Syura, adab jadi panduan urus perbezaan pandangan umat Islam – Anwar

PUTRAJAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menjunjung kasih Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah atas perkenan Baginda mempengerusikan Mesyuarat Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia (MKI) Ke-75 di Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), di sini hari ini.

Anwar berkata, dalam titah perutusan, Sultan Nazrin mengingatkan kepentingan prinsip dan budaya syura sebagai panduan dalam menguruskan perbezaan pandangan, khususnya dalam kalangan umat Islam.

“Ketika pendapat bersilang dan suara meninggi, kejernihan pertimbangan serta kesantunan budi mesti teguh memimpin peribadi dan perwatakan diri,” katanya menerusi hantaran di media sosial.

Anwar berkata, beliau telah meminta JAKIM supaya menghayati serta menyebarluaskan titah Sultan Nazrin untuk dihayati oleh seluruh lapisan masyarakat.

Menurutnya, titah berkenaan merupakan nasihat yang berharga kepada semua pihak termasuk pimpinan kerajaan, parti politik, badan dakwah dan masyarakat.

“Amanahnya perlu hidup dalam tutur dan tindakan, bermusyawarah dengan lapang dada, menegur dengan hikmah, serta mendengar dengan rendah hati,” katanya.

Beliau berkata, perbezaan pandangan tidak seharusnya menjadi alasan untuk merosakkan hubungan sesama umat atau memutuskan jambatan persaudaraan.

“Tidak berhujah sambil merobek tenunan ukhuwah dan tidak berbeza jalan hingga meruntuhkan jambatan persaudaraan, Insya-Allah,” katanya.

Related Posts

Tahanan Myanmar melalui saringan ketat sebelum dihantar pulang – KDN

KUALA LUMPUR – Kerajaan memperketatkan proses saringan dan pengesahan terhadap pelarian serta tahanan warganegara Myanmar sebelum mereka dihantar pulang bagi memastikan hanya individu yang disahkan kewarganegaraannya dibawa kembali ke negara…

Lebih lanjut

teruskan membaca
BN sangat terbuka bekerjasama dengan PH di Melaka – Zahid

SHAH ALAM – Barisan Nasional (BN) sangat terbuka untuk bekerjasama dengan Pakatan Harapan (PH) bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka, kata Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

PN semakin berserabut, Pas perlu jawab keupayaan pimpin gabungan

PN semakin berserabut, Pas perlu jawab keupayaan pimpin gabungan

Tahanan Myanmar melalui saringan ketat sebelum dihantar pulang – KDN

Tahanan Myanmar melalui saringan ketat sebelum dihantar pulang – KDN

Empat blok 20 pintu, sebuah rumah musnah dijilat api

  • By Fatin
  • October 6, 2026
Empat blok 20 pintu, sebuah rumah musnah dijilat api

Buruh positif dadah ditahan di tepi Jalan Kubu

Buruh positif dadah ditahan di tepi Jalan Kubu

Baru seminggu jadi ejen judi dalam talian, wanita ditahan di Kabong

Baru seminggu jadi ejen judi dalam talian, wanita ditahan di Kabong

Kadar dadah SG4 jauh melebihi nasional, kerajaan negeri perlu bentang hasil pencegahan

Kadar dadah SG4 jauh melebihi nasional, kerajaan negeri perlu bentang hasil pencegahan