DBKL gempur enam premis hiburan di Kepong, Seputeh dan Bukit Bintang

KUALA LUMPUR – Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) mengambil tindakan terhadap enam premis hiburan di sekitar Parlimen Kepong, Seputeh dan Bukit Bintang dalam operasi khas pada Ahad.

Operasi pada 23 Ogos itu susulan tindakan penguatkuasaan yang dijalankan pada malam sebelumnya, dengan sasaran premis yang dikendalikan warga asing, gagal mematuhi syarat lesen petempatan makanan serta beroperasi tanpa lesen hiburan yang sah.

Menurut DBKL, hasil operasi itu sebanyak lapan notis tawaran kompaun dikeluarkan mengikut Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974, Undang-Undang Kecil (UUK) Pelesenan Tred, Perniagaan dan Perindustrian (WPKL) 2016, UUK Pelesenan Petempatan Makanan (WPKL) 2016 serta UUK Iklan (WP) 1982.

Selain itu, tiga Notis Pemberitahuan Tentang Kesalahan turut dikeluarkan terhadap premis yang didapati menjalankan aktiviti hiburan tanpa lesen.

“Sebanyak tiga sitaan barangan berkaitan hiburan serta satu penutupan premis turut dilaksanakan serta-merta,” menurut DBKL menerusi kenyataan di media sosialnya pada Isnin.

DBKL menegaskan tindakan penguatkuasaan berkenaan akan diteruskan secara berterusan bagi memastikan semua premis perniagaan dan hiburan di Kuala Lumpur mematuhi undang-undang serta syarat pelesenan yang ditetapkan.

Langkah itu juga bertujuan memastikan kesejahteraan dan ketenteraman awam di ibu negara terus terpelihara.

DBKL berkata, pemantauan dan tindakan susulan akan dilaksanakan dari semasa ke semasa.

Orang awam yang mempunyai aduan atau maklum balas berkaitan boleh menyalurkan maklumat kepada DBKL menerusi saluran yang disediakan.

Related Posts

Pemuda Amanah Perak gesa SPRM teliti kewajaran kekayaan anak-anak Azeez

IPOH – Pemuda Parti Amanah Perak menggesa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) meneliti sumber kekayaan yang dikaitkan dengan anak-anak bekas Pengerusi Lembaga Tabung Haji, Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Wawasan tembusi tiga bahagian Bersatu Perlis

ARAU – Parti Wawasan Negara (Wawasan) terus melebarkan pengaruhnya di Perlis apabila sebahagian besar pimpinan Bersatu Bahagian Arau bersama 10 ketua cawangan mengumumkan keluar parti dan menyertai parti berkenaan. Perkembangan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Pemuda Amanah Perak gesa SPRM teliti kewajaran kekayaan anak-anak Azeez

Pemuda Amanah Perak gesa SPRM teliti kewajaran kekayaan anak-anak Azeez

Anwar ke New Delhi sertai Sidang Kemuncak BRICS ke-18

Anwar ke New Delhi sertai Sidang Kemuncak BRICS ke-18

Mahfuz saran Zahid tidak bawa ‘politik budak-budak’ ke Putrajaya

Mahfuz saran Zahid tidak bawa ‘politik budak-budak’ ke Putrajaya

Wawasan tembusi tiga bahagian Bersatu Perlis

Wawasan tembusi tiga bahagian Bersatu Perlis

Dua kenderaan bertembung, dua maut

Dua kenderaan bertembung, dua maut

Pertikai istilah Kerajaan MADANI hanya helah UMNO mahu PRU16 disegerakan

Pertikai istilah Kerajaan MADANI hanya helah UMNO mahu PRU16 disegerakan