Taktik penganggur cari pendapatan sampingan jual judi terbongkar

SARATOK – Taktik seorang lelaki yang bergelar ejen jualan tambah nilai judi dalam talian bagi meraih pendapatan sampingan membawa padah apabila dia ditahan polis di sebuah pondok di Simpang Nyabor, Kabong pada Rabu.

Ketua Polis Daerah Saratok, DSP Mathew Manggie berkata, penahanan suspek berusia 41 tahun itu dilakukan oleh sepasukan anggota dari Bahagian Siasatan Jenayah Daerah (BSJD) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Saratok pada jam 2.36 petang menerusi Op Dadu.

Menurut beliau, siasatan awal mendapati lelaki bujang yang berasal dari Roban serta tidak mempunyai pekerjaan tetap itu mengaku terlibat dalam aktiviti perjudian terbabit sejak seminggu lalu.

“Suspek menyasarkan pelanggan dari sekitar Kampung Nyabor dan Kampung Sessang yang melalui kawasan Simpang Empat Nyabor.

“Semasa serbuan dilakukan, suspek didapati sedang berada bersendirian di pondok berkenaan,” katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.

Mengulas lanjut, beliau memaklumkan bahawa pihak polis turut merampas sebuah telefon pintar jenama Redmi 9A yang dipercayai digunakan oleh suspek untuk menjalankan kegiatan haram tersebut.

Tambahnya, hasil ujian saringan awal air kencing bagaimanapun mendapati suspek negatif daripada penyalahgunaan dadah selain semakan menunjukkan dia tidak mempunyai sebarang rekod jenayah lampau.

Tegas beliau, kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 4(1)(c) Akta Rumah Judi Terbuka 1953.

Related Posts

Ibu bapa perlu celik digital, lindungi anak daripada risiko siber

KOTA KINABALU – Ibu bapa perlu meningkatkan literasi digital bagi memastikan penggunaan teknologi dalam kalangan anak-anak dapat dimanfaatkan untuk pembelajaran, selain mengurangkan risiko seperti ketagihan peranti, buli siber dan penipuan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Kampung Siaga 221 perkasa kesiapsiagaan komuniti hadapi bencana

KOTA KINABALU – Program Kampung (Kg) Siaga 221 yang dilaksanakan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) penting dalam meningkatkan kesedaran dan kesiapsiagaan komuniti kampung menghadapi kemungkinan berlakunya bencana. Menteri di Jabatan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Ibu bapa perlu celik digital, lindungi anak daripada risiko siber

Ibu bapa perlu celik digital, lindungi anak daripada risiko siber

Tempoh idah PRU16 belum sampai

Tempoh idah PRU16 belum sampai

Chelsea gagal raih tiga mata, seri 2-2 lawan Hull

Chelsea gagal raih tiga mata, seri 2-2 lawan Hull

Anwar sambut baik pertemuan dengan Mufti Besar India di Keralam

Anwar sambut baik pertemuan dengan Mufti Besar India di Keralam

Kampung Siaga 221 perkasa kesiapsiagaan komuniti hadapi bencana

Kampung Siaga 221 perkasa kesiapsiagaan komuniti hadapi bencana

Semikonduktor lonjak kerjasama industri Malaysia-India

Semikonduktor lonjak kerjasama industri Malaysia-India