Kerajaan Pahang cari jalan penyelesaian jangka panjang isu sungai cetek

MARAN – Kerajaan Pahang mahu isu paras air Sungai Pahang yang semakin cetek di beberapa lokasi seperti di Kampung Pesagi, dekat sini, ditangani menerusi penyelesaian jangka panjang berasaskan kajian menyeluruh.

Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, isu yang berlarutan sejak beberapa tahun lalu perlu dikenal pasti punca sebenar serta kaedah penyelesaian paling berkesan.

Menurutnya, kerajaan negeri sedang mendapatkan laporan lengkap daripada pihak berkaitan sebelum sebarang keputusan mengenai tindakan susulan diambil.

“Sekarang ini saya minta laporan daripada pihak daerah dan saya akan bawa kepada mesyuarat Exco untuk kita kaji, teliti dan perhalusi bagi tindakan selanjutnya.

“Bagi jangka pendek mungkin kita boleh ambil tindakan, jangka sederhana pun kita lihat tetapi kita mahu penyelesaian jangka panjang.

“Untuk jangka panjang, kita perlu mendapatkan laporan yang lengkap,” katanya, seperti dilapor Malaysia Gazette.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas Majlis Perasmian dan Penyerahan Projek Siap Penggantian Paip Daerah Maran di Loji Rawatan Air Chenor, di sini, hari ini.

Sementara itu, Wan Rosdy berkata, isu bekalan air di negeri ini telah berjaya diselesaikan 90 peratus melibatkan empat daerah iaitu Raub, Lipis, Cameron Highlands dan Kuantan.

Fokus seterusnya, kata beliau, adalah daerah Maran.

Dalam perkembangan lain, Kampung Awah dekat Maran, bakal menjadi salah satu nod penghantaran strategik negara menerusi pembangunan National Grid Backbone 500kV yang dijangka memperkukuh kedudukan Pahang dalam ekosistem tenaga masa depan Malaysia.

Wan Rosdy berkata, projek berkenaan mampu meningkatkan kapasiti dan kebolehpercayaan grid selain membuka ruang kepada Pahang menarik pelaburan hijau serta industri berteknologi tinggi.

“Sebagai salah satu nod penghantaran strategik, projek ini akan memperkukuh kesalinghubungan Pahang dengan Grid Nasional dan meningkatkan kesiapsiagaan negeri untuk menyokong industri baharu, pelaburan bernilai tinggi serta pembangunan tenaga boleh baharu.

“Projek Tenaga Nasional Berhad iaitu 500 kilovolt yang berada di Kampung Awah, Maran ini adalah ‘jantung talian negeri’ melibatkan projek RM350 juta untuk pembinaan pencawang sahaja,” katanya.

Projek yang menghubungkan koridor Paka-Kampung Awah-Bahau South-Kulai East itu akan meningkatkan pemindahan tenaga antara wilayah serta membolehkan integrasi sumber penjanaan sedia ada dan baharu.

Apabila siap pada 2030, National Grid Backbone 500kV sepanjang kira-kira 500 kilometer itu akan menjadi talian penghantaran 500kV terpanjang pernah dibangunkan di Malaysia.

Infrastruktur berkenaan turut dijangka menyokong pertumbuhan industri berasaskan kecerdasan buatan, pusat data, infrastruktur digital dan pelaburan hijau, selain mempercepat pelaksanaan Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga Negara.

Related Posts

Kampung Siaga 221 perkasa kesiapsiagaan komuniti hadapi bencana

KOTA KINABALU – Program Kampung (Kg) Siaga 221 yang dilaksanakan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) penting dalam meningkatkan kesedaran dan kesiapsiagaan komuniti kampung menghadapi kemungkinan berlakunya bencana. Menteri di Jabatan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Lapan lori, kereta atas tongkang di Kuala Kedah terbakar

ALOR SETAR – Tujuh lori dan sebuah kereta terbakar dalam kejadian di atas sebuah tongkang di Jeti Kargo Kuala Kedah, dekat sini, malam semalam. Kebakaran itu melibatkan lori jenis Isuzu,…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Tempoh idah PRU16 belum sampai

Tempoh idah PRU16 belum sampai

Chelsea gagal raih tiga mata, seri 2-2 lawan Hull

Chelsea gagal raih tiga mata, seri 2-2 lawan Hull

Anwar sambut baik pertemuan dengan Mufti Besar India di Keralam

Anwar sambut baik pertemuan dengan Mufti Besar India di Keralam

Kampung Siaga 221 perkasa kesiapsiagaan komuniti hadapi bencana

Kampung Siaga 221 perkasa kesiapsiagaan komuniti hadapi bencana

Semikonduktor lonjak kerjasama industri Malaysia-India

Semikonduktor lonjak kerjasama industri Malaysia-India

Malaysia perluas pasaran Afrika menerusi kerjasama Ethiopia

Malaysia perluas pasaran Afrika menerusi kerjasama Ethiopia