Polis giat kesan suspek ragut beg tangan wanita di Kampung Baru Semenyih

​KAJANG – Polis Diraja Malaysia (PDRM) kini mengesan seorang penunggang motosikal yang terlibat dalam kes ragut membabitkan seorang wanita di hadapan pasar pagi Kampung Baru Semenyih, di sini kelmarin.

​Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Naazron Abdul Yusof menerusi kenyataan memaklumkan kejadian berlaku kira-kira jam 12 tengah hari ketika mangsa yang berusia 54 tahun sedang melintas jalan.

​Siasatan awal mendapati suspek yang menunggang motosikal bertindak menghampiri mangsa sebelum meragut beg tangan yang mengandungi telefon bimbit, wang tunai dan dokumen pengenalan diri.

“Mangsa dilaporkan tidak mengalami sebarang kecederaan fizikal dan telah membuat laporan polis berhubung insiden terbabit pada jam 1.28 tengah hari.

​“Kes disiasat mengikut Seksyen 392 Kanun Keseksaan. Pihak polis memohon kerjasama orang ramai yang mempunyai maklumat untuk menghubungi Pegawai Penyiasat Inspektor Muhammad Nazirulzahin Mohd Hashim di talian 017-8881475 atau mana-mana balai polis berhampiran,” katanya.

​Siasatan terperinci kini dijalankan oleh Bahagian Siasatan Jenayah IPD Kajang bagi mengenalpasti identiti serta lokasi suspek.

​Insiden berkenaan turut dirakam menerusi kamera papan pemuka (dashcam) sebuah kenderaan dan memaparkan tindakan suspek memecut melarikan diri sejurus kejadian.

Sumber: ikbm

Related Posts

Kapasiti asrama SMK Majakir meningkat kepada 300 murid

PAPAR – Kapasiti asrama Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Majakir di sini meningkat hampir dua kali ganda daripada 160 kepada 300 murid susulan siapnya projek pembinaan blok baharu bernilai RM18.23 juta.…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Lapan laluan Bas.My dijajar semula, liputan capai 70 peratus kawasan utama DBKK

KOTA KINABALU – Lapan laluan perkhidmatan Bas.My (Bas Pink) di Kota Kinabalu akan dijajar semula bagi memperluas liputannya kepada sekurang-kurangnya 70 peratus laluan utama dalam kawasan Dewan Bandaraya Kota Kinabalu…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Jangan terpedaya akaun palsu tawar pendaftaran STR – Fahmi

Jangan terpedaya akaun palsu tawar pendaftaran STR – Fahmi

Gerakan Islam mesti berteraskan ilmu, akhlak – Anwar

Gerakan Islam mesti berteraskan ilmu, akhlak – Anwar

Polis giat kesan suspek ragut beg tangan wanita di Kampung Baru Semenyih

  • By Aden
  • September 27, 2026
Polis giat kesan suspek ragut beg tangan wanita di Kampung Baru Semenyih

England tewas tipis kepada Sepanyol

England tewas tipis kepada Sepanyol

AMK mahu kemelut institusi diraja Negeri Sembilan diselesaikan ikut undang-undang

AMK mahu kemelut institusi diraja Negeri Sembilan diselesaikan ikut undang-undang

Kapasiti asrama SMK Majakir meningkat kepada 300 murid

  • By Ezmie
  • September 26, 2026
Kapasiti asrama SMK Majakir meningkat kepada 300 murid