e-Invois bantu tingkat pematuhan, kukuhkan kutipan cukai

PUTRAJAYA – Pelaksanaan e-Invois merupakan antara langkah strategik dalam memperkukuh sistem percukaian negara, selain menyokong pendigitalan ekosistem perniagaan ke arah pengurusan transaksi yang lebih cekap, sistematik dan telus.

Bagaimanapun, peralihan kepada sistem e-Invois turut membawa cabaran apabila pembayar cukai menyesuaikan diri dengan proses dan keperluan baharu.

Antara kesilapan yang mungkin berlaku termasuk kegagalan mengeluarkan e-Invois bagi transaksi tertentu serta kesalahan memasukkan maklumat seperti Nombor Pengenalan Cukai (TIN), maklumat pembeli, amaun transaksi atau butiran lain yang ditetapkan.

Kegagalan mengeluarkan e-Invois atau pengeluaran e-Invois yang tidak mematuhi keperluan ditetapkan boleh dikenakan tindakan pematuhan berdasarkan peruntukan undang-undang yang berkuat kuasa.

Bagaimanapun, Kerajaan memperkenalkan Program Khas Pengakuan Sukarela (PKPS) e-Invois bagi membantu perniagaan, khususnya perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS),

Program yang berlangsung dari 7 Julai 2026 hingga 31 Disember 2027 itu memberi peluang kepada pembayar cukai untuk menyemak, membetulkan dan mengemukakan semula e-Invois yang tidak dikemukakan atau mengandungi kesilapan secara sukarela tanpa dikenakan penalti.

Perkara itu turut disambut baik oleh Pengarah Eksekutif syarikat perunding cukai, TRATAX Sdn Bhd, Thenesh Kannaa yang mengakui langkah itu dilihat sebagai pendekatan yang lebih bersifat mendidik dan memudahkan pembayar cukai menyesuaikan diri dengan keperluan baharu, berbanding memberi tumpuan kepada tindakan penguatkuasaan semata-mata.

Beliau memaklumkan, pendekatan yang dilakukan oleh Kerajaan MADANI memberi ruang kepada syarikat memperkemaskan sistem pematuhan sebelum penguatkuasaan lebih tegas dilaksanakan.

“Pihak berkuasa kini memberi peluang kepada pembayar cukai untuk membetulkan sebarang kesilapan tanpa dikenakan penalti, selagi pembetulan dibuat secara sukarela sebelum 31 Disember 2027.

“Masih terdapat jurang pematuhan yang tidak disengajakan akibat kerumitan operasi perniagaan atau kekangan sistem. Peluang ini membolehkan syarikat membetulkan kelemahan berkenaan tanpa dikenakan penalti,” katanya.

Dalam pada itu, beliau memaklumkan, pengenalan e-Invois turut menyumbang kepada pencapaian kutipan cukai rekod Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) yang melepasi RM200 bilion buat kali pertama bagi tahun fiskal 2025, walaupun tiada cukai langsung utama baharu diperkenalkan pada tahun berkenaan.

Jelasnya, e-Invois bukan cukai baharu, sebaliknya mekanisme pentadbiran bagi meningkatkan ketelusan transaksi yang berfungsi seperti kamera litar tertutup (CCTV) dalam ekosistem bil dan perakaunan sesebuah organisasi yang meningkatkan kebolehlihatan transaksi kepada pihak berkuasa cukai.

“Apa yang telah dicapai itu telah mempamerkan pematuhan cukai meningkat mampu menyokong kedudukan fiskal kerajaan tanpa perlu terlalu bergantung kepada pengenalan cukai baharu yang memberi tekanan kepada pembayar cukai yang sedia patuh.

“Kewujudannya secara semula jadi dapat mengurangkan pelaporan pendapatan yang tidak tepat sama ada disengajakan atau sebaliknya, selain menggalakkan syarikat menyemak semula amalan perniagaan konvensional bagi memastikan tiada jurang pematuhan,” katanya.

Menurutnya, e-Invois bukan sekadar inisiatif percukaian, malah sebahagian daripada transformasi digital yang akan mengubah cara perniagaan merekod dan mengurus transaksi untuk jangka masa panjang

“Sistem itu berpotensi meningkatkan kecekapan operasi melalui rekod transaksi yang lebih tersusun, mengurangkan kesilapan manual serta mempercepatkan proses semakan dan audit dalaman.

“Ketika ini, perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) yang mencatatkan perolehan tahunan di bawah RM1 juta dikecualikan daripada pelaksanaan e-Invois.

“Jadi diharapkan kemajuan teknologi pada masa hadapan membolehkan pelaksanaan e-Invois diperluaskan kepada lebih banyak perniagaan tanpa meningkatkan kos atau kerumitan operasi,” katanya.

Related Posts

Pelan komprehensif tambah baik kawalan pintu sempadan negara diluluskan Jemaah Menteri

PUTRAJAYA – Jemaah Menteri pada Rabu meluluskan pelan komprehensif untuk tindakan segera bagi menambah baik kawalan di pintu masuk negara. Jurucakap Kerajaan Perpaduan, Datuk Seri Fahmi Fadzil berkata, pelan yang…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Undang-undang baharu fokus tadbir urus universiti, hak mahasiswa terpelihara

PUTRAJAYA -Undang-undang baharu yang bakal diwujudkan bagi menggantikan Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) 1971 tidak akan menyekat hak pelajar serta mahasiswa. Jurucakap Kerajaan Perpaduan, Datuk Seri Fahmi Fadzil berkata,…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

e-Invois bantu tingkat pematuhan, kukuhkan kutipan cukai

e-Invois bantu tingkat pematuhan, kukuhkan kutipan cukai

Duduk semeja dengan pengamal perundangan, lahirkan undang-undang lebih tegas

Duduk semeja dengan pengamal perundangan, lahirkan undang-undang lebih tegas

Putra sokong usaha kerajaan banteras rasuah, perkukuh integriti dan tatakelola

Putra sokong usaha kerajaan banteras rasuah, perkukuh integriti dan tatakelola

Pelan komprehensif tambah baik kawalan pintu sempadan negara diluluskan Jemaah Menteri

Pelan komprehensif tambah baik kawalan pintu sempadan negara diluluskan Jemaah Menteri

Undang-undang baharu fokus tadbir urus universiti, hak mahasiswa terpelihara

Undang-undang baharu fokus tadbir urus universiti, hak mahasiswa terpelihara

Putra cadang Akta Sabotaj Ekonomi Negara tangani salah guna kuasa

Putra cadang Akta Sabotaj Ekonomi Negara tangani salah guna kuasa