Isu Tabung Haji perlu dibahas, bukan dijadikan modal tawar-menawar

ISU berkaitan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) Tabung Haji (TH) perlu dibahaskan secara terbuka di Parlimen dan tidak wajar dijadikan ‘leverage’ atau modal tawar-menawar politik oleh mana-mana parti, kata Ahli Majlis Penasihat Perpaduan Negara (MPPN), Profesor Dr Tajuddin Rasdi.

Beliau berkata, keputusan Perikatan Nasional (PN) untuk hanya membahaskan RCI berkenaan pada persidangan Parlimen Oktober menimbulkan persoalan, terutama selepas Ketua Whip PN, Datuk Seri Takiyuddin Hassan, menyatakan gabungan itu mempunyai strategi tersendiri berkaitan isu berkenaan.

“Kalau hendak bincang, bincanglah sekarang. Kenapa hendak tunggu Parlimen akan datang?

“Bagi saya, tidak ada logik sebenarnya. Sebaliknya, logik itu ialah mereka mahu menggunakan isu ini sebagai ‘leverage’,” katanya kepada The Malaysia Press (TMP) pada Isnin.

Takiyuddin sebelum ini berkata, PN mempunyai strategi tersendiri berhubung RCI TH dan akan membahaskannya pada Oktober, selain mendakwa pihaknya sudah mengetahui naratif yang akan dibawa PH berkaitan laporan berkenaan.

Tajuddin berkata, isu berkenaan berkemungkinan mempunyai kaitan dengan percaturan politik menjelang Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16), termasuk rundingan pembahagian kerusi dan bentuk kerjasama antara parti.

CREATOR: gd-jpeg v1.0 (using IJG JPEG v80), quality = 75?

Menurutnya, isu TH juga membabitkan UMNO, menyebabkan ada kemungkinan pihak tertentu tidak mahu membangkitkannya secara agresif kerana tidak mahu menjejaskan hubungan dengan rakan politik.

“Dia tengah hendak runding pembahagian kerusi untuk PRU16. Jadi, tidak boleh ‘asah’ isu Tabung Haji kerana ia melibatkan UMNO.

“Dia tidak mahu mencemarkan nama kawan. Itu satu sebagai apa yang kita panggil good faith,” katanya.

Beliau berkata, dalam masa sama isu RCI TH boleh dijadikan pengaruh dalam rundingan politik dengan membentuk naratif tertentu terhadap parti lawan.

“Contohnya, kita boleh serang DAP dan pusingkan naratif bahawa semua ini salah DAP. Kemudian, berikan kepada kita perkara yang kita minta dalam perjanjian.

“Itulah yang dipanggil political leverage,” katanya.

Tajuddin berkata, pendekatan sedemikian tidak sepatutnya berlaku kerana RCI TH menyentuh kepentingan institusi yang berkait rapat dengan umat Islam dan wang pendeposit.

Katanya, perbahasan mengenai laporan RCI perlu memberi tumpuan kepada fakta, dapatan siasatan dan langkah penambahbaikan, bukannya digunakan sebagai alat untuk mencapai keuntungan politik.

“Kalau ada masalah dalam Tabung Haji, bincang. Kalau ada kelemahan, kita baiki.

“Jangan tunggu masa yang sesuai dari sudut politik untuk membahaskannya,” katanya.

Dalam pada itu, Tajuddin turut mengkritik naratif yang mengaitkan DAP sebagai musuh Islam, sambil meminta pihak yang membuat dakwaan sedemikian mengemukakan bukti.

Beliau berkata, penggunaan isu agama secara politik boleh memburukkan lagi polarisasi masyarakat sekiranya tuduhan dibuat tanpa asas.

“Kalau dikatakan DAP musuh Islam, di mana mereka mengancam Islam? Kalau benar ada ancaman, buktikan.

“Jangan hanya menggunakan ayat agama dan tafsiran tertentu untuk menguatkan hujah politik,” katanya.

Tajuddin turut mempersoalkan sikap sesetengah tokoh agama yang menurutnya tidak memberikan respons yang sama terhadap kenyataan politik yang boleh menimbulkan ketegangan antara kaum dan agama.

Katanya, pemimpin dan tokoh agama perlu bersikap konsisten dalam mempertahankan prinsip Islam yang sederhana, termasuk apabila kenyataan yang dibuat datang daripada kelompok atau parti yang mempunyai kepentingan politik tertentu.

“Kalau kita mahu mempertahankan Islam, kita juga mesti mempertahankan kebenaran. Jangan diam apabila kenyataan itu datang daripada pihak yang kita sokong,” katanya.

Related Posts

Lembaga Pengampunan: Pas perlu faham peraturan, bukan keruhkan keadaan – PM Anwar

KOZHIKODE – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan pandangan yang diberikan dalam mesyuarat Lembaga Pengampunan berhubung kes membabitkan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dibuat berdasarkan undang-undang, nasihat…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Prosiding Lembaga Pengampunan sulit, tak wajar dipersoalkan – Tajuddin

SETIAUSAHA Agung Pas, Datuk Seri Takiyuddin Hassan tidak wajar mempersoalkan prosiding Lembaga Pengampunan berhubung penangguhan permohonan pengampunan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, kata Ahli Majlis Penasihat Perpaduan Negara…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Lembaga Pengampunan: Pas perlu faham peraturan, bukan keruhkan keadaan – PM Anwar

Lembaga Pengampunan: Pas perlu faham peraturan, bukan keruhkan keadaan – PM Anwar

Prosiding Lembaga Pengampunan sulit, tak wajar dipersoalkan – Tajuddin

Prosiding Lembaga Pengampunan sulit, tak wajar dipersoalkan – Tajuddin

PM Anwar tegas pilih kestabilan, bukan polemik politik

PM Anwar tegas pilih kestabilan, bukan polemik politik

BRICS wadah perjuang sistem antarabangsa lebih adil – PM Anwar

BRICS wadah perjuang sistem antarabangsa lebih adil – PM Anwar

Sambutan Hari Malaysia 2026: Fahmi jamin capaian internet optimum untuk media

Sambutan Hari Malaysia 2026: Fahmi jamin capaian internet optimum untuk media

Malaysia-Keralam bincang peluang tingkat perdagangan, pelaburan

Malaysia-Keralam bincang peluang tingkat perdagangan, pelaburan