Gerakan Islam mesti berteraskan ilmu, akhlak – Anwar

BANGI – Gerakan Islam tidak seharusnya hanya bergantung kepada semangat, emosi dan sentimen, sebaliknya perlu diperkukuh dengan ilmu, akhlak serta idealisme perjuangan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, gerakan kesedaran atas nama Islam akan menjadi tempang sekiranya hanya berpaksikan kemarahan, selain menghalalkan adu domba dalam perjuangan.

Menurut beliau, kebangkitan gerakan Islam perlu berteraskan tradisi akliah dan idealisme, manakala kejayaan sesuatu perjuangan tidak seharusnya diukur berdasarkan slogan semata-mata.

“Gerakan apa pun atas nama Islam akan teruji bukan semata-mata pada slogan tapi kepada pelaksanaan perjuangannya,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menghadiri Majlis Makan Malam Apresiasi 3 Generasi anjuran Wadah Pencerdasan Umat Malaysia (WADAH), Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) dan Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) di Bangi, malam tadi.

Anwar berkata, beliau turut mengimbau kembali pandangan Allahyarham Siddiq Fadzil yang menegaskan bahawa Islam tidak akan bangkit hanya melalui ledakan semangat, emosi dan sentimen, sebaliknya memerlukan kekuatan ilmu yang mampu menyedarkan serta menginsafkan.

Dalam pada itu, beliau menempelak pihak yang menurutnya menunggang nama Islam atau Melayu dengan lantang memperjuangkan soal bangsa, tetapi mengetepikan aspek akhlak dan idealisme.

“Apa ertinya parti atau gerakan Islam sekiranya bergerak dengan meninggalkan prinsip akhlak, penuh dengan kebencian serta menjadikan fitnah dan cacian sebagai senjata dan wirid harian,” katanya.

Beliau pada masa sama menekankan kepentingan usrah dalam gerakan Islam tanpa meninggalkan tradisi turath Islami yang penting dalam memandu perjuangan.

Katanya, gerakan Islam juga perlu tegas dalam melawan rasuah, menentang pemikiran takfiri dan berusaha membasmi kemiskinan tegar.

Namun, beliau menegaskan perjuangan berteraskan Islam perlu kekal berpandukan adab, akhlak serta menghormati kebangsaan.

Majlis berkenaan turut meraikan delegasi The Union of NGOs of The Islamic World (UNIW) yang hadir pada acara tersebut.

Related Posts

Jangan terpedaya akaun palsu tawar pendaftaran STR – Fahmi

KANGAR – Orang ramai diingatkan supaya tidak mudah terpedaya dengan akaun media sosial palsu yang menyamar menggunakan nama agensi kerajaan bagi menawarkan pendaftaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) atau bantuan kerajaan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
AMK mahu kemelut institusi diraja Negeri Sembilan diselesaikan ikut undang-undang

KUALA LUMPUR – Angkatan Muda Keadilan (AMK) menggesa semua pihak tidak mempolitikkan kemelut institusi diraja Negeri Sembilan, sebaliknya menghormati kedudukan Raja-Raja Melayu dan memastikan sebarang pertikaian diselesaikan mengikut lunas undang-undang.…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Jangan terpedaya akaun palsu tawar pendaftaran STR – Fahmi

Jangan terpedaya akaun palsu tawar pendaftaran STR – Fahmi

Gerakan Islam mesti berteraskan ilmu, akhlak – Anwar

Gerakan Islam mesti berteraskan ilmu, akhlak – Anwar

Polis giat kesan suspek ragut beg tangan wanita di Kampung Baru Semenyih

  • By Aden
  • September 27, 2026
Polis giat kesan suspek ragut beg tangan wanita di Kampung Baru Semenyih

England tewas tipis kepada Sepanyol

England tewas tipis kepada Sepanyol

AMK mahu kemelut institusi diraja Negeri Sembilan diselesaikan ikut undang-undang

AMK mahu kemelut institusi diraja Negeri Sembilan diselesaikan ikut undang-undang

Kapasiti asrama SMK Majakir meningkat kepada 300 murid

  • By Ezmie
  • September 26, 2026
Kapasiti asrama SMK Majakir meningkat kepada 300 murid