Karnival Agrikomuniti MADANI sedia platform bantu tingkat pendapatan pekebun kecil

SARIKEI – Kerajaan terus memperkukuh sektor agrikomoditi sebagai antara pemacu utama ekonomi negara dengan memastikan golongan pekebun kecil mendapat akses kepada bantuan, teknologi serta peluang pasaran.

Menteri Perladangan dan Komoditi, Datuk Seri Dr Noraini Ahmad berkata, Karnival Agrikomuniti MADANI yang dianjurkan itu menjadi platform penting untuk kerajaan mendekati masyarakat, mendengar isu serta memahami keperluan pekebun kecil, khususnya di Sarawak.

Menurut beliau, kerajaan sentiasa komited dalam memastikan setiap bantuan dan insentif yang disediakan benar-benar sampai kepada golongan sasaran bagi meningkatkan hasil pendapatan mereka.

“Sokongan kepada mereka tidak seharusnya terhad kepada bantuan peralatan atau insentif semata-mata, sebaliknya perlu merangkumi latihan, teknologi, mekanisasi, khidmat nasihat, kemudahan asas dan akses kepada pasaran,” katanya ketika merasmikan Karnival Agrikomuniti MADANI di Dewan Sentral Sarikei pada Jumaat.

Jelasnya, pekebun kecil kini berdepan pelbagai cabaran termasuk peningkatan kos input pertanian, kekurangan tenaga kerja, perubahan cuaca, serangan penyakit serta kesukaran memasarkan hasil.

Justeru, beliau menegaskan bahawa satu pendekatan menyeluruh perlu dilaksanakan bagi memastikan sektor itu terus berdaya saing dan mampan.

Menyentuh mengenai inisiatif bantuan berterusan, Noraini memaklumkan bahawa Program BUDI Agri-Komoditi yang menyediakan bantuan tunai RM400 sebulan kepada pekebun kecil yang layak turut diperluaskan ke Sabah dan Sarawak bagi meringankan beban kewangan mereka.

Bantuan tersebut disasarkan khusus untuk golongan pekebun di bawah sektor sawit, getah, koko, lada dan kenaf.

Dalam pada itu, beliau menggalakkan lebih ramai usahawan, koperasi, wanita serta belia untuk menceburi bidang pembangunan produk dan jenama berasaskan komoditi tempatan.

Tambahnya, sektor agrikomoditi kini merupakan bidang moden yang menawarkan peluang kerjaya dan perniagaan luas merangkumi aspek teknologi, mekanisasi, penyelidikan, pemasaran digital serta keusahawanan.

Turut hadir Timbalan Menteri Perladangan dan Komoditi merangkap Ahli Parlimen Sarikei, Datuk Seri Huang Tiong Sii, Ketua Setiausaha Kementerian Perladangan dan Komoditi, Datuk Yusran Shah Mohd Yusof serta Pengerusi Lembaga Perindustrian Kayu Malaysia (MTIB), Datuk Larry Sng.

Related Posts

Sebelah mata tidak melihat, impian Nurhadrieyana tetap terang

KOTA KINABALU – Ketika kanak-kanak lain seusianya bebas bermain tanpa memikirkan apa-apa, satu kejadian ketika berusia empat tahun mengubah kehidupan Nurhadrieyana Paiman.‎‎Insiden tercucuk pensil menyebabkan penglihatan mata kirinya terjejas, sekali…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Hari Malaysia medan muhasabah nasional, bina masyarakat matang

KUCHING – Hari Malaysia perlu dijadikan medan muhasabah nasional untuk menilai sejauh mana negara berjaya membina masyarakat yang matang, berwibawa dan berjiwa besar dalam mendepani cabaran semasa. Yang di-Pertua Negeri…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Sebelah mata tidak melihat, impian Nurhadrieyana tetap terang

Sebelah mata tidak melihat, impian Nurhadrieyana tetap terang

Bil elektrik naik? TNB jelaskan mekanisme AFA dan faktor penggunaan

Bil elektrik naik? TNB jelaskan mekanisme AFA dan faktor penggunaan

Hari Malaysia medan muhasabah nasional, bina masyarakat matang

Hari Malaysia medan muhasabah nasional, bina masyarakat matang

Jika benar-benar kuat, UMNO perlu bertanding solo di Melaka – Tajuddin

Jika benar-benar kuat, UMNO perlu bertanding solo di Melaka – Tajuddin

Malaysia-Maldives perluas kerjasama pertahanan, hal ehwal Islam – PM

Malaysia-Maldives perluas kerjasama pertahanan, hal ehwal Islam – PM

Malaysia beri lampu hijau prinsip kemudahan AS$100 juta untuk Maldives – PM

Malaysia beri lampu hijau prinsip kemudahan AS$100 juta untuk Maldives – PM