JAIP sasar iktiraf Zon Halal di semua R&R tahun depan

KUANTAN – Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) mensasarkan semua Hentian Rehat dan Rawat (R&R) di negeri ini menerima penarafan Zon Halal tidak lama lagi.

Pengarah JAIP, Datuk Ahmad Khirrizal Ab Rahman berkata, pelbagai inisiatif sedang dilaksanakan bagi memastikan ekosistem Zon Halal itu dilengkapkan selewat-lewatnya tahun hadapan.

“Sebelum ini pihak JAIP telah pun melancarkan inisiatif sama di R&R Temerloh dan Genting untuk melengkapkan ekosistem ini.

“Hasrat JAIP agar semua premis di R&R mempunyai Sijil Pengesahan Halal Malaysia (SPHM) dan AFA Prime juga difahamkan menetapkan syarat semua pengusaha premis perniagaan mempunyai SPHM.

“Ia akan dapat memberi keyakinan kepada pengguna-pengguna dari segi kebersihan, sumber makanan, halal dan selamat,” katanya, seperti dilapor Malaysia Gazette.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas Majlis Pelancaran Zon Halal R&R Gambang arah barat di sini hari ini yang turut dihadiri wakil pengurusan AFA Prime, Abdul Razak Abd Rahman.

Dalam majlis itu, seramai 50 pengusaha premis di R&R Gambang menerima SPHM masing-masing.

Ahmad Khirrizal dalam masa sama turut memaklumkan sebanyak 595 premis di seluruh negeri ini memperoleh SPHM, membabitkan premis makanan, pengusaha produk dan kilang pembuatan.

“Ia meliputi semua kategori premis antaranya berkaitan makanan, produk, OEM (pengilangan) dan rumah sembelihan.

“Kita ada kerjasama dengan pihak bank, Majlis Amanah Rakyat, Jabatan Pertanian juga dalam usaha membantu memberi kesedaran kepada premis memohon SPHM agar memberi keyakinan kepada pengguna-pengguna dari segi kebersihan, sumber makanan, halal dan selamat,” katanya.

Related Posts

Ibu bapa perlu celik digital, lindungi anak daripada risiko siber

KOTA KINABALU – Ibu bapa perlu meningkatkan literasi digital bagi memastikan penggunaan teknologi dalam kalangan anak-anak dapat dimanfaatkan untuk pembelajaran, selain mengurangkan risiko seperti ketagihan peranti, buli siber dan penipuan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Kampung Siaga 221 perkasa kesiapsiagaan komuniti hadapi bencana

KOTA KINABALU – Program Kampung (Kg) Siaga 221 yang dilaksanakan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) penting dalam meningkatkan kesedaran dan kesiapsiagaan komuniti kampung menghadapi kemungkinan berlakunya bencana. Menteri di Jabatan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Ibu bapa perlu celik digital, lindungi anak daripada risiko siber

Ibu bapa perlu celik digital, lindungi anak daripada risiko siber

Tempoh idah PRU16 belum sampai

Tempoh idah PRU16 belum sampai

Chelsea gagal raih tiga mata, seri 2-2 lawan Hull

Chelsea gagal raih tiga mata, seri 2-2 lawan Hull

Terengganu jadi ujian keikhlasan: Bila penyatuan Melayu sampai bab kerusi, Pas sanggup berkongsi?

Terengganu jadi ujian keikhlasan: Bila penyatuan Melayu sampai bab kerusi, Pas sanggup berkongsi?

Anwar sambut baik pertemuan dengan Mufti Besar India di Keralam

Anwar sambut baik pertemuan dengan Mufti Besar India di Keralam

Kampung Siaga 221 perkasa kesiapsiagaan komuniti hadapi bencana

Kampung Siaga 221 perkasa kesiapsiagaan komuniti hadapi bencana