Duduk semeja dengan pengamal perundangan, lahirkan undang-undang lebih tegas

PUTRAJAYA – Kerajaan disarankan supaya melakukan perbincangan meja bulat bersama pakar undang-undang dan pihak berkaitan bagi merangka peraturan lebih kukuh dalam kes rasuah, penyelewengan dan salah guna kuasa.

Ketua Penerangan Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (Putra), Shahrulufti Sharif berkata, langkah itu penting bagi memastikan proses siasatan dan tindakan undang-undang terhadap kes berprofil tinggi dapat dilaksanakan dengan lebih berkesan.

“Kami rasa benda ini patut duduk satu meja dengan pakar undang-undang dan pihak berkaitan untuk melihat peraturan yang lebih baik.

“Mungkin boleh dilaksanakan satu undang-undang yang benar-benar kuat kerana rakyat marah apabila kes yang melalui proses siasatan atau Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI), tetapi hasilnya masih mengambil masa yang lama,” katanya kepada The Malaysia Press (TMP).

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas penyerahan memorandum cadangan penggubalan Akta Sabotaj Ekonomi Negara (ASEN) di perkarangan pondok pengawal keselamatan Jabatan Perdana Menteri, di sini, hari ini.

Shahrulufti berkata, kelemahan dalam proses mendapatkan semula wang atau aset yang diseleweng boleh membuka ruang kepada pihak terbabit menyembunyikan atau memindahkan harta sebelum tindakan mahkamah selesai.

“Kalau proses ini mengambil masa bertahun-tahun, mungkin duit itu sudah dipindahkan kepada orang lain atau dibawa lari. Jadi, kita perlu satu undang-undang yang kuat supaya perkara seperti ini tidak berulang,” katanya.

Mengulas Siasatan Suruhanjaya Diraja (RCI) Tabung Haji (TH), beliau berkata, proses berkenaan penting bagi meneliti sesuatu isu secara terperinci, namun masyarakat perlu memahami bahawa siasatan dan proses perundangan mengambil masa.

“RCI memang penting, tetapi untuk menyiapkan siasatan memang lama kerana satu persatu perkara perlu diteliti.

“Kalau tidak ada penambahbaikan daripada segi undang-undang, orang akan mengulangi perkara yang sama kerana mereka tahu proses untuk mendapatkan semula wang atau aset boleh mengambil masa bertahun-tahun,” katanya.

Shahrulufti berkata, Putra menyokong usaha kerajaan memperkukuh tindakan terhadap rasuah dan penyelewengan, namun langkah itu perlu disokong peruntukan undang-undang yang lebih berkesan.

“Kalau kerajaan mengambil tindakan terhadap rasuah dan penyelewengan, kita sokong sama-sama kerana ini tindakan yang bijaksana. Tetapi kita mahu ada undang-undang yang benar-benar kuat supaya keadilan dapat ditegakkan,” katanya.

Related Posts

UMNO ulangi kesilapan lalu, Zahid mungkin tanggung padah

UMNO didakwa mengulangi kesilapan strategi politik lalu apabila terlalu awal menggunakan kemenangan Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor sebagai momentum untuk mendesak Pilihan Raya Umum Ke-16 (PRU16). Bagaimanapun, Presiden parti itu,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
‘Lebai’ Pas salah guna kuasa, khianat dan fitnah – Tun Faisal

KETUA Penerangan Bersatu, Datuk Tun Faisal Ismail Aziz sekali lagi mengkritik Pas secara terbuka susulan kemelut hubungan antara kedua-dua parti yang semakin berpanjangan dalam Perikatan Nasional (PN). Menerusi satu hantaran…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

DKU cabar kemuka bukti penyiasatan Tuanku Muhriz sebelum Proklamasi 19 April

DKU cabar kemuka bukti penyiasatan Tuanku Muhriz sebelum Proklamasi 19 April

Perpaduan warga Mukah contoh terbaik keharmonian Sarawak – Abdul Yakub

Perpaduan warga Mukah contoh terbaik keharmonian Sarawak – Abdul Yakub

Salah guna syarat lesen, 10 individu dan VNT ditahan

Salah guna syarat lesen, 10 individu dan VNT ditahan

Bayi antara empat maut, kemalangan lori dengan dua kereta

Bayi antara empat maut, kemalangan lori dengan dua kereta

Litar Rasa MADANI semarak F1, peniaga tempatan raih manfaat ekonomi – PM

Litar Rasa MADANI semarak F1, peniaga tempatan raih manfaat ekonomi – PM

Verstappen raih podium di Sepang, ulang kejayaan 2017

Verstappen raih podium di Sepang, ulang kejayaan 2017