Sabah, Sarawak semakin penting tentukan hala tuju PRU16 – Penganalisis 

SABAH dan Sarawak berpotensi memainkan peranan lebih besar dalam menentukan pembentukan kerajaan selepas Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16), terutama sekiranya persaingan antara gabungan politik di Semenanjung berlangsung sengit.

Ahli Majlis Penasihat Perpaduan Negara (MPPN), Profesor Dr Tajuddin Rasdi berkata, perkembangan politik semasa menunjukkan sokongan dari Malaysia Timur semakin penting bagi memastikan kestabilan Kerajaan Persekutuan selepas pilihan raya.

Menurutnya, hubungan erat Kerajaan Persekutuan dengan Sabah dan Sarawak, termasuk perkembangan pelaksanaan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63), boleh menjadi antara faktor penting dalam percaturan politik menuju PRU16.

“Sekarang kita nampak Kerajaan MADANI kuat untuk memperjuangkan hak Sabah dan Sarawak secara sama rata. Dalam banyak kerajaan, Kerajaan MADANI yang berjaya berunding sedikit demi sedikit dan melaksanakan hak itu.

“Jadi, sokongan Sabah dan Sarawak ini semakin penting,” katanya kepada The Malaysia Press (TMP) pada Isnin.

Pandangan itu selari dengan perkembangan terbaru apabila Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengadakan pertemuan bersama Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg dan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor ketika berada di Bandar Seri Begawan, Brunei, baru-baru ini.

Pertemuan itu turut membincangkan persiapan menghadapi Mesyuarat Majlis Tindakan Pelaksanaan MA63 yang dijangka berlangsung di Kota Kinabalu dalam beberapa minggu akan datang, selain bertukar pandangan mengenai perkembangan semasa serta usaha memperkukuh kerjasama Kerajaan Persekutuan, Sabah dan Sarawak.

Abang Johari dan Hajiji turut mengiringi Anwar dalam Rundingan Pemimpin Tahunan Ke-27 (ALC-27) Malaysia-Brunei di Bandar Seri Begawan. Dalam rundingan itu, isu berkaitan sempadan serta kerjasama yang membabitkan Sabah dan Sarawak turut diberi perhatian.

Tajuddin berkata, perkembangan berkenaan menunjukkan hubungan antara Kerajaan Persekutuan dengan Sabah dan Sarawak bukan lagi isu sampingan, sebaliknya semakin penting dalam menentukan masa depan politik negara.

“Kalau perlu memberikan jawatan Perdana Menteri kepada orang Malaysia Timur, berilah. Kalau mereka mahu, mereka boleh ambil.

“Tetapi saya tidak fikir mereka akan mengambilnya kerana mereka tahu untuk mentadbir Malaysia, kita memerlukan sokongan besar daripada Semenanjung dan juga orang Melayu di dalam PH serta gabungan lain,” katanya.

Beliau berkata, apa yang lebih penting ialah Kerajaan Persekutuan memenuhi tuntutan dan hak Sabah serta Sarawak di bawah MA63 secara adil, termasuk perkara berkaitan kewangan, pembangunan dan hasil negeri.

“Bagi saya, apa sahaja yang Sabah dan Sarawak mahu di bawah MA63, berikanlah. Ini soal rundingan.

“Kita bukan hendak menggunakan wang itu untuk kepentingan peribadi. Ia untuk pembangunan dan kesejahteraan rakyat,” katanya.

Dalam pada itu, Tajuddin mengingatkan pengundi di Semenanjung supaya tidak mengambil mudah PRU16 kerana keputusan pilihan raya berkemungkinan ditentukan oleh persaingan sengit antara beberapa gabungan.

Katanya, sekiranya berlaku pertandingan tiga penjuru antara BN, PN dan PH di banyak kawasan, keputusan di Semenanjung boleh menjadi sukar diramalkan dan meningkatkan kepentingan kerusi di Sabah serta Sarawak.

“Orang Malaysia, kalau Malaysia jatuh kepada elemen konservatif BN dan PN, itu salah kita, bukan salah PH.

“Orang bukan Melayu perlu datang mengundi kerana ancaman itu real. Kalau pengundi Melayu terikut dengan naratif tertentu, keadaan itu boleh menjadi masalah,” katanya.

Tajuddin berpandangan, pengundi bukan Melayu khususnya perlu melihat prestasi kerajaan secara menyeluruh dan tidak hanya menilai sesuatu gabungan berdasarkan kelemahan yang dibangkitkan oleh lawan politik.

“Bagi saya, mereka melakukan yang terbaik dalam konteks yang mereka ada. Sebab itu kita perlukan sokongan dari Malaysia Timur,” katanya.

Beliau berkata, kerjasama lebih erat antara Putrajaya, Sabah dan Sarawak juga penting bagi memastikan agenda pembangunan serta pelaksanaan MA63 dapat diteruskan tanpa dijadikan sekadar modal politik menjelang PRU16.

“Yang penting, hubungan itu mesti berasaskan saling menghormati dan kepercayaan. Kalau Sabah dan Sarawak diberi ruang untuk mendapatkan hak mereka, itu akan mengukuhkan lagi Malaysia,” katanya.

Related Posts

Tongkat Hadi laku RM16,500, masyarakat bimbang ketaksuban ahli Pas memuncak

PENJUALAN tongkat kayu kemuning milik Tan Sri Abdul Hadi Awang pada harga RM16,500 malam tadi mencetuskan kegusaran rakyat terhadap gejala taksub melampau kepada pemimpin Pas. Rata-rata risau budaya kultus pemimpin…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Kerusi PRN Melaka: Ada pertemuan antara Anwar dan Amirudin

PUTRAJAYA – Pengarah Komunikasi Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Fahmi Fadzil mengesahkan pertemuan di antara pengarah pilihan raya gabungan itu, Datuk Seri Amirudin Shari dengan Pengerusi PH, Datuk Seri Anwar…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Kajian tiga universiti sahkan impak positif PLKN 3.0

Kajian tiga universiti sahkan impak positif PLKN 3.0

Selangor juara SUKMA, 1 September diisytihar cuti peristiwa

Selangor juara SUKMA, 1 September diisytihar cuti peristiwa

FINAS perlu lebih cekap, tidak menyusahkan penggiat industri

FINAS perlu lebih cekap, tidak menyusahkan penggiat industri

MyFuture Policy Lab platform perkukuh kefahaman generasi muda

MyFuture Policy Lab platform perkukuh kefahaman generasi muda

PLKN 3.0 bakal diperluas, lebih banyak kem Askar Wataniah digunakan

PLKN 3.0 bakal diperluas, lebih banyak kem Askar Wataniah digunakan

Industri filem tempatan rekod pelaburan hampir RM1 bilion

Industri filem tempatan rekod pelaburan hampir RM1 bilion