatan murid lebih penting daripada imej sekolah – PM

Isu UNHCR perlu diselesaikan melalui rundingan dengan PBB – PM

Isu UNHCR perlu diselesaikan melalui rundingan dengan PBB – PM

‘Kita Jaga Sabah’ seruan perkukuh kerjasama Warisan, KDM dan STAR

  • By Ezmie
  • October 6, 2026
‘Kita Jaga Sabah’ seruan perkukuh kerjasama Warisan, KDM dan STAR

Segerakan intervensi sekolah selamat, bukan polemik atau medan tuduh-menuduh

Segerakan intervensi sekolah selamat, bukan polemik atau medan tuduh-menuduh

PN semakin berserabut, Pas perlu jawab keupayaan pimpin gabungan

PN semakin berserabut, Pas perlu jawab keupayaan pimpin gabungan

Tahanan Myanmar melalui saringan ketat sebelum dihantar pulang – KDN

Tahanan Myanmar melalui saringan ketat sebelum dihantar pulang – KDN