Jangan terpedaya akaun palsu tawar pendaftaran STR – Fahmi

KANGAR – Orang ramai diingatkan supaya tidak mudah terpedaya dengan akaun media sosial palsu yang menyamar menggunakan nama agensi kerajaan bagi menawarkan pendaftaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) atau bantuan kerajaan lain.

Menteri Komunikasi, Datuk Seri Fahmi Fadzil berkata, terdapat akaun di platform seperti TikTok yang menyalahgunakan jata kerajaan serta menggunakan grafik seolah-olah urusan pendaftaran bantuan berkenaan dikendalikan oleh agensi kerajaan.

Beliau berkata, orang ramai perlu membuat semakan silang terhadap sebarang maklumat yang diterima di media sosial sebelum mempercayai atau menyebarkannya.

“Jadi saya ingin menekankan bahawa sebarang maklumat terutama di media sosial kita harus semak silang dan buat semakan sama ada dengan media arus perdana ataupun dengan laman web rasmi,” katanya, selepas menghadiri Program MADANI Kita (PMK) 2026 pada Sabtu.

Fahmi berkata, sebarang permohonan atau pendaftaran bagi mendapatkan perkhidmatan dan bantuan kerajaan hendaklah dibuat menerusi saluran rasmi agensi berkaitan.

Katanya, orang ramai tidak seharusnya menggunakan pautan atau berurusan dengan akaun media sosial yang tidak dapat disahkan kesahihannya.

Dalam pada itu, beliau berkata pengguna juga boleh memanfaatkan ciri kecerdasan buatan (AI) yang terdapat pada sesetengah platform untuk membantu membuat semakan awal terhadap maklumat yang diragui.

“Pengguna juga perlu lebih berhati-hati sebelum berkongsi kandungan di media sosial kerana banyak kandungan berkaitan penipuan dan maklumat palsu kini tersebar melalui platform berkenaan,” katanya.

Related Posts

Gerakan Islam mesti berteraskan ilmu, akhlak – Anwar

BANGI – Gerakan Islam tidak seharusnya hanya bergantung kepada semangat, emosi dan sentimen, sebaliknya perlu diperkukuh dengan ilmu, akhlak serta idealisme perjuangan. Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, gerakan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
AMK mahu kemelut institusi diraja Negeri Sembilan diselesaikan ikut undang-undang

KUALA LUMPUR – Angkatan Muda Keadilan (AMK) menggesa semua pihak tidak mempolitikkan kemelut institusi diraja Negeri Sembilan, sebaliknya menghormati kedudukan Raja-Raja Melayu dan memastikan sebarang pertikaian diselesaikan mengikut lunas undang-undang.…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Jangan terpedaya akaun palsu tawar pendaftaran STR – Fahmi

Jangan terpedaya akaun palsu tawar pendaftaran STR – Fahmi

Gerakan Islam mesti berteraskan ilmu, akhlak – Anwar

Gerakan Islam mesti berteraskan ilmu, akhlak – Anwar

Polis giat kesan suspek ragut beg tangan wanita di Kampung Baru Semenyih

  • By Aden
  • September 27, 2026
Polis giat kesan suspek ragut beg tangan wanita di Kampung Baru Semenyih

England tewas tipis kepada Sepanyol

England tewas tipis kepada Sepanyol

AMK mahu kemelut institusi diraja Negeri Sembilan diselesaikan ikut undang-undang

AMK mahu kemelut institusi diraja Negeri Sembilan diselesaikan ikut undang-undang

Kapasiti asrama SMK Majakir meningkat kepada 300 murid

  • By Ezmie
  • September 26, 2026
Kapasiti asrama SMK Majakir meningkat kepada 300 murid