Cheng Hoe bangga walau Harimau Malaya kalah lagi kepada Vietnam

KETUA jurulatih interim Harimau Malaya, Tan Cheng Hoe tetap berbangga dengan semangat juang anak buahnya walaupun tewas 0-2 kepada Vietnam pada aksi separuh akhir kedua Piala ASEAN 2026 di Stadium My Dinh, Hanoi malam tadi.

Cheng Hoe berkata, beliau menghargai komitmen ditunjukkan pemain sepanjang dua perlawanan berdepan Vietnam yang menurunkan barisan terbaik selaku juara bertahan kejohanan.

“Saya tetap bangga dengan pemain walaupun kami tewas dalam kedua-dua perlawanan. Komitmen mereka tunjukkan membuatkan saya bangga. Pada masa sama, kami tahu Vietnam menurunkan pasukan terbaik dan mereka juga juara bertahan.

“Saya berharap selepas kejohanan ini, pemain – terutama pemain muda dapat memperoleh pengalaman dan pendedahan untuk membantu mereka memperbaiki prestasi pada masa depan,” katanya, seperti dilapor Bernama.

Dua gol Nguyen Xuan Son pada minit ke-62 dan ke-89 memastikan Vietnam melangkah ke final dengan kemenangan 2-0 dan menyingkirkan Malaysia menerusi agregat 4-0.

Related Posts

Kane sumbat 2 gol, England kalahkan Republik Czech 3-0

HARRY Kane meraikan penampilan ke-125 bersama England dengan dua gol ketika skuad kendalian Thomas Tuchel menewaskan Republik Czech 3-0 pada aksi Liga Negara-Negara di Wembley, awal pagi tadi. Kemenangan itu…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Olise bantu Perancis kalahkan Belgium 4-1

MICHAEL Olise masuk sebagai pemain gantian untuk membantu Perancis menewaskan Belgium 4-1 dalam aksi Liga Negara-Negara UEFA, awal pagi tadi, sekali gus menghadiahkan Zinedine Zidane kemenangan pertama di laman sendiri…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Lima lelaki ditahan, polis buru lapan lagi suspek kes khianat

Lima lelaki ditahan, polis buru lapan lagi suspek kes khianat

Ratu Suthida terbangkan jet pejuang secara solo

Ratu Suthida terbangkan jet pejuang secara solo

Abd Halim mahu SPRM kesan risiko rasuah sebelum terlambat

Abd Halim mahu SPRM kesan risiko rasuah sebelum terlambat

Diberi DNAA bukan bebas pertuduhan, 12 ahli politik boleh didakwa semula

Diberi DNAA bukan bebas pertuduhan, 12 ahli politik boleh didakwa semula

KD Ganas, KD Serang dipindahkan ke MAWILLA 2

  • By Ezmie
  • October 8, 2026
KD Ganas, KD Serang dipindahkan ke MAWILLA 2

Semua sekolah di Negeri Sembilan ditutup mulai esok susulan jerebu

Semua sekolah di Negeri Sembilan ditutup mulai esok susulan jerebu