
KOTA KINABALU – Konsert Noktah Rindu bakal menghimpunkan barisan artis popular Malaysia dan Indonesia menerusi persembahan istimewa yang dijadualkan berlangsung pada 12 Disember 2026 ini di Aru by the Sea, Taman Prince Philip, Tanjung Aru.
Pihak pengurusan penganjur Konsert Noktah Rindu dlm kenyataan memaklumkan, konsert itu bukan sahaja memberi peluang kepada peminat menikmati persembahan penyanyi kegemaran secara langsung, malah membuka ruang kepada artis Malaysia memperkenalkan muzik mereka kepada penonton dari kedua-dua negara.
“Konsert itu turut mendapat sokongan Kerajaan Negeri Sabah dan Konsulat Jenderal Republik Indonesia di Kota Kinabalu.
“Konsert berkenaan menampilkan penyanyi Indonesia, Mario G. Klau yang popular menerusi lagu Semata Karenamu dan Fajar Noor, penyanyi lagu Tahta Hatiku, sebagai artis utama.

“Acara ini diharap dapat mengeratkan hubungan Malaysia-Indonesia, selain membuka peluang kerjasama dalam industri muzik dan hiburan, termasuk melibatkan pemuzik, kru produksi serta pengusaha acara dari kedua-dua negara,” katanya dalam satu kenyataan media di sini pada Khamis.
Dalam pada itu, turut memeriahkan acara ialah artis Malaysia, Didie Shazry dan Megat yang akan membuka persembahan, selain penampilan khas Bella Astillah dan YB Syed Saddiq.
Tiket ditawarkan pada harga RM99 bagi kategori General Admission, RM189 bagi Standing Rock Zone dan RM2,199 semeja untuk empat orang bagi pakej Aru VIP Club yang merangkumi makanan, cenderamata serta sesi ramah mesra bersama Bella Astillah dan YB Syed Saddiq, tambah penganjur.
Orang ramai boleh membeli tiket di liveconcertkk.com menggunakan kod RINDUFARID untuk diskaun 5% bagi semua kategori tiket.

